Trip ke Kelantan


(aku berjaya masukkan gambar dalam entry ini. Taniah kepada diri sendiri. Rupanya maybe sebab gambar terlalu besar/ berat, jadi gagal untuk upload 5 gambar sekali gus. Aku upload gambar ini satu persatu ye. Sila lah appreciate)


Pada minggu lepas, 14, 15 dan 16 Disember 2010, selepas selesainya Kak Bi melangsungkan perkahwinan, kami ada trip ke Kelantan. Trip ini disertai 6 keluarga iaitu keluarga kak teh, keluarga Angah, keluarga kami, pengantin baru kak bi dan suami, keluarga kak Long, serta mak abah dan Fatin. Keseluruhan 5 kereta lah pergi ke sana. Tapi kami tak convoy dari mula. Kami meet up di Gua Musang.


Perjalanan pergi adalah smooth dan laju. Serius! Laju gile la laki aku bawak. Berapa kali tah aku dok terjerit-jerit suruh dia slow. Tiap penanda jalan aku baca.. wahahaha~ korang tau la kan.. macam mana jalan kat kuantan sana.. dengan curam, selekoh tajam, bukit bukau, kiri kanan gaung.. mana tak kecut perut. Pemandu pulak, dok sibuk nak try i-vtec dengan VSA kan...ampeh..


Apapon, kami semua selamat sampai ke Kelantan malam itu. Lebih 8 jam perjalanan!!! Gile betul. Tu tak kira masa berhenti rehat, makan dan solat tuh. Makan malam adalah di rumah mertua kak teh di pasir mas. Lepas makan baru kami ke rumah persinggahan kami. Semua duduk 1 rumah. Banglo yang besar lah... 2 tingkat. Tapi... hehehe~~ horor sikit. Nasib baik duduk 1 malam je. Tak sanggup rasanya nak duduk lagi semalam.




Sepanjang malam memang tak tidur langsung aku. Dok kipas, garu, dan tampar nyamuk yang mengelilingi Juwita. Hubby pon aku tengok asyik garu2 je, tapi dia garu sendiri lah. Sambil tu, aku marathon twilight saga. Dari twilight, masuk new moon, pehtu terus eclipse. Hamik!! dah kata tak leh tido kan... Tapi sebab letih gile punye pasal, tersengguk-sengguk la jugak aku. kejap kang terjaga balik, sebab Juwita dah rengek2.


Pagi esoknya, lepas siap-siap, sarapan dengan nasi goreng yang dibawa kak teh, kami terus gerak. Misi kali ii adalah jalan-jalan window shopping (bagi kami lah). Bagi orang lain, shopping lah kot..




Kami mula dengan Pengkalan Kubor. Tidak ada apa yang menarik minat aku sangat kat sini. Biasa je.. ye lah kan.. aku mana lah nak tengok periuk belanga, kuali, mangkuk, toto, cadar, alas meja, bantal kekabu, tikar, pinggan, sarung bantal, dan sewaktu dengannya??? Aku paling tidak tengok kat hok baju, seluar dengan tudung je lah...





Tapi.. ala, biasa je lah benda-benda gitu. kat GM plaza pon banyak. Lebih kurang je regenye... hehehe... Kalo dah baju murah kan, mana lagi kalau bukan asal thailand atau china. Betul tak??




Dalam nengok-nengok tu lah, terbeli la jugak selai baju blouse berwarna biru terang. Minat dengan cutting baju tu, dan ingatkan nak amik putih. Tapi malangnya, putih tu jarang bebeno... heh! nampak la plak tali bra aku nanti. wahahaha~ so amik color biru. Settle kat situ.


Tangkap gambar sket, posing-posing sket.. selesai. Next destination: Rantau Panjang. Sama lah dengan Pengkalan Kubor tadi benda-benda nya. orang lain aku tengok shopping menggila. Aku stay dalam keta je dengan Juwita dan Fatin. Juwita tido dengan enaknya, fatin pulak tak berapa sihat, jadi macam malas nak jalan-jalan.




Serius panas gile kat luar.. nak jalan pun tak kuasa. baik duduk diam-diam dalam keta kan... Sampai pukul 1 lebih la jugak, terjaga dari tido sebab dah lapa.. terus message hubby. rupanya dia keluar beli 2 helai jersey. Well, ini lah keistimewaan tempat ni kot. Selain kat golok, tempat ni memang pusat baju jersey murah-murah. Takde lah ori.. cetak rompak punye je. Kena pandai pilih lah. Kalau nasib baik, pandai pilih, dapat almost like original atau at least setanding macam kat al-ikhsan punya jersey.




Tapi aku tak minat jersey, apatah lagi barangan cetak rompak. Maaf~


Jadi, kami keluar dari kereta untuk pergi makan. Lepas makan masuk keta gerak meninggalkan Rantau panjang. Singgah kat Masjid tokong untuk solat (bagi yang solat lah), rest and refresh kejap... then terus ke Kota Bharu.





kami ke Kota Bharu sebab malam kedua ni kami akan bermalam di hotel di Kota Bharu. Tido hotel.. baru lah puas sikit rasa badan nak mengeliat sakan... dengan hot shower, air-cond, katil empuk, takdak nyamuk, TV LCD pasang star movie... macam ni lah baru boleh rehat. macam ni lah baru bercuti~ wakakaka~ (hotel ni akan aku cerita di entry berikutnya)


Puas aku tido petang tuh. Tak de maknanya nak keluar bersiar-siar ke hape. Memang aku qada tido malam tadi. Dengan Juwita pon sama join tido. Sampai ke malam baru bangun. Tu pon hubby kejut sebab nak siap-siap gi umah mertua kak teh untuk makan malam plak.


Lepas makan, borak-borak jap, gerak balik ke Kota Bharu. Tak de lah jauh Kota Bharu dengan Pasir Mas. Kami singgah wakaf Che yeh malam tu, tapi sunyi je.. tak happening pon. Masuk galeri tudung Hajra, ingat nak beli, tapi tak jadi. (bukannya takdak Hajra kat Shah Alam. Sekangkang kera jah.. mengada je lebih nak beli kat Kelantan kunun)



(aku berlagak bonzer, Juwita jadi penyambut tetamu la plak...)


Balik bilik, layan muvie, serve internet jap, pastu masuk tido~~~~~






~ cerita bersambung ke entry berikutnya.

~ sambung esok ye... letih la pikir ayat..

~ entah mengapa, gambar tak boleh nak diupload masuk. Jadi layan je lah cerita aku kat atas nu... esok aku try upload balik semula ek~

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)