Basically, butik hotel adalah hotel yang link dengan butik. In this case, dia link dengan butik batek. Kat butik tu ade jual baju batik, kain batik lukis dan exclusive batek. Lobi pon ok. I say, not bad at all. Cuma, mungkin kerana hotel ni belum siap sepenuhnya, ada banyak area yang belum diberi perincian yang sepatutnya. macam tangga yang kami naiki untuk ke bilik (ya, kami kena naik tangga, sebab lift belum ada). Tangga tu sepatutnya perlu menggambarkan konsep butik hotel tu semula. Mungkin bila siap nanti baru nampak kot...
Lagi satu dalam bilik. Langsung tak nampak macam butik hotel dah. Hilang terus imej butik hotel. Tak nampak langsung dah batek-batek atau imej-imej batik tu semua. sepatutnya, detailing dalam bilik pon perlu ambil asas batik juga. Bukan lah bermakna kena ambil selepuk kain batik, buat cadar atau alas meja. What i mean is the concept. Design asas dalam batik tu di reflex pada interior tu jugak. Baru nampak ada kesinambungan dalam design seluruh interior hotel itu.
Huh.. tengok? aku dah masuk bab design lagi. Tak boleh mula.. mesti susah nak berhenti. Sebelum aku stop cerita pasal design ni, satu lagi benda aku nak sentuh, iaitu Bad Design kat bilik hotel nih.
1. TV LCD, diorang gantung punyalah tinggi, dan mengadap ke katil. Meaning dia assume kita akan berbaring bila tengok itu TV kan. Tapi, dengan ketinggian itu, tv LCD.. ko tau lah lah, at certain point, tak nampak ape kat screen tu melainkan hitam dan reflex cahaya tingkap. Sangat sedih ok... Nampak sangat saat pemasangan TV itu tidak disertai oleh pengetahuan tentang screen LCD dan kajian tentang jarak penglihatan selesa. Melainkan mereka expect tetamu akan tengok tv berdiri.
2. layout bilik air yang hancur. Terus buat bilik air tu sangat sempit dan aku kira macam last minit main pasang je jamban, shower dan sinki tu. Pathetic! Cuba ko bayangkan bagaimana aku hendak mandi di celah antara sinki dan jamban duduk?
3. Katil yang terlalu cikai, standard katil asrama aku dulu jah... dah la sarung kaler biru, betul-betul sebijik dengan katil aku kat MRSM dulu.
Apapon, tidur lah aku dengan lena dan enaknya malam tu, qada' tidur malam semalam. BTW, aku tak komen banyak kalau hotel tu adalah certified as hotel budget (walaupon aku pernah duduk kat hotel budget yang jauh lebih baik dari ini), tapi diorang bawa imej butik hotel. Jadi expectation aku adalah tinggi.
Off topic pasal design. Sambung pasal trip la pulak.
Lepas kitorang check out pagi tu, terus gerak secara convoy ke destinasi berikutnya. Actually aku tak ingat apa nama pantai nih, tapi situ lah kami singgah untuk makan lunch, rehat sat, dan ambil beberapa keping gambar sebagai tanda bukti kejadian.
Oh, tidak lupa juga, kami singgah di beberapa kedai tepi jalan untuk merasa dan membeli keropok lekor, losong, dan segala tuk nenek berkaitan. Aku beli keropok ikan dan sos pencicah.
Disebabkan kenderaan kami adalah biasanya dibelakang sekali, dan kami selalu hilang komunikasi dengan kepala rombongan, kami sebenarnya tidak tahu kemana arah tujuan kami. Bila dah sampai baru la, "ooooo diorang nak gi sini rupanya....." sangat lawak hokey.
Jadi, bila jalan punyalah jauh, dengan mereka-mereka di hadapan sangat suka menapau kereta-kereta lain... kami hanya layan kan aje. Bila sampai di Masjid kristal, baru kami tahu rupanya destinasi kami adalah masjid kristal.. "ooooo rupanya nak gi masjid kristal..." hahaha~
Juwita tido, jadi aku macam malas nak berjalan. Lagipon aku tak boleh masuk masjid at that time (you know what i mean). Makanya, aku stay je dalam kereta bilamana mereka semua solat dan melihat-lihat keindahan masjid kristal itu.
Puas kat masjid kristal, sambung perjalanan ke Pasar Payang. Ini pon, dah sampai sana baru tahu. Cuci mata je jah... Aku sempat membelikan baju kaftan untuk Juwita dan mama sebagai ole-ole. Selain tu, aku beli brooch dan fridge magnet. Fridge magnet tu hampeh gile, sebab baru sehari aku tampal kat fridge, esoknya bila balik dari office aku nampak dia dah landing kat lantai dengan magnet tertinggal kat fridge. *__* apakah~~~?
(pesanan kepada kaum wanita: sila lah bawa Rm1000 kalau nak masuk pasar payang. Kalau tak, anda rasa jiwa anda melayang-layang kerana tak dapat beli pape~)
Dari Pasar payang ni lah kami berpecah, sebab jalan kami selepas ini adalah berbeda. Mereka akan ke Muadzam kerana nak balik palong. Kak teh akan pulang ke rumah mertua semula di Pasir Mas, manakala kami pulang ke KL.
Perjalanan pulang kami adalah sangat jauh dan panjang, kerana GPS mengong tu bawak kami guna jalan yang paling panjang sekali.. siut betul. Jadilah kami lalu sepanjang persisiran laut china selatan, dengan lalu Paka (sempat lihat pusat pemprosesan petroleum), cherating, dan sebagainya. Pukul 1++ pagi baru sampai rumah dengan keadaan hubby yang terus pengsan peringkat ke-7, dan aku keletihan bagai baru pulang menuai padi.
Dah la sepanjang perjalanan hujan lebat gile. Boleh pulak hubby suruh aku drive civic tu kan... apakah??? sedangkan kelisa tu pon aku amik masa nak dapat kekuatan semula untuk drive, apatah lagi dengan civic yang aku hanya berani pegang stereng dan masukkan kunci tuh?
Aku dah cuba key... walaupon telah adjust seat paling hadapan dan paling atas, ditambah pula adjust stereng kasi konon selesa.. aku tetap tak nampak depan, dan stereng pulak, menghalang meter mileage aku. -__- Aku akui kelemahan ku ini.. aku adalah sangat rendang~~~ (sebenarnya aku sesuai bawak mini atau beetle jah.. hahaha)
Phew~ selesai kisah trip kami. Diharap anda semua terhibur di hari Jumaat ini.
~ Petang ni makeup job kat glenmarie. I hope everything goes well la... (belum start dah ada banyak isu, malas betul!)
~ Hati aku teringat-ingat kain tak lipat bergunung ganang kat rumah~
~ rumah jiran nak kena tinjau.. rewang mereka esok.
Comments