(amaran: entry ni adalah entry balas dendam. Maka ia adalah sangat panjaaaaaaaaangggggggg)
Jadi entry hari ini, walaupon dah basi, saya perlu blog kan juga. kalau tidak tak ada lah nota ingatan tentang hari bersejarah itu.. betul kan? (lagipon, label 'vacation' dah lama saya tak guna, maka entry berkaitan vacation adalah sangat sedikit!)
Berbalik kepada convo wahed, actually bulan 10 duluuuuuuuuu~~~~~~~~ 17hb October ye majlisnya. Kami sekeluarga gerak ke Ipoh, Perak menaiki kereta. Abah, mama, dan Ain akan tiba dengan keretapi. Yup! sangat best mereka, ada pengalaman naik keretapi.
Kami tunggu mereka kat stesyen sana, sebab kami sampai dulu (heh heh heh), malah kami dah check in dulu pon. Hotel bukan jauh, kat atas stesyen tu jugak... Hotel Majestic, station hotel. Hotel ni agak rustic lah... very the colonial. Best actually duduk sini, untuk yang pandai menghargai nilai architecture, mereka akan appreciate bangunan colonial begini.
Sayangnya, tempat ni seperti kurang maintenance. Ada beberapa area yang terabai, dan kerja membaik pulih juga ala kadar. Pemandangan seperti ini tidak kurang memberikan tanggapan yang kurang enak kepada pelancong asing, samada dari dalam ataupon luar negara. Kesungguhan kita menjaga heritage dan bangunan bersejarah boleh dipersoalkan. Perlu di ingatkan, restoration dan reservation bangunan colonial tak sama dengan baik pulih bangunan sekarang. Senibina mereka lain, construction mereka lain.. jadi perlukan perhatian yang istimewa dan sentuhan yang mahir.
Apapon, bangunan ini tetap tersergam indah tak kira waktu siang ataupon malam. Oh, ya... katilnya pon tidak begitu enak dilenjan. wahahaha~ Interior bilik hotel semestinya perlukan perhatian yang lebih detail. Bukan caca marba saja...
OK. Cukuplah aku mengomel pasal design, interior dan architecture. Serius sangat bunyinya kan... Kami enjoy duduk sana. Lepas check in, keluar amik gambar, makan, dan rehat. Malam tu, keluar cari makan. Kami pergi lah ke Mee rebus Ramli (actually jalan-jalan sampai sesat, then terjumpa pulak mee rebus ramli yang femes tuh) yang dikatakan famous sangat kat Ipoh ni. Ok la.. tapi takde lah sampai boleh celen mee rebus Johor...hehehe
Esoknya, siap-siap gi pasar karat pagi tu.
BEST wooo pasar karat!! Rasanya ni tempat yang korang mesti pergi kalau korang ke Ipoh. WAJIB HOKEY!!!
Sempat juga rasa kuetiaw kicap. Adalah SEDAP!!!
Balik dari pasar karat, siap-siap, mandi packing dan terus check out. Yup. memang ini adalah satu vacation yang super singkat. Memang rasa tak puas langsung!! Tapi nak buat macam mana, Ain ada exam isnin tu, kami pula perlu masuk kerja kerana banyak submission.
So, sampai UTP (Universiti teknologi petronas), abah dan mama masuk dalam dewan. Kami apa lagi, bersidai lah kat luar tuh sampai habis event. Kami beli bunga, pergi convo fest, makan-makan... dan akhirnya, bina rumah setinggan kat luar dewan. wahahaha! Lantak lah apa pon, penat woo.. kerusi sebijik pon takde. Kaki dah lenguh, bersila je lah...(bukan ada orang kenal pon.. hahaha)
Habis ke convo, amik gambar lagi banyak banyak dengan wahed, pastu terus gerak. makan, solat, dan terus pulang ke KL dan melaka! Tengah malam baru sampai rumah! Apa lagi, masuk tidor laa~~~
Begitulah percutian kami ke Ipoh, sempena konvokesen Wahed. maaflah kerana entry ini sangat lah ketinggalan zaman. Benda bulan 10 dulu, aku baru nak blog hujung bulan 12 O__O sangat sadis hokey~~~~tapi perlu blogkan jugak, sebagai kenangan dan ingatan di masa akan datang.. hehehe~ lepas ni saya blog pasal trip kami ke Kelantan pulak ye :)
Apapon, layan je lah...
makanan ini sangat sedap! ia adalah kentang swirl dengan perisa pilihan. Ada di convo fest.
~ pergh! panjang gile entry nih! puas hati habis cerita.
~ lepas ni cerita pasal trip ke kelantan pulak.
~ banyak rupanya benda aku tak cerita lagi kan.....
Comments