It's a Monday blues.. for most of us

Hari ini hari isnin. Kebanyakan orang akan mengalami what they called "monday blues". Dah lama dah sebenarnya saya tak mengalami monday blues. Saya ingat lagi, zaman sekolah dulu, memang kena monday blues. Sangat tak suka hari isnin~ penuh dengan chaos, kelam kabut, serabut, serabai... semualah! Tapi itu zaman sekolah. Memang sakit parut kalau hari isnin. Time tu lah nak terberak, time tu lah kasut tak kering, baju tak iron, kerja rumah tak siap, tayar basikal pancit... sangat spoil! haha~~~ tapi itu dulu...


Sekarang, saya suka hari isnin. Sebabnya saya selalu membayangkan isnin adalah permulaan bagi sesuatu yang baru. Permulaan minggu yang baru, jadi tidak seharusnya dimulakan dengan blues. Ia harus dimulakan dengan penuh semangat dan tenaga. Betul kan? Bagaimana kualiti kerja dan diri kita minggu ini akan menjadi lebih baik dari minggu lepas, jika permulaan harinya sudah disambut dengan blues?


Itu bagi saya... tapi anak saya, Juwita... dia kena monday blues juga. harini, nangis hantar taska... hahaha~~!! saya gelakkan aje. Ye lah, dah lama sangat cuti kan... dari hari kamis, jumaat, sabtu, ahad. Hamik kau, 4 hari dok celah ketiak ibu, mana tak nye....


Hubby pon... semacam monday blues juga ini hari... hahaha~~~ Itu le, berbasikal asyik sangat semalam. Macam nak masuk le tour de langkawi dah gaya nya... Natijahnya, badan letih, sengal-sengal... sebab terlalu letih, tido pon terlanjur... jadi bangun sakit-sakit.... haha~~~ (saya pon sakit badan bangun pagi tadi. Sebab dah lam tak berurut nih...)


Sebenarnya, walau apa pon alasan, hari isnin tidak patut dilayan sebegitu muram. Ia patut disambut dengan penuh ceria dan semangat! baru lah kita terdorong untuk maju kehadapan!



~ lupakan bantal dan tilam empuk.

~ kembali ke dunia nyata

~ barang lama jangan dikenang, buka lah lembaran baru

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)