Impian rahsia

Hari ini tidak ada topik hangat untuk diceritakan. Saya adalah dalam keadaan sangat sibuk dan bertungkus lumus menyiapkan nota kelas grooming. Oleh kerana itu, otak telah tertumpu kepada isi penting nota sahaja, maka perkara-perkara lain telah lenyap dari pemikiran (buat sementara waktu).


Oh, ya. kadang kala, di usia ini, saya kerap terpikir untuk menambah ilmu di dada, untuk belajar sesuatu yang baru, mengikuti kelas kemahiran tertentu, dan mencuba sesuatu yang baru.


Sebagai contoh, saya teringin belajar membuat sulaman manik/beads. Saya juga pernah terdetik untuk mengikuti kelas membuat jewelery. Semuanya seperti adalah sangat menarik untuk dibuat ketika mengisi masa lapang. Sebagai hobi, dan... kepuasan diri dah tentu.


Ya, saya sangat menyukai make-up. Sebab itu saya menceburi bidang persolekan. Kemudian persolekan ini menjadi satu cabang hobi yang memberi pulangan wang kepada saya. Sampai bila-bila pon, insyaallah saya akan sentiasa mencintai bidang persolekan. Ia satu hobi yang memuaskan diri!


Tapi, adakah satu hobi, yang benar-benar saya lakukan semata-mata kerana hobi? Maksudnya, saya akan buat jika mahu, dan tinggalkan jika tak mahu. Tanpa dorongan apa-apa, wang, masa, atau apa sahaja?


Saya gemar bersenam, tapi atas dorongan kesihatan dan penampilan tubuh badan. Saya gemar makeup dan solekan, tapi ia tidak boleh dikira, kerana ia telah menjadi bidang kerjaya yang sudah pasti wang dan nama menjadi habuannya. Oleh itu, apakah?


Ya! Saya sudah ingat! Saya sangat sukakan SHOPPING! Shopping adalah perkara yang akan saya mampu buat tanpa dorongan apa-apa. Tidak mendatangkan income, malah menguruskan poket lagi adalah. Sudah pasti, kepuasan dan keseronokan adalah yang dicari.


Selain itu, saya gemar bercuti. Bermaksud bercuti ditempat baru, mencuba makanan baru, melancong, melawat tempat-tempat bersejarah, tempat yang indah-indah....dan mencuba sesuatu yang baru! Ya! itulah yang saya gemar sebenarnya. Dah tentu aktiviti ini tiada dorongan wang, atau kerjaya. Semata kepuasan diri, sanggup berhabisan beratus ringgit (malah mungkin beribu?)


Ada beberapa perkara di dunia ini yang saya teringin untuk cuba, walau sekali pon jadilah. (sekurang-kurangnya dapat merasa)

1. water rafting
2. parasailing
3. naik broga hill (sangat sedih, belum pernah cuba -__-')
4. air balloon
5. paragliding
6. hang gliding


dan, perkara yang saya tak akan cuba walau diberi 1 juta RM

1. sky diving
2. paracute
3. bungee jump (dulu teringin, tapi entah sejak bila bertukar fikiran)




Apakah impian rahsia anda?




~ maaf, saya sibuk

~ Mulai hari ini, saya hantar dan jemput Juwita dari taska.

~ saya perlu improve gaya pemanduan dan tahap keyakinan diri sendiri.

~ Saya rasa tak semua orang akan paham masalah saya. Kadang kala saya akan diserang panic attact, yang menyebabkan saya tak boleh berfikir, nafas jadi cepat, takut, menangis, hand-shaking... dan terus tak confident.
Sebab tu saya gagal ujian memandu kali pertama. Sebenarnya bukan saya gagal ketika ujian, saya freak out sampai tak datang ujian langsung.

~ Tiap kali sebelum mula memandu, saya ambil masa hampir 5 minit pegang stereng tak buat apa. 5 minit untuk saya tarik napas, dan masuk gear 1 atau reverse. (kadang-kala sampai 10 minit!)

~ Apapon, saya harap lepas ni saya akan lebih cool.

~ Walaupon dengan kondisi ini, saya tak rasa aktiviti sukan extreme adalah menakutkan. Malah saya teruja! Mungkin saya panic dan nervous pada perkara-perkara tertentu sahaja....

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)