Rumusan aku tentang "Tips jimat belanja dapur" dari En. Dlie.

dari beberapa minggu lalu, aku sering menerima newsletter dari En. Dlie berkenaan pengurusan kewangan. Seingat aku, tak pernah pula aku men-subscribe apa-apa newsletter seperti ini menggunakan email anggunje aku. Biasanya, apa-apa newsletter yang serupa itu, atau berbentuk Scam atau Spam, confirm aku tekan delete terus. Tapi sebab tajuk dia pengurusan kewangan, aku take time juga untuk baca kali ini. tapi habis baca, aku delete juga... haha~


Dipendekkan cerita, aku bukan nak promote atau cerita pasal newsletter En. Dlie ni, tapi aku tertarik juga dengan tips-tips yang cuba dibentangkan oleh dia. Ada yang aku suka, dan ada juga yang aku rasa merepek. Jangan salah sangka, aku bukan nak bangg atau kondem sesiapa, cuma melahirkan pendapat dan menerangkan praktikaliti dan relevannya tips-tips tersebut diaplikasi dalam keluarga kami.


Jadi di sini aku senaraikan 10 tips dahulu, disertai dengan komen aku...


1. Rancang dan senaraikan barang yang perlu dibeli.
Ingat! Beli barang yang penting sahaja!
(owh.. ini sudah semestinya! aku tak pandai membeli belah barang dapur tanpa list groceries)


2. Masak ikut keperluan. Lihat bilangan ahli
keluarga anda dan jangan membazir.
(setuju, tapi sesetengah jenis masakan sukar untuk dimasak sedikit, contohnya gulai atau kari. Confirm jadinya sebelanga. Makanya, dari makan tengah hari, makan petang, bawak ke malamlah lauk serupa sepanjang hari... ataupon, jalan penyelesaian aku, tak payah masak langsung lauk gitu. hahaha!)


3. Jangan masak sesuatu masakan tersebut sehingga
hilang khasiatnya seperti vitamin, zat dan mineral.
(owh.. betul! amalkan cara pemasakan dan pemakanan yang sihat seisi keluarga. Kurang kan masa memasak makanan, jimat tenaga dan gas. Makanan pon jadi lebih sedap dan berkhasiat!)


4. Lebihan bahan mentah boleh digunakan untuk
masak masakan yang lain. Cari resepi yan berkaitan.
(haah... setuju juga. no comment)


5. Nikmati makanan anda pada kadar diet yang sihat.
Cara ini dapat menjaga kesihatan anda. Dapatkan
nasihat doktor untuk mengetahui jadual pemakanan
seimbang.
(setuju sangat-sangat. Jika kita mengikut diet yang seimbang dan makanan berkhasiat, kurang penggunaan lemak, minyak dan kolesterol dalam hidangan, penyediaan makanan akan jadi kurang minyak, santan, gula, dan garam. jimat-jimat. Aku sukalah penulis ni kaitkan kesihatan dengan budget kewangan)


6. Ambil makanan dalam kuantiti sedikit terlebih
dahulu dan tambah kemudian jika perlu.
(ini untuk elak pembaziran.)


7. Jika anda ada memelihara binatang, berikan
sisa makanan yang masih elok untuk elakkan dari
binatang perliharaan anda sakit.
(malangnya aku tidak membela apa-apa binatang. hanya manusia sahaja. So, no comment.)


8. Elakkan makan makanan ringan. Kurangkan gula
dalam minuman dan masakan. Kurangkan juga dari
menggunakan bahan pewarna dan perasa tambahan.
-Kalau sakit, kan susah.. kena keluar duit lebih
untuk belanja rawatan..
(betul! amalan pemakanan yang kurang sihat harini membawa mudarat untuk masa depan. Kan banyak duit habis kalau sakit...)


9. Jika Anggunje merokok, tinggalkan
tabiat merokok tersebut kerana selain wang ringgit
anda 'terbakar', organ-organ dalaman anda juga
turut 'terbakar'!
(saya tidak merokok. terima kasih. Tapi untuk yang merokok tu.. hentikanlah. bagi aku, perokoklah orang yang paling banyak membazir duit. Sukati je bakar duit dia. Kalau kaya sangat tak pe lah. Ini tiap-tiap bulan pon cukup makan, tu pon boleh beli rokok lagi tuh.. -__-)


10. Bawa bekal ke pejabat. Beri anak-anak anda
bekal makanan ke sekolah. Selain dapat makan
makanan yang sedap, anda dapat berjimat dengan
perbelanjaan persekolahan mereka.
(kadang-kala bawa bekal. sandwich atau roti. Tapi kalau tak bawa pon tak apa. Aku bukan makan sangat pon masa lunch hour.. haha~)


ok. cukup dulu. nanti next entry sambung tips-tips merancang kewangan ini ya. Setakat 1 - 10, aku rasa, semua aku setuju. haha! dah point dia betul, mestilah aku setuju.. ye tak?


oklah.. mari kita renung-renungkan bersama....
adakah anda mengamalkan kaedah merancang perbelanjaan dapur dengan betul? adakah keluarga anda makan makanan yang berkhasiat?


fikir-fikirkanlah...


daa....

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.