Rajin adalah semudah ABC, tapi menjadi malas adalah seperti kentut

Siapa rasa dia rajin, dan siapa pula akan mengaku dia memang malas? Bagi aku konteks rajin dan malas adalah sesuatu yang sangat luas. Bukan sekadar orang tu rajin studi, so dia dapat A peperiksaan. Atau orang tu malas belajar, maka dia gagal peperiksaan. Masa kecil-kecil dulu pula, sering dimarahi kerana dikatakan malas. Malas mandi, malas bangun, malas sidai kain... semua benda malaslah!


Bila aku semakin dewasa, aku memahami konsep rajin dan malas ini dari sudut perspektif yang berbeza. Bukan semudah malas=gagal, rajin=lulus.


Mari kita ambil contoh-contoh mudah seperti dibawah... (ini juga untuk menguji samada anda benar-benar rajin, atau anda adalah malas!):


1. Anda minum air di ruang tamu. Bila air dah habis,

a). adakah anda akan letak dimeja dan bawa ke dapur apabila iklan?
b). adakah anda akan terus bawa kedapur walau cerita sedang klimax?
c). letak sahaja di meja sehingga esok, lusa, dan tulat... sehingga orang lain yang bawakan cawan itu kedapur untuk anda?


2. Anda menonton TV sehingga mengantok. Bilik tidur anda di tingkat atas. Adakah anda..

a). terus bangkit, tutup tv, lampu segala, dan terus naik ke atas untuk tidur
b). terfikir nak naik atas, tapi nanti lah kejap lagi.. (dan anda terus tertidur hingga pagi)
c). aduhai... x laratla nak naik... zzzzzz.....


3. Kipas bilik anda telah rosak, dan anda tahu ia perlu diperbaiki. Anda...

a). terus ambil tool box, keluarkan tangga, dan terus baiki sebaik sahaja balik dari kerja.
b). nantilah kejap lagi, esok esok pon boleh. Letihla baru balik dari kerja
c). ah, bukan apa-apa pon kipas tu. boleh je hidup tak pakai kipas.


4. Anda baru menerima resit dan beberapa invoice dari supplier. Adakah anda..

a). terus punch dan masukkan dalam fail yang sepatutnya. Lepas tu terus key in data dalam komputer.
b). letak dulu dalam tray. Check facebook dulu, lepas lunch lah baru masukkan dalam fail.
c). Letak je dalam tray bersama bil-bil yang lain. hujung bulan nanti barulah buat sekali harung. leceh la buat satu-satu...


Cukuplah dengan 4 situasi di atas. Apa jawapan anda? adakah anda...

seorang yang rajin? atau seorang yang suka bertangguh? atau sebetulnya memang pemalas?


Orang rajin.

Orang yang rajin, adalah orang yang sangat organize dan teratur. Dia suka selesaikan urusan nya sendiri walaupon urusan itu hanyalah menghantar cawan kedapur. Kerana dia tahu, itu adalah tanggung jawabnya terhadap dirinya sendiri. Orang seperti ini, tidak suka keadaan yang berselerak, kerana dia sangat teratur.

Keadaan rumah orang yang rajin adalah sangat kemas. Anda jarang nampak barang-barang peribadinya bersepah disana sini, dan anda jarang mendengar si rajin mencari barangnya yang hilang. Ini kerana, si rajin akan meletakkan barangnya ditempat yang sama setiap kali, dan sentiasa ingat barang kepunyaannya. Si rajin sangat benci bila barangnya diusik orang, atau sesuatu diletak bukan pada tempatnya.


orang bertangguh.

Bertangguh adalah penyakit yang membawa kepada malas. Makin lama anda menangguhkan kerja, makin malas anda dibuatnya. Orang bertangguh juga suka membuat kerja disaat akhir. Akhirnya dia sendiri yang susah, kerana kerja bertimbun dan tak cukup masa.


Rumah orang yang suka bertangguh sedikit berselerak. Ini kerana, dia selalu menangguhkan kerja yang sepatutnya dibuat dengan segera. Contohnya seperti membaiki kipas. Mereka lebih sanggup berpanas dari membaiki kipas itu dengan segera.


Orang yang bertangguh akan menyusahkan orang lain, dan akhirnya membuat orang meluat dan menyampah dengan janji-janji manis dan alasan-alasan si tangguh yang makin merepak. Jangan bertangguh dengan perkara yang perlu dibuat kerana anda membuat orang lain ternanti nanti dan geram pada anda


Orang malas.

Ini tahap maksimum paling teruk! Orang pemalas ni, berpunca dari sikap bertangguh dia yang semakin melarat. Dari bertangguh, jadi terus tak buat langsung. Orang malas adalah orang yang paling berserabut dan berselerak.


Rumah orang yang pemalas adalah busuk, bersepah dan penuh sampah. Ini kerana dia malas nak buang sampah, malas nak cuci pinggan mangkuk, malas nak kemas katil, semua malas! Akibatnya, si malas duduk di dalam sampah dan bau busuk.


Orang malas sangat tidak disukai orang lain. Pemalas menyebabkan semua kerja tergendala, dan akhirnya keadaan menjadi semakin teruk dari hari kehari. Untuk menjadi malas adalah sangat mudah! Anda hanya perlu duduk sahaja tanpa memikirkan apa-apa... lagi mudah dari menghafal ABC. Lebih mudah dari kentut!


Kentut itu busuk, tapi sekurang-kurangnya ia tak memudaratkan orang lain (bau aje la kan...). Orang pemalas ni macam racun dalam organisasi, racun dalam keluarga, dan racun dalam masyarakat. Dah la tak menyumbang, menyusahkan pulak tu.


Jadi.... jenis orang macam mana anda?


jadilah orang yang rajin dan organize, kerana orang yang malas hanya tahu menyusahkan orang lain sahaja.



sedang rajin men-survey curtain sana sini, kerana orang yang rajin akan mendapat hasil yang lebih baik! :) :)

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)