minggu sibuk, kami nak outstation dulu

minggu ni adalah super sibuk. Sebab nak pindah rumah, rumah sekarang ni dah jadi macam kapal baru berlabuh. Porak peranda sungguh! Nasib baik Khamis ni tuan rumah dah nak serah kunci, maknanya mana barang yang dah siap masuk kotak semua nak hantar terus ke sana. Hehehe.. tak lama lagi kosong lah rumah yang sekarang nih :) tak sabarnya....!


Oh, Juwita masih merengek ke taska. Tapi dah tak meraung nangis ye. Bila suruh dia walk, dia nak walk ke pintu taska. cuma bila masuk dalam, dia pusing balik... hehehe... kelakar la you ni juwita.. pelik pon ade... (uwan cakap, tak pernah anak-anak uwan, cucu-cicit yang nangis ke sekolah atau taska. ni kes pertama.. huhu..buat malu aje, uwan cakap.) - alaa uwan, dia baru 2 tahun.. bagi la can nak nangis... kalau masuk darjah 1 nangis tu yang x boleh diterima dah...hehe


Jumaat ni pagi-pagi buta dah ada orang nak mekap. pastu, terus shoot ke johor. (naik kelisa la nampaknya. kereta baru tak keluar lagi..). Sabtu, ade job photografi kat johor. habis je, terus shoot ke n9 pulak. Ada satu lagi job kat sane... penat lah ni travelling. Oh... nak tinggalkan juwita kat Jasin ke tak eh... Rasanya nak tinggalkan. Sibuk nanti.. kesian dia kehulu kehilir, bukannya ibu abah boleh bagi attention kat dia pon kan. dua-dua sibuk.. "uwan, tolong jaga juwita 2 hari boleh... "


OK. cukup dulu.


p/s- hubby, bile nak panjat broga hill?

Comments

AinSaniah said…
meh . maksu ade jage juwita . ohoho

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)