beberapa perkara aku nak buat bila dah duduk rumah baru

poyo tak poyo, aku tak dapat menahan diri aku untuk tidak menulis entry pasal perkara ini. Mungkin kerana telah terlalu excited mahu pindah, jadinya segala dalam kepala otak hanya pindah, pindah, pindah sahaja. Aku dah bayang-bayang dalam kepala apa aku nak buat kat rumah baru nanti. (hehehe... jangan salah anggap, aku ni memang cepat excited dan tak sabar-sabar orangnya. Bukan niat nak menunjuk ke apa ya...sekadar berkongsi minat dan hobi)


Jadinya, aku list down kan perkara-perkara yang dah lamaaaaa sangat dalam kepala aku, apa aku nak buat bila masuk rumah baru nanti (aku terbayangkan pindah rumah sejak aku mula kahwin lagi tau! bayangkan berapa lama dah semua ni tersimpan dalam benak aku.)


1. Tukar tema/ color scheme.

rumah aku sekarang ni, color scheme dia hitam putih. dinding semua putih. Off white, dengan langsir putih, perabot putih. sofa kelabu, dan karpet hitam. Bila masuk rumah baru nanti, aku nak tukar sikit. Still, hitam putih, but with a lil bit splash of green to create a fresh updated look :) :) bukan hijo sampai berpinau tau, tapi just a splash if it sahaja... to add more color. i keep white as a major color as white symbolize clean, tidy and makes room appear larger and lighter. (luas dan terang. thats what i mean)


i prefer something like this. just a bit of green on certain furniture, with green feature wall (wallpaper could be just fine)


see how 'menonjol' and how strong the look is. nicee... isn't it? the green carpet really play part on this


this one also...


some idea from Ikea. I like how they play with white, black and green, and it blend very well, but i prefer green on furniture rather than wall color. (in fact, i'm not really sure if the owner allow us to paint their house with some strong color like green! - but its fine, really. i like white wall more ^_^)


2. tukar perabot

kalau masuk rumah baru, dengan tema baru, mestilah nak tukar perabot baru, kan? Tapi tidaklah semua. sebahagian sahaja, yang dah lapuk lusuh ditelan zaman tu, memang akan di let go lah, untuk memberi ruang kepada yang baru. Mana yang boleh guna pakai lagi, bawak masuk lah nanti. And, of course lah kena ikut budget, ye tak.. hehee


3. tanam pokok bunga

ok. Jangan gelakkan aku. Funny sikit, tapi aku ade rahsia terpendam. Aku sebenarnya minat bercucuk tanam. (ok, sekarang boleh gelak). Masa aku kecik dulu, aku naik basikal ronda satu Kesang (kampung aku le tu), curi batang pokok bunga dan benih yang aku suka, sebab aku nak tanam pokok kat bawah pokok ceri. Pokok ceri tu besar gile, rimbun redup aje. dan sebab banyak burung dok bertenggek atas tu makan buah ceri, bawah pokok tu jadi subur. Jadi aku buat taman bunga bawah tu.



nak tanam bunga seperti gambar2 di atas, boleh?


Ini impian/ khayalan aku masa kecik-kecik okey, aku nak sangat ade taman bunga yang penuh bunga warna warni depan halaman rumah. hehe... gelak la korang~~~ nanti halaman rumah aku dah cantik baru korang ternganga tengok~~!


camni le rupa taman khayalan aku tuh -_-


4. tanaman sayur-sayuran hidrofonik

Haa... ni lagi satu impian gile aku. Masa aku kecik, abah dengan mak aku le ni, ajar kami adik beradik tanam sayur hidrofonik. Memang seronok betul masa tuh! Aku ingat lagi, paling seronok bila 2 situasi,


1: masa benih dah bercambah. Memang suka gile. Terlompat-lompat aku dengan adik aku. lumba sapa punya benih naik dulu.


dan ke-2: masa buah berputik / pokok boleh dituai. Kalau tanam tomato, seronok bile dia mula berbuah. Kalau tanam salad ke, kailan ke, seronok bila tengok dia gemuk besar gebu.


hehee... tak sabar nak harvest :) (belum tanam pon dah excited nak harvest kan...)


5. Buat open house.

Boleh buat open house besar sket. Dulu pernah buat open house kat rumah atas langit aku tu. Punyalah kecik rumah aku, tak muat orang masuk T__T sedih tau~~ Last year tak buat pon, sebab keadaan rumah yang tidak mengizinkan. Tahun ni, insyaallah.... rumah dah selesa, boleh la kot... kalau ade budget~~~ heehee...


ngee... ntah ape-ape je aku ni kan? Tapi aku ni, bila berangan, aku akan pastikan akan menjadi kenyataan, walau apa pon halangan yang menimpa~! cheewah!! Aku dah letak dalam wish-lish updated aku pon benda ni semua. hahaha! so, kena tercapai jugak lah kan tahun nih... :) aminnn~~

Comments

11 said…
wah...mesti menarik nanti..tak saba pulak nk tgk awak make over rumah baru nanti...i've done mine yesterday..neway..salam singgah...

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.