dah habis bercuti. banyaknya nak cerita!!!

cukup 6 hari kami di kuching, akhirnya kami selamat pulang ke semenanjung tanah air. malam tadi, flight pukul 10.30 (sepatutnya 9.50 malam, tapi telah di re-schedule ke 10.30 malam) bertolak dari kuching dan tiba tepat pukul 12 tengah malam, 15 minit lebih awal dari jadual. Bagus :) 2 thumps up untuk pilot yang bertugas malam tu, landing pon cantek je. (teringat masa pergi ke kuching 7 hari lepas, landing kapal terbang tidaklah begitu smooth... uwan juwita siap melatah mengucap2 panjang lagi.. huhuu)


anyway, banyak benda nak cerita masa kat sana. 6 hari memang lebih dari cukup lah. Tapi agak terkilan juga sebab tak berkesempatan ke Bako National Park. Aku memang aim tempat ni kot dari awal.. tapi last minit tak terlaksana.. tapi tak apa lah. banyak lagi tentative lain yang terlaksana.. jadi tak lah ralat sangat :)


shopping.... kami sekeluarga tak shopping sangat... uwan juwita yang banyak shopping. sampaikan masa pulang malam tadi, luggage kami dah overweight... extra 5kg.. rupanya uwan ade beli beras perang sampai 5 kg... huhh~~ -_-"... uwan beli oven lagi, telekung sampai 5 helai (atok kata uwan nak pakai telekung tu subuh telekung lain, zohor telekung lain, asar telekung lain... cukup 5 waktu tukar2 telekung.. haha!). tu tak kira dengan kain batik, pua kumbu segala T__T buat survenir uwan kata, bagi-bagi kat orang.. oklah tu uwan...


juwita... she really really had fun there! she enjoy the plane rides, the perahu tambang, the food... (oh, juwita paling selera makan kat sana. seperti biasa, sarapan nasi, lunch nasi, dinner nasi. hahaha! ibunya ni tak habis-habis dengn mee kolok) tapi our all time favourite... midin belacan! tiap malam kot order ini midin.. haha!


kesimpulannya, kami puas bercuti disana. walaupon 6 hari tu macam lama (memang lama pon) tapi yang bagusnya semua aktiviti kami buat relax je.. tak lah rush-rush, nak cepat aje. sampaikan uwan boleh sempat belajar buat kek lapis sarawak lagi! siap ambil tips2 dan petua dari yang pakar di sana.. kalau ikut tour guide dapat ke? haa....


paling kelakar, ialah bila uwan takut naik perahu tambang. hahaha! terduduk melutut kau! hahaha! lucu betul.. sanggup lagi dia sewa kereta drive ikut jambatan nak ke seberang kali kedua tu.. T__T


ok, nanti saya cerita lagi. harini intro baru. 6 hari, ada 6 episod blog pasal kuching (jabatan pelancongan kuching patut bagi aku elaun untuk ini T__T) Sekarang, nak basuh baju yang menimbun -_-" ayoooo! benda paling tak best bila balik dari bercuti T__T menangis basuh baju tak habis2 kau~~


gambar pon tak upload lagi... dekat 1000 keping ade dalam memori kad tu ha..

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.