birthday Juwita yang ke 2


kalau uoll tengok kat ticker atas tu, nampak kan tinggal berapa hari je lagi birthday Juwita akan tiba. Macam tahun lepas, ibu nya ni yang excited terlebih. Kalau tahun lepas, harap sangat-sangatlah juwita dah berjalan time birthday party dia, rupa-rupanya dia belum nak jalan lagi. (time tu buat b'day dia few days earlier from exact date). Genab dia 1 tahun, barulah dia start berjalan! hehe...

Tahun ni, ibu tak de nak expect lebih-lebih. Cuma kalau boleh, ibu harap Juwita boleh bertutur lebih lancar. Sekarang ni dah bercakap. Tapi sebutir sebutir je yang keluar nye. Kalau bahasa jerman memang lajuuuu! hahaha!

Lagi satu ibu harap Juwita boleh diapers free. Kalau tak diapers free pon, at least tak takut dah nak poo poo dalam potty training tu. Setakat ni, ade lah 2 kali Juwita poo poo dalam potty training tu (tu pon sebab ibu perasan dia tengah meneran. 1st time, dia bagi tau, tapi ibu tak paham T__T). Selain dari tu, dia poo poo senyap-senyap... oooo taknak ibu tau eh.. hehee... bila tanya

" Juwita yak eh?"

mesti dia jawab sambil geleng

" ntak...ntak.."

tau tau dah busukkkk jerk! takpe2, lepas ni ibu akan lebih conscious dan bersedia setiap masa. Takkan terlepas kamu dari pandangan ibu lagi hahaha!

Biarlah ade orang kata tak payah ajar.. biar je la dia. nanti dah besar betul pandai lah dia berak kat toilet. Ibu tak kira. Ibu nak latih anak ibu diapers free jugak. Ibu tahu anak ibu boleh!!! Ibu je yang kadang-kadang malas nak pantau selalu T___T

oh ya. 2 tahun ni juga penuh makna tau. hehe... bila genab Juwita berusia 2 tahun, maknanya genablah 2 tahun Juwita secara exclusive nya breastfeeding! sangat bangga hokey!!! bukan apa, ibu tahu, tak semua mommies kat luar sana ada kekuatan dan daya untuk terus breastfeeding sampai 2 tahun. Tak payah cerita 2 tahun, 6 bulan pertama yang genting tu pon ade yang tak mampu teruskan. Kadang-kadang belum habis pantang pon ada yang dah bagi formula. Sedih ibu kalau dengar situasi2 macam ni. Tapi apakan daya.....

yang penting, anak ibu, Juwita Aisha akan graduate sebagai fully breastfeeding baby until 2 years! Walau takde yang ucap tahniah kat ibu, tapi ibu bangga dengan pencapaian diri sendiri, dan ibu juga bangga dengan Juwita sebab setia dengan susu ibu yang lemak berkrim nih. hehe...

Tapi ibu kadang-kadang risau... macam mana agaknya Juwita lepas 2 tahun. Dia kena stop breastfeeding. Harap-harap Juwita akan menerimanya dengan hati terbuka hehe.. hari2 ibu ingatkan Juwita time nenen,

"Juwita, nanti bila dah 2 tahun takleh nenen dengan ibu lagi... Juwita kena minum susu dalam cawan... paham tak ni ibu cakap...."

Juwita hanya memandang ibu dengan pandangan dalam yang kosong... ibu tak tau juwita paham ke tak.. tapi ibu sayu bila melihat matamu sayang.... perasaan ibu bercampur baur~~

Sesungguhnya, dalam kegembiraan ibu melihat Juwita membesar, ada kesayuan yang ibu pendam. Sayu bila Juwita sedikit demi sedikit lepas dari dakapan ibu. Nanti bila Juwita dah tak nenen, tak ada lagi sesi peluk sambil nenen, tak ada lagi ibu berjaga tengah malam bila Juwita nak nenen, tak ada lagi Juwita menangis-nangis mintak nenen. Nampaknya ibu yang kena sesuaikan diri dengan rutin baru nanti T___T Juwita dah semakin berdikari....

dah makan sendiri. Dah taknak ibu suap. eeiii...pandainya dia....=) ='/

juwita yang dah pandai demand. dah ade benda dia suka dan tak suka...dah ada karakter :)



^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


okeh. Cukup lah meleleh-leleh air mata ni. Jom cerita yang best2 pulak pasal b'day Juwita ye :)


Aku (terus tukar panggilan kepada aku kan.. heh..) bercadang nak buat b'day party Juwita kat rumah uwan atok kat jasin. Tahun lepas buat kat kedai kek uwan. Tapi tahun ni rasanya nak buat kat rumah. leh la jemput jiran2 tetangga dan kawan2 uwan, jemput mak betah (mak betah adalah ibu pengasuhku. aku sayang dia), jemput family in-law ku, masak-masak sikit, buat kek,....baca doa selamat erm... gitu lah.

Cadangnya aku nak bagi beg princess disney untuk hadiah Juwita b'day nanti, tapi beg tu aku dah beli haritu dan dia dah pon pakai. (kami suami isteri tinggalkan dia dengan uwan kat rumah. Dia punya merajuk sampai tak dapat di pujuk! nak ambil hati, kami belikan beg untuk dia. barulah senyum sampai ke telinga! chisss..). Oleh kerana itu, terpaksalah aku memikirkan hadiah yang lain untuk dia nanti. Mungkin kasut baru, atau buku interaktif, atau... ntah la... belum ada yang tergambar lagi dalam otak ni. Oh ya, last year uwan belikan dia tricycle color pink! haha! abah maybe boleh carikan helmat pink kot... hahaha! nak naik basikal pon kena pakai helmet kan? kan?

oh, betul! Juwita adalah pencinta PINK. Kalau pink mesti dia suka. Paling dia suka adalah hi5, princess barbie dan pricess disney. Dia juga layan dora the explorer dan little Einstein. (Klue nih. hehehe)

Dan..... paling penting,

Alhamdulillah, bisness ibu berjalan lancar tahun baru ni. Rezeki tak putus. Jadi tahun ni, ibu boleh la dikatakan lebih BERDUIT dari tahun lepas. Sekurang-kurangnya ibu tak meminta-minta kan?

Sebab rezeki ibu murah tahun ni, insyaallah dapatlah buat majlis untuk Juwita serba sedikit. Abah pon tahun ni murah rezeki kan? Orang kata, lagi banyak kita memberi, laaaagiiii banyak kita akan terima nanti :) :) (paham paham la kan... ngeh ngeh ngeh)

oklah. cukup lah dulu. Malam-malam macam ni layan perasaan aje kan. Tak jadi kerja jadinya. Tunggu je la update b'day party Juwita nanti. Insyaallah jadi. Tak salah plan awal kan, senang nak budget, simpan duit siap-siap, plan awal-awal... so, takde lah huru hara nanti. kalendar pon boleh mark siap-siap! hehehe...

ok cukup dulu hari ini. Ada beberapa bulan sebelum Juwita putus susu ni. Ibu akan hargai setiap saat bersama mu Juwita, agar tiap saat yang berlalu takkan ibu kesali dikemudian hari. Sebelum kamu bebas dan dewasa, ibu takkan sia-siakan masa berharga ini. Sebelum kamu menemui kekasih dan cinta mu diluar sana, ibu akan menjadi kekasih dan cintamu dahulu. Ibulah duniamu kini. Akan ibu hargai masa itu.

sebelum kita berpisah malam ini, layanlah lagu dari Pink, Please don't leave me. (aku minat penyanyi Pink, Juwita minat kaler pink. Tapi aku pon minat kaler pink jugak! haha... apo den cakap nih) layannnn je lah hai...






>xoxo

Comments

Sherry said…
happy birthday :) so fast another yr

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.