Jawab telefon biar betul beb.....

Situasi 1


" hello, reservation please" (aku fefeeling omputih)

" yes, speaking"

" saya nak booking 1 bilik deluxe pada 10 julai. Boleh check ada kekosongan ke tak?" (tetiba jadik melayu balik. kang aku speaking kang dia ingat aku dari denmark pulak kan...)

" cik tinggalkan nombor telefon, nanti kita get back to you?"

" ok, nombor saya 01*-******."

" ok thank you for calling G*** V*** Resort"


sampai ke sudah tak de sesapa wakil resort tu call aku. Hampeh.




Situasi 2


" Hello, saya call dari ***. Ni syarikat bas T***** kan?"

" haah~~"

"boleh ke saya tahu bas nombor XYZ1234 dah sampai terminal ke belum?"

" mana saya tahu. kita bukan pakai GPS nak detect bas dah sampai mana~!? dia bertolak dari mana? ke mana?"

" owh, bas tu dari X ke Y. boleh ke saya tahu dia bertolak pukul berapa?"

" ..........................................................................................................................................."

" hello....?"

" ye ye.! tengah check le nih!"

" oh.. ok"

"........................................................................................................................erm.... pukul 12.30 lah. patutnya dah sampai"

"ok, terima kasih"


Hampeh gila jawab telefon.




Situasi 3.


" hello, reservation please"

" hold on please"

tinggg tongggg ting ting~~~~~~ (lagu music box)

" hello reservation bla bla bla resort and spa. how may i help you"

" saya nak booking pakage weekend getaway 2 day 1 night stay lah"

" ok, your name, please"

" angelina jolie binti halim"

" your phone number please"

" 01*-******"

" ok. do you have fax number or email so we can send your booking invoice?"

" ok, this is my fax number. 03- *******"

" ok, thank you. we will get back to you as soon as possible. thank you and have a great day =)" (aku bayangkan reservation lady tu cakap sambil tersenyum)

"ok, welcome"


OK. Tak ada masalah dalam conversation yang ini. Cumanya.....


Dah 2 hari aku tunggu incoming fax. Aku punya invoice booking tak sampai-sampai lagi. Tak de lah kisah sangat, sebab dah booking. Tapi.... nombor booking pon dia tak bagi haritu (camna aku nak check in kang?). Bikin aku tak senang duduk jahh~ Kalau tau camni, awal-awal haritu aku bagi email je.




~ macam-macam gaya orang jawab telefon kan. Entah pape je.

~ ada ketika, lepas selesai satu urusan dalam telefon, rasa happy dan lega je. Tapi ada ketika, rasa sakit hati serta nak marah pon ada.

~ Adap menjawab telepon ni wajib tau! cara kau jawab tu pon menunjukkan kredebiliti serta imej company. Jadi jangan sambil mudah, nanti pelanggan menyampah.

~ service biar pantas la beb. Tak baik wooo biarkan pelanggan tertunggu-tunggu macam digantung tak bertali pulak hendaknya....

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)