andai aku pergi dulu aka kalau aku mati

andainya aku pergi dulu sebelummu,
janganlah kau bersedih hati~~~~~


lirik lagu alleycat.


kadang-kadang terfikir, andainya aku pergi/ mati dulu sebelum orang lain yang aku sayang, apa yang aku tinggalkan? ingatkah mereka pada aku? sedekahkah mereka al-fatihah padaku? adakah mereka akan menangisi pemergian aku?


kemudian aku teringat pada suami tercinta. Bagaimanakah kehidupannya nanti selepas ketiadaan aku? adakah dia dapat hidup tanpa ku? pudarkah cintanya padaku setelah ketiadaanku? adakah dia kan mencari pengganti diriku? siapa akan menjaga makan minumnya, rumahnya, pakaiannya...tidur jaganya?


Juwita.. bagaimana Juwita? tanpa ibu? dapatkah abahnya menjaganya? memberinya kasih sayang tak berbelah bagi seperti mana aku beri padanya? rindu tak dia nanti padaku?


.....



.....



aku terbaca di bod gossip. yanie mentor telah meninggal dunia. Al-fatihah kepada arwah. takziah kepada keluarganya. Dia baru kahwin kan... bagaimana suaminya menerima keadaan ini... keluarganya... rakan terdekatnya....


arwah didapati menghidap ketumbuhan di paru-paru 4 bulan lalu, dan menderita sebelum menghembuskan nafas terakhir. ya allah!


Ajal maut ditangan tuhan. bila Allah nak kita mati, matilah kita. Manusia hanya boleh merancang. Kira merancang, menjaga kesihatan kita, jaga makan kita, jaga emosi kita, jaga keselamatan kita... tapi kalau Allah kata nak jadi, jadi jugak.


Hari ini doa ku panjang..... lebih panjang dari biasa... alfatihah ku banyak kusedekahkan pada arwah-arwah yang kukenali. Ya-allah... betapa kecilnya aku ini... kecilnya.......



Comments

iena hamdi said…
innalillah...

terkejut jugak akak dapat tahu berita ni...

bkn ko jer yg pikir gietu dik.. akak pun selalu pikir.. anak2 mcm mana?

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?