Ada ke peminat penguin kat sini?
Macam bodoh ke soalan. Ada ke yang benci penguin? hahaha!
Harini aku nak cerita pasal penguin dan kat mana nak tengok penguin free kat Melbourne.
Sebenarnya ramai orang tak tahu yang kat Melbourne ada satu tempat kita boleh tengok penguin free. Dah lah free, dekat pula tu dari bandar. Tak perlu sewa kereta, naik tram je pun boleh sampai.
Biasanya kalau pelancong datang melawat Melbourne, mereka akan ke Philip Island. Kat sana boleh tengok penguin di pusat konservasi penguin. Kalau bayar lebih sikit boleh tengok dari jarak dekat penguin tu pulang ke sarang. Kalau timing cantik, boleh terserempak dengan penguin di celah-celah belukar dan batu di parking space. Dah itu habitat mereka kan..
Tapi kita masih kena sewa kereta dan memandu 2 jam ke sana.
Kalau yang malas nak drive keluar dari bandar, mereka akan memilih untuk melihat penguin di zoo atau Melbourne Aquarium. Zoo kat sini best sangat. Bagi aku tiket masuknya berbaloi dan selain dari penguin boleh tengok macam-macam haiwan lain lagi terutamanya haiwan native Australia. Aku pun suka sangat pergi zoo (zoo dekat sahaja dengan rumah kami. Naik basikal pun boleh sampai). Zoo juga ada menyediakan persembahan penguin untuk pengunjung. Kena tengok jadualnya supaya tak terlepas.
Tapi tu lah, masih tak free dan penguin pun bukan dalam habitat semulajadi nya. Dah nama pun zoo..
Melbourne Aquarium tak payah cerita lah. Very expensive dan sebenarnya overprice. Orang tempatan pun pikir berpuluh kali nak masuk sebab macam tak berbaloi hahaha!
Sebenarnya ramai yang tak tahu yang sebenarnya di Melbourne ada satu tempat yang menjadi habitat semulajadi penguin dan pelancong boleh datang, masuk, dan lihat penguin dengan percuma sahaja (yang penting jangan kacau mereka).
Tempat itu adalah di St Kilda.
Akhir kata, ada rezeki satu hati nanti, boarder buka balik, covid19 dah habis, vaksin dah dijumpai, semua dah boleh datang melancong, jemputlah datang ke Melbourne. Enjoy sightseeing, enjoy tengok penguin tapi jangan lupa menghormati penduduk asal dan habitat mereka. Ikuti peraturan yang ditetapkan. ok?

Dulu masa kerja di St Kilda selalu pergi ke pantai... Sekarani ni kalau nak ke beach, effort la juga naik tram ke sana kan. Tapi tgh covid ni tak boleh laa..
Pusat habitat dan konservasi penguin ini terletak di St. Kilda Pier. Kalau nak ke sana boleh naik tram dari city menuju ke St. Kilda. Tram-tram yang sampai ke St. Kilda adalah:
- Tram 96 dari Bourke St
- Tram 12 dari Collins St
- Tram 16
St Kilda Pier adalah lokasi tempat tinggal koloni fairy penguins (penguin kecil, miniature. Bukan macam Emperor penguin kat Antartika tu ye). Lokasi yang sama juga terletaknya St Kilda Pavillion, dan Marina of the Royal Melbourne Yacht Squadron. Jadi jangan keliru, memang kat tempat tu ada beberapa benda hahaha.
Ikut je signboard ke St Kilda Pier, jalan kat jeti tu sampai ke St Kilda Breakwater.
Signboard St Kilda Pier. (Hodoh pulak St Kilda dari view ni.)
Jalan lah kat jeti ni sampai tengah sana. Tengah sana tu lah St Kilda Breakwater. (St kilda ni kalau waktu mendung memang hodoh.)
Kat sini boleh memancing. Pastikan kalau nak bawak naik ikan, saiz ikan menepati syarat yang ditetapkan. Ikan tak cukup besar maksudnya tak cukup umur, kena lepaskan balik.
Ni lah Pavillion dan Royal Yacth Maritime yang aku cakap tadi tu. Dia adalah club house untuk kelasi-kelasi kapal waktu dahulu. Pernah terbakar, sekarang dah dibaik pulih dan jadi landmark St Kilda dan juga cafe. Nak minum kopi dalam ni kena dress up sikit, ala-ala aristocrat (tak tipu).
Sejarah bangunan ini
Kawasan ni masih boleh ambil gambar tapi tak boleh ada flash. Dah sampai dalam sana nanti ambil gambar pun dah tak boleh (kalau ada penguin la. Waktu aku datang ni waktu siang, tak ada penguin)
Kita masuk rumah mereka. Kena la jadi tetamu yang menghormati tuan rumah, ok?
Timing tu penting
Sebelum datang sini, pastikan plan dulu nak datang pukul berapa dan musim apa waktu itu. Sebabnya, kalau datang salah timing, tak ada penguin pun kat situ.
Penguin menghabiskan kebanyakan waktu mereka di laut mencari makanan. Kalau ibu bapa mereka dan keluar dari sarang ke laut, baby penguin biasanya akan duduk diam-diam sahaja dalam lubang celah batu. Kita tak nampak sekor pun.
Jadi kalau nak tengok penguin, kena lah datang bila penguin ni pulang ke sarang atau waktu mereka keluar ke laut. Jadi waktu yang paling sesuai untuk melihat penguin adalah waktu sebelum subuh dan selepas matahari terbenam (lihat gambar di bawah).
Lagi satu kena fikirkan musim. Ada musim penguin mengawan, ada musim dia bertelur, ada musim dia ada anak-anak kecil. Ada musim, penguin akan lebih lama di laut berbanding di sarang. Tapi ada musim, penguin akan lebih lama di sarang berbanding di laut (kerana dia ada anak kecil). Begitulah. Mereka pun macam kita juga, mencari rezeki dan menjaga famili. hehe..
Panduan melihat penguin
Akhir kata, ada rezeki satu hati nanti, boarder buka balik, covid19 dah habis, vaksin dah dijumpai, semua dah boleh datang melancong, jemputlah datang ke Melbourne. Enjoy sightseeing, enjoy tengok penguin tapi jangan lupa menghormati penduduk asal dan habitat mereka. Ikuti peraturan yang ditetapkan. ok?
Oh, tak lengkap lah post ni kalau tak ada gambar penguin kan.
Gambar permandangan St Kilda dengan beberapa ekor penguin berlatar belakangkan kilauan lampu neon dari bandar Melbourne di kejauhan, hasil tangkapan Mohamad Fahmi yang dikongsi di Google Map.
Gambar baby penguin berpelukan dikongsikan oleh J O di Google Map.
Salam sayang dari Melbourne,
Noor,
Carlton North.
Comments