Menulis di blog. Masih relevan kah?

Aku mengkagumi orang yang masih kental menulis di laman blog. Kalau anda adalah follower lama aku dari dahulu, mesti perasan yang dahulu aku rajin update blog ini. Boleh kata seminggu sekali ada sahaja topik yang aku ceritakan. Aku juga rajin beri pendapat dan hujah dalam isu semasa dan isu ilmiah. Aku pernah cerita pasal hukum caruman ASB, saham, bitcoin, parenting tips, study tips, travel, patah kaki, beranak, warded, denggi, dan banyak lagi lah. Aku juga ada series #roadtoMelbourne yang mana aku dokumenkan pengalaman aku sambung master di Australia.

Kenapa aku kongsikan pengalaman aku masa tu? Sebab masa aku melaluinya dulu, tak ada satu pun sumber rujukan lengkap yang aku jumpa. Sikit-sikit adalah. Jumpa sikit info kat blog sini, sikit kat blog sana. Tapi info yang lengkap dan terkini tak ada. Contohnya, ada blog yang cerita sikit pasal dia buat medical check up, ada sikit yang cerita dia apply university di UK... Tapi tak ada yang cerita dari A to Z dari proses permohonan sampailah settle down di Australia beserta detail-detailnya. Kalau dalam bahasa akademik, ada knowledge gap disitu yang boleh aku explore, studi, dan rekod kan.

Tapi itu dulu.

Sejak 2 ke 3 tahun ni aku kurang motivasi hendak menulis di media sosial mahupun blog sendiri. Ada banyak faktor (atau alasan) kenapa aku kurang menulis di sini. Bila dah lama tak berblogging, kadang-kadang aku sendiri terfikir adalah masih relevan aku menulis di blog bila segala info sudah boleh didapati merata-rata. Orang muda sekarang rajin berkongsi. 

Makan donut dulu sebelum baca aku mengomel please~


Jadi untuk defend diri sendiri, disini aku berikan 5 alasan mengapa aku ter-abaikan blog aku ini. 

1. Komitmen lain yang lebih penting. 

Ini jawapan cliche. Tapi tersangatlah benarnya. Kalau 3 tahun dahulu, aku memang tak ada masa hendak berblogging sebab assignment yang banyak. Setiap minggu ada essay dan research yang perlu diselesaikan. Terlalu asyik belajar dan membuat essay untuk universiti sehinggakan tak terasa rindu pun hendak berblogging! Bila dah habis belajar, tak ada masa juga hendak berblogging kerana sibuk pula dengan tuntutan lain: volunteering, parenting, mothering, wife-ing, job seeking, part -time working... just to name a few. Bila life kau is too fulfilling, kau tak ada masa nak feed on social media. Agak kagum juga dengan orang yang boleh buat kedua-duanya serentak. Mereka tak tidur agaknya. Maaflah, aku kena tidur 7.5 jam sehari. 

2. Lebih selesa menulis dalam ruangan akademik

Sejujurnya aku lebih selesa menulis dalam ruangan akademik. Academic writing adalah penguasaan (expertise) aku. Bila tulis benda santai diluar academic realm, aku kantoi sikit. Kelemahan yang aku sedar sejak dahulu lagi dan makin ketara belakangan ini. Mungkin kerana otak aku dah di latih untuk berfikir secara 'structural' seperti ahli akademik. Oleh kerana aku berat bahagian akademik, aku juga merasakan berhujah di media sosial adalah sia-sia kerana tidak betul landasannya. Tak worth it. Tapi membincangkan benda santai adalah satu pembaziran masa dan tenaga pula. Entahlah. 

3. Info sudah banyak. Cabaran mencari "knowledge gap"

Zaman sekarang, rata-rata anak muda lebih rajin berkongsi berbanding 8 tahun dahulu. Maklumat lebih senang di dapati di media sosial. Kadang-kadang tak perlu bertanya, dia dah cerita dahulu. hahaha. Dengan lambakan informasi, semua orang nak berkongsi, nak bercerita. Sampaikan aku pun letih membaca. Letih dengan maklumat yang macam-macam tak tentu punca dan kebenaran. Pembaca pula, pengalaman dan pendapat peribadi pun dianggap sebagai fakta. Tapi bila kita nak berdebat rasa tak berbaloi pula mengorbankan kesihatan minda sendiri. Not worth it. Information overload dan tak terkawal ini adalah salah satu faktor aku deactivate facebook aku dua kali dan berdiam diri dari dunia blogging agak lama. Penat! Jadi bila hendak berblogging balik ni, aku rasa macam masuk dalam laut air pasang. Benda dah penuh, kita nak curah lagi. Dalam laut ni info dah banyak dan dah redundant. Jadi satu cabaran pula nak cari "knowledge gap" kat situ kan :D

4. Rasa tidak sesuai, rasa pelik

Masa tidak sesuai, platform tidak sesuai, bukan orang yang sesuai... banyaklah faktor yang membuatkan aku merasakan, "Eh, I better keep my opinion to myself because... (this is not the right place/ not the right platform/ that is not the right audience/ I may not the right person to say it/etc etc etc). Kalau nak kongsi pengalaman pula, balik pada point nombor 3 di atas, dah redundant. Ya, pengalaman aku tak sama dengan orang lain, tapi bercerita hanya untuk kongsikan pengalaman, my first person point of view, bagi aku agak self-absorbed dan sedikit narcissistic. Knowledge and input cannot be viewed from our own perspective only. Memang ramai influencer dan penulis di media sosial yang narcissistic dan self-absorbed. Tak semua, tapi ramai. Elemen itu perlu ada kalau nak cerita pasal diri sendiri setiap hari. Which is not me. 

5. Kematangan dan usia

Pernah dengar tak peribahasa yang berbunyi, "A smart person knows what to say. A wise person knows whether or not to say it". Socrates pula kata, "The only true wisdom is in knowing you know nothing". Personally, I don't think it is wise to feed people with our personal point of view that is clouded by our own value and narrow worldview. What we see from our own eyes are filtered by our own preconception which could lead to prejudice and bias. 2 orang mungkin melihat benda yang sama, tapi interpretasi mereka berbeza. Sebagai contoh, A dan B melihat sayur dari kebun belakang rumah yang berlubang-lubang dimakan ulat. Si A melihat itu satu kegagalan kerana sayur itu tidak cantik seperti sayur dari pasaraya. Si B pula melihat itu satu kejayaan kerana lubang dimakan ulat itu bermakna sayurannya semulajadi dan bebas bahan kimia. 

Serupa juga dengan pengalaman. Secara general, semua immigrant akan melalui hardship. Tapi setiap orang mempunyai pengalaman unik yang berbeza. Ada orang melalui pengalaman yang lebih teruk dari orang lain. Ada yang mengalami diskriminasi dan rasism dalam kehidupan harian, ada yang tidak. Ada yang mudah adapt dalam budaya, cuaca, dan sistem baru tapi tak semua begitu. Ada orang struggle nak blend-in. Ada orang enjoy musim sejuk, ada orang benci bila datangnya musim sejuk. Ada orang sakit alahan teruk bila tiba musim bunga, ada orang musim kegemarannya musim bunga. Ada orang mudah dapat kerja, ada orang ambil masa bertahun untuk secure first job. Sebab itulah pendapat dan pengalaman yang di terjemah oleh satu-satu individu tidak boleh dijadikan sumber rujukan mutlak. Ia adalah cetek dan tidak menyeluruh. 

Kalau tanya aku, musim kegemaranku semestinya lah winter. Kalau aku tak suka winter atau sejuk aku tak pilih Melbourne sebagai my second home (now become my first home). Kalau aku suka tropical weather, dah lama aku pindah Darwin. Sekadar perkongsian pandangan aku yang cetek dan tidak menyeluruh ini.  


Kesimpulannya atas faktor usia, aku rasa lebih bahagia bila kurang melabur dalam media sosial. Jangan salah anggap. Bukan aku kedekut ilmu atau sombong. Kalau orang tanya aku jawab je. Itu pun dengan berkali-kali ingatan pada mereka supaya jangan jadikan landasan pegangan. Ia hanya pendapat dan pengalaman peribadi. 

Kepada penulis, kena ingat bahawa menulis ini berat tanggungjawabnya. Penulisan adalah satu bentuk manifesto. Apa yang kita tulis mampu membawa kebaikan malah keburukan. Tulislah jika perlu, dan diamlah jika ia lebih baik. 


Noor
Carlton North

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)