Kisahnya aku nak sangat lah ada pokok Tuscan Kale walau sebatang pun di kebun belakang rumah ku ini. Memang dah terbayang-bayang dalam kepala, besar jadinya, sepanjang tahun hasilnya, cantik rupanya. Dah siapkan tempatnya pun untuk Tuscan Kale ini, tinggalnya belum ada benihnya lagi. Merata aku cari. Berbulan tanya sana sini. Akhirnya ada yang sudi kongsi benihnya, tapi lain pula yang jadi.....
Kalau di Malaysia, bercucuk tanam waktu PKP ini adalah kebanyakannya berbentuk hobi untuk mengisi masa lapang dan suka-suka. Tapi di Victoria/Melbourne, pertambahan backyard garden adalah langsungan dari revolusi makanan (food revolution) yang hangat di sini.
Melbourne memang terkenal dengan bandar yang aktif dalam "penyokong dan menganjurkan" (susah nak cari perkataan yang sesuai untuk "advocate") food & supply chain revolution. Farmers market tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan pertumbuhan small garden juga sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Community garden juga bukan sesuatu yang asing. Ia ada merata-rata dan di setiap suburb. Menjadi petani kecil bukanlah sesuatu yang anih dan dipandang enteng di sini, malah sesuatu yang sangat digalakkan serta mendapat sokongan penuh masyarakat tempatan.
Kawasan perumahan di sini kebanyakannya ada access kepada tanah, samada backyard atau front yard. Kalau tak ada tanah, mereka biasanya ada planter box yang disediakan kerajaan di hadapan unit rumah mereka. Kalau tak covid pun mereka dah biasa bercucuk tanam kerana itu adalah gaya hidup mereka sejak dulu.
Aku pun mula bercucuk tanam sejak aku berpindah ke sini 3 tahun lalu. Mana boleh tak bercucuk tanam, geram kot. Geram tengok sayur-sayuran jiran gemuk-gemuk. Kalau waktu summer, bulat-bulat, merah dan juicy tomato mereka. Akhirnya kita pun terjebak.
Jadi bila kerajaan Victoria melaksanakan covid19 restrictions dan kebanyakan orang terpaksa duduk di rumah, makin menjadi-jadi lah aktiviti berkebun mereka. Satu yang aku perasan bila restrictions bermula adalah rak benih dan anak pokok di Bunnings kosong! Habis kena sapu. Kedai-kedai benih online pun kena serbu sampaikan mereka terpaksa hadkan pembelian kepada ahli sahaja.
Nasib baiklah aku ahli. Boleh lah aku beli benih pokok lagi. Itu pun banyak benih yang dah habis termasuklah Tuscan Kale yang aku idam-idamkan.
Sebulan lebih juga lah aku cari benih Tuscan Kale waktu tu, tak jumpa seller yang ada stok. Semua tempat sold out. Akhirnya, aku post kat akaun instagram kebun aku. Saja tanya, kot ada sesiapa yang sudi berkongsi benih kalau ada lebih. Punya lah aku nak sangat baka Kale Tuscan aka Black Toscano ni sampai tidur malam pun tak lena! Sibuk browse sana sini cari benih.
Dijadikan cerita, ada seorang backyard gardener yang respond story aku. Katanya dia ada banyak benih brassica yang dia simpan sendiri. Dia adalah seed saver.
Untuk yang tak familiar dengan pertanian atau dengan konsep seed saving, seed saver adalah orang yang simpan benih tanaman dari hasil tanamannya sendiri. Dengan kata lain, dia tak beli benih di kedai tapi dikutip dan disimpan dari tanaman dikebunnya sendiri. Biasanya seed saver akan membiarkan sebahagian tanaman menjadi overgrown dan berbunga untuk menghasilkan biji benih. Aktiviti ini dipanggil seed saving.
Aku pun apa lagi, suka tak terperi lah. Selepas bertukar alamat, aku pun tidur dengan lena. Perjanjiannya, dia bagi aku benih Tuscan Kale, aku balas dengan benih Winged bean aka kacang botol. Aku pos kat dia, dia pos kat aku. Sama-sama pos benih tu serentak. Aku di Carlton North, dia di sempadan Victoria-NSW. Happy nyaa waktu tu..... Tak sabar rasanya!
Dapat pula berita waktu itu pakaian sukan anakku yang sekolah tempah dari China dikuarantin 1 bulan di pusat tahanan. Barang suamiku yang dibeli dari Ebay juga ambil masa 2 bulan untuk tiba. Akhirnya setelah sebulan lebih biji benihku tak tiba, aku pun give up menunggu. Aku positif merasakan bahawa sampul surat yang berisi biji benih itu tidak akan tiba. Confirm kena confiscated. Mana tak nya, benih yang aku pos kepada dia sebagai balasan juga tidak tiba ke tangannya.
Beberapa minggu selepas itu, aku terdetik untuk melihat semula stok Tuscan Kale di laman web supplier. Eh, dah ada balik! Geramnyaaa! Tapi apakan daya, dah terlambat pun kalau nak beli. Kebun dah penuh dan musim pun dah beralih. Kalau beli pun dah tak sempat nak semai, begitu tanggapanku waktu itu. Jadi aku lupakan sahaja benih yang dah ada stok itu dan move on. Kononnya.
Pada suatu hari aku saja jalan-jalan melawat nurseri berhampiran rumah. Dalam tengah belek-belek pelbagai jenis anak pokok dari satu row ke satu row, tiba-tiba,
OMG OMG OMG!!!!
Ya ampun! Rupanya mereka ada anak benih Tuscan Kale! Kenapa aku tak tahu?
Aku pun dok belek-belek, pusing-pusing beberapa kali, berejam-jam juga aku tawaf nurseri tu, sambil tu pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak, beli? tak? beli? tak?....
Akhirnya pejam mata aku beli juga satu punnet. Dalam fikiran aku, ada satu pokok Tuscan Kale di kebun pun jadilah! Nak jugak jugak! Beli lah kale lain nama apa pun, tetap tak sama. Nak Tuscan Kale juga.
Masa nak bayar tu aku borak lah dengan tuan kedai. Rupanya mereka tak pernah kehabisan stok anak Tuscan Kale. Kalau aku tahu dari awal dah lama aku terus ke situ saja untuk mendapatkan pokok yang aku idamkan itu. Mengapa dan bagaimana selama ni tak terdetik langsung nak cari di nurseri ini, aku pun tak tahu.
Gitulah kisahnya aku dan Tuscan Kale. Kini aku bahagia kerana lengkap lah sudah winter garden ku. Ada Dwarf Blue Curled Kale, ada Coral Lettuce, ada Mustard Greens Red Giants dan Yukina Savoy, ada Silverbeet, Chinese Cabbage, Spring Onions, Leeks, Carrots, herbs, beberapa jenis edible flowers dan paling pening sekali, ada Tuscan Kale.
Kalau dah nak tu, nak juga kan?
Noor,
Carlton North.
Budaya berkebun kala Covid19
Sejak dari mula PKP di Malaysia dan di Australia (di sini kita panggil covid19 restrictions), rata-rata orang dah mula creative cari aktiviti-aktiviti yang boleh diisi di masa lapang. Antara aktiviti yang menjadi popular adalah bercucuk tanam.Kalau di Malaysia, bercucuk tanam waktu PKP ini adalah kebanyakannya berbentuk hobi untuk mengisi masa lapang dan suka-suka. Tapi di Victoria/Melbourne, pertambahan backyard garden adalah langsungan dari revolusi makanan (food revolution) yang hangat di sini.
Melbourne memang terkenal dengan bandar yang aktif dalam "penyokong dan menganjurkan" (susah nak cari perkataan yang sesuai untuk "advocate") food & supply chain revolution. Farmers market tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan pertumbuhan small garden juga sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Community garden juga bukan sesuatu yang asing. Ia ada merata-rata dan di setiap suburb. Menjadi petani kecil bukanlah sesuatu yang anih dan dipandang enteng di sini, malah sesuatu yang sangat digalakkan serta mendapat sokongan penuh masyarakat tempatan.
Community garden seperti ini ada di setiap suburb.
Kawasan perumahan di sini kebanyakannya ada access kepada tanah, samada backyard atau front yard. Kalau tak ada tanah, mereka biasanya ada planter box yang disediakan kerajaan di hadapan unit rumah mereka. Kalau tak covid pun mereka dah biasa bercucuk tanam kerana itu adalah gaya hidup mereka sejak dulu.
Ni planter boxes dia buat sendiri. Bukan yang city council bagi.
Aku pun mula bercucuk tanam sejak aku berpindah ke sini 3 tahun lalu. Mana boleh tak bercucuk tanam, geram kot. Geram tengok sayur-sayuran jiran gemuk-gemuk. Kalau waktu summer, bulat-bulat, merah dan juicy tomato mereka. Akhirnya kita pun terjebak.
Jadi bila kerajaan Victoria melaksanakan covid19 restrictions dan kebanyakan orang terpaksa duduk di rumah, makin menjadi-jadi lah aktiviti berkebun mereka. Satu yang aku perasan bila restrictions bermula adalah rak benih dan anak pokok di Bunnings kosong! Habis kena sapu. Kedai-kedai benih online pun kena serbu sampaikan mereka terpaksa hadkan pembelian kepada ahli sahaja.
Nasib baiklah aku ahli. Boleh lah aku beli benih pokok lagi. Itu pun banyak benih yang dah habis termasuklah Tuscan Kale yang aku idam-idamkan.
Mencari biji benih Tuscan Kale
Aku post kat story, cari sesapa yang boleh share benih Tuscan Kale dia.
Sebulan lebih juga lah aku cari benih Tuscan Kale waktu tu, tak jumpa seller yang ada stok. Semua tempat sold out. Akhirnya, aku post kat akaun instagram kebun aku. Saja tanya, kot ada sesiapa yang sudi berkongsi benih kalau ada lebih. Punya lah aku nak sangat baka Kale Tuscan aka Black Toscano ni sampai tidur malam pun tak lena! Sibuk browse sana sini cari benih.
Dijadikan cerita, ada seorang backyard gardener yang respond story aku. Katanya dia ada banyak benih brassica yang dia simpan sendiri. Dia adalah seed saver.
Untuk yang tak familiar dengan pertanian atau dengan konsep seed saving, seed saver adalah orang yang simpan benih tanaman dari hasil tanamannya sendiri. Dengan kata lain, dia tak beli benih di kedai tapi dikutip dan disimpan dari tanaman dikebunnya sendiri. Biasanya seed saver akan membiarkan sebahagian tanaman menjadi overgrown dan berbunga untuk menghasilkan biji benih. Aktiviti ini dipanggil seed saving.
Perbualan aku dengan dia dan kami bersetuju untuk bertukar-tukar biji benih
Aku pun apa lagi, suka tak terperi lah. Selepas bertukar alamat, aku pun tidur dengan lena. Perjanjiannya, dia bagi aku benih Tuscan Kale, aku balas dengan benih Winged bean aka kacang botol. Aku pos kat dia, dia pos kat aku. Sama-sama pos benih tu serentak. Aku di Carlton North, dia di sempadan Victoria-NSW. Happy nyaa waktu tu..... Tak sabar rasanya!
Tak kunjung tiba
Aku sangkakan pencarian ku telah berakhir. Namun, hari berganti hari, minggu berganti minggu, benih yang aku tunggu tak tiba-tiba. Aku dah mula rasa hairan dan risau. Maklumlah, musim covid19 ni, apa-apa pun boleh jadi.Dapat pula berita waktu itu pakaian sukan anakku yang sekolah tempah dari China dikuarantin 1 bulan di pusat tahanan. Barang suamiku yang dibeli dari Ebay juga ambil masa 2 bulan untuk tiba. Akhirnya setelah sebulan lebih biji benihku tak tiba, aku pun give up menunggu. Aku positif merasakan bahawa sampul surat yang berisi biji benih itu tidak akan tiba. Confirm kena confiscated. Mana tak nya, benih yang aku pos kepada dia sebagai balasan juga tidak tiba ke tangannya.
Pujuk diri
Demi memujuk hati yang lara aku pun order kale jenis lain. Aku order Dwarf Blue Curled Kale dan aku semai dengan banyaknya. Bila nak alihkan ke batas baru aku sedar yang kebun aku dah tak cukup tempat untuk semua kale itu. Tapi aku tanam juga di segala sudut dan celah yang ada. Nak puaskan hati punya pasal.
Geram punya pasal, punyalah banyak aku semai. Macam-macam pokok ada! hahahaha!
Beberapa minggu selepas itu, aku terdetik untuk melihat semula stok Tuscan Kale di laman web supplier. Eh, dah ada balik! Geramnyaaa! Tapi apakan daya, dah terlambat pun kalau nak beli. Kebun dah penuh dan musim pun dah beralih. Kalau beli pun dah tak sempat nak semai, begitu tanggapanku waktu itu. Jadi aku lupakan sahaja benih yang dah ada stok itu dan move on. Kononnya.
Kalau dah rezeki
Tapi betul lah orang kata, kalau dah rezeki tu tak kemana. Tuhan kata, kalau dia nak bagi, dia bagi. Kalau bukan harini, esok. Kalau bukan bulan ini, bulan depan.Pada suatu hari aku saja jalan-jalan melawat nurseri berhampiran rumah. Dalam tengah belek-belek pelbagai jenis anak pokok dari satu row ke satu row, tiba-tiba,
OMG OMG OMG!!!!
Ya ampun! Rupanya mereka ada anak benih Tuscan Kale! Kenapa aku tak tahu?
Aku pun dok belek-belek, pusing-pusing beberapa kali, berejam-jam juga aku tawaf nurseri tu, sambil tu pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak, beli? tak? beli? tak?....
Akhirnya pejam mata aku beli juga satu punnet. Dalam fikiran aku, ada satu pokok Tuscan Kale di kebun pun jadilah! Nak jugak jugak! Beli lah kale lain nama apa pun, tetap tak sama. Nak Tuscan Kale juga.
Masa nak bayar tu aku borak lah dengan tuan kedai. Rupanya mereka tak pernah kehabisan stok anak Tuscan Kale. Kalau aku tahu dari awal dah lama aku terus ke situ saja untuk mendapatkan pokok yang aku idamkan itu. Mengapa dan bagaimana selama ni tak terdetik langsung nak cari di nurseri ini, aku pun tak tahu.
Gitulah kisahnya aku dan Tuscan Kale. Kini aku bahagia kerana lengkap lah sudah winter garden ku. Ada Dwarf Blue Curled Kale, ada Coral Lettuce, ada Mustard Greens Red Giants dan Yukina Savoy, ada Silverbeet, Chinese Cabbage, Spring Onions, Leeks, Carrots, herbs, beberapa jenis edible flowers dan paling pening sekali, ada Tuscan Kale.
Bahagia dah Tuscan Kale ni duduk celah carrot, leek dan spring onion. Ke aku yang bahagia sebab dah ada Tuscan Kale kat kebun? hahaha
Kalau dah nak tu, nak juga kan?
Noor,
Carlton North.
Comments