Berjiran dengan possum

Kat belakang rumah kami ni, di backyard, ada 2 batang pokok peach. Setiap tahun hasilnya memang tidak pernah menghampakan. Buahnya lebat, besar-besar dan manis belaka. (scroll sampai bawah, ada video pokok peach aku) 

Peach akan masak ranum waktu musim panas. Jadi, dalam tak suka summer tu (sebab panas, bahang, terik, dan sebagainya lah) ada 2 benda yang best waktu summer. Satu adalah beach, dua adalah peach. Eh rhyme pula.

3 tahun berturut-turut aku buat peach jam dari hasil buah peach belakang rumah. (Aku ada post pasal buat jem peach sebelum ini. Link kat bawah) Sampai lah awal tahun ni, tak ada peach langsung!

Kenapa? 

Sebab makhluk ni sekeluarga lah!

Possum atas pokok peach. Nampak tak ada dua ekor tu


Possum! 

Habis putik dan buah muda pun di makannya. Tak ada satu pun ditinggalkan untuk kita. Bayangkan, sebiji pun kami tak merasa buah peach tahun ini. 

Setiap pagi kat bawah pokok peach ni penuh dengan tahi dia ja. 

Malam-malam boleh bawa torchlight tengok dia anak beranak duduk atas pokok tu. Kalau kita duduk diam-diam kat luar malam-malam, boleh la tengok aktiviti mereka makan buah peach dari satu dahan ke satu dahan.



Bila buah peach dah habis dia jalan pula ikut wayar ke pokok anggur. Cuma rasanya diorg ni tak suka sangat anggur kot. Sebab tak terjejas pun hasil anggur kami. 

Possum adalah haiwan native di Australia. Oleh kerana itu, ia menjadi haiwan yang dilindungi. Musuh possum sebenarnya banyak, terutamanya kucing. Waktu aku ada kucing dahulu, kucing tu selalu tangkap possum malam-malam dan bawa masuk rumah. Dia main lempar-lempar, lepas tu dia makan. Horror sungguh!

Sebenarnya tak boleh. Di Australia, kita tak boleh biarkan kucing berkeliaran di luar terutama waktu malam. Sebabnya ini lah. Kucing akan tangkap possum. Huish, kalau council tahu boleh kena saman ni.

Jadi nak buat macam mana? 

Kalau jadi masalah macam kami ni, possum berkampung di backyard sampai merosakkan tanaman, sebenarnya kita boleh inform dan panggil city council. Kalau kita nak, mereka boleh uruskan proses mengalihkan mereka ke habitat semulajadi.

Kita juga boleh hire service possum removal untuk kerja memindahkan possum. Yang penting kena upah orang yang pakar untuk buat. Tak boleh tangkap atau jerat sendiri. Nak bunuh lagi lah tak boleh! Ish gila ke nak bunuh mereka ni. Comel giler kot!

Possum merupakan haiwan native Australia. Sebab tu mereka jaga. Sebelum kedatangan orang Eropah, tak ada kucing pun di tanah besar Australis ini. Sejak adanya kucing di Australia, habitat dan populasi possum terjejas. Sebab itulah possum menjadi haiwan yang dilindungi. 

Kalau aku tengok possum ni malam-malam, alahai comelnya, terus cakap kat possum tu,

"duduk la situ diam-diam key. Memang sini pun kampung halaman kamu. Saya yang datang menumpang di sini"

Tapi bila siang-siang tengok buah peach kena makan, dahan habis rontok, tahi berserakan, eeee geramnya!!!

Pengakhiran

Kami tak remove pun possum tu. Mereka masih berkampung di belakang. Asalkan dia tak kacau sayuran aku, aku masih ok. Cuma plannya tahun ini aku akan pasang net kat pokok peach tu bila ia mula berputik. Harapnya kami dapat berkongsi rezeki buah peach tahun hadapan.


Noor,
Carlton North.


Video pokok peach penuh buah. Ini bukan tahun ini, tapi 2 tahun lepas. 

Zaman mewah dengan buah peach. Sampai boleh buat jem. 



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)