Kerja part time yang aku pernah buat di Melbourne

Sepanjang 2 tahun aku buat master di Melbourne, bermacam-macam kerja part time dan casual aku dah buat. Bila cerita kerja di Australia, dalam fikiran orang mesti kerja petik buah. Walhal hakikatnya, sehari pun aku tak pernah petik buah selain dari petik anggur, peach, dan tomato dari belakang rumah aku sendiri. 

Sebelum aku bercerita lebih lanjut pekerjaan-pekerjaan yang aku pernah buat di sini, biarlah aku bagi penerangan sikit tentang student visa condition berkaitan dengan kerja dan istilah yang akan aku guna.

International student yang memegang student visa di Australia dibenarkan untuk bekerja tidak lebih 40jam/fortnight (lebih kurang 20 jam seminggu maksimum). 20 jam seminggu maksimum ni adalah bersamaan dengan jumlah waktu bekerja casual. Kalau kerja 38 jam seminggu tu dah dikira full time dan part time pula adalah antara 20 ke 30 jam seminggu. Dengan kata lain, sebagai international student, kita tak boleh kerja full time. Komitment kena beri full pada pelajaran dulu, pekerjaan itu sampingan sahaja. Visa anda boleh dibatalkan jika anda melanggar syarat ini.

Untuk mengelak kekeliruan, aku akan guna ayat "kerja di Melbourne" dan bukan "kerja di Australia"  sebab Australia terlalu besar dan aku juga tidak ada pengalaman bekerja di luar dari kota Melbourne. Melbourne di sini merujuk kepada spesifik inner city dan within 5km radius kota Melbourne (CBD) sahaja kerana aku juga tidak pernah keluar bekerja di outer region dalam Victoria. 

Berbalik pada topik utama, berikut adalah pekerjaan-pekerjaan yang aku pernah buat sepanjang 2 tahun menjadi pelajar di kota Melbourne dan beberapa kerja yang aku mula buat lepas aku tamat belajar:
  • Gardening/weeding (casual work)
Ini merupakan pekerjaan pertama aku. Aku mendaftarkan diri dalam apps yang dinamakan Airtasker dan dalam ni kita boleh offer service kita untuk melakukan berbagai jenis odd job, seperti gardening, painting, carpentry, driving, delivery, cooking, nanny, pet sitter, cleaning, admin, repairing, plumbing dan berbagai lagi. Aku memilih untuk mencari kerja-kerja gardening sebab kerjanya outdoor, melibatkan fizikal, dan aku minat. Aku jadikan kerja ini sebagai cara aku alihkan fokus pada screen komputer, research dan essay aku pada masa itu.


Kerja pertama yang aku buat adalah membersihkan daun kering di halaman rumah. Aku dibayar sebanyak $20/jam dan untuk kerja pertama aku ni, aku dapat $25. hehe~ itu pun senyum sampai ke telinga. Maklumlah hasil titik peluh pertama lah katakan...

Sekarang aku dibayar antara $60 ke $120 per task. Sebab aku dah makin cekap dengan kerja, dah tak berbaloi untuk charge kerja aku per jam. Jadi biasanya aku akan charge kerja berdasarkan kesukaran dan saiz halaman. Kerja pula aku had kan maksimum 4 jam sehari. Dah siap kerja boleh balik rumah baring-baring. Lepak, tengok TV. Best kan?

Adalah satu kepuasan bila dapat memberi hasil kerja seperti ini.

Yang tak bestnya pasal kerja ni adalah tak ada jaminan yang kita akan dapat job setiap minggu. Kita kena beat offer dengan tasker lain untuk dapatkan job. Jadi ada masa kita dapat job, ada masa kita tak ada job.

Yang bagusnya bila dah lama buat kerja ni kita dah ada database customer yang besar dan dah ada regular customer. Bila dah ada regular customer dah tak ralit sangat kalau gagal close job baru dalam Airtasker sebab kita dah mula ada job gardening kat luar.

Regular customer akan mesej sahaja bila mereka memerlukan khidmat gardening kita. 
  • Face-to-face fundraising (part time work)
Kerja fundraising ni aku buat masa cuti musim panas 2017. Sebenarnya tak lama pun aku kerja sebagai fundraiser, adalah dalam sebulan setengah sahaja. Kalau dalam interview kerja aku akan cakap aku tak kerja dah sebab jawatan ini tak sesuai dengan career aspiration dan skill yang aku ada. Tapi kalau kau tanya aku depan-depan, aku akan cakap aku kena buang sebab aku gagal penuhi monthly KPI hahaha!

Bersama rakan sekerja

Kerja ni ada seronok dan ada tak seronoknya. Yang seronoknya adalah, once mereka hired kita, kita boleh kerja full 20 jam seminggu. Kalau nak kurang dari 20 jam pun boleh. Lagi satu, kerja ni very generous in term of salary. Aku dibayar $23.60/hour dan ada bonus setiap kali kita dapat sign up orang daftar dalam program yang kita promote. Kerjanya juga outdoor, jalan-jalan sekitar bandar Melbourne, biasanya depan bangunan shopping complex atau office suits, dan approach orang yang lalu lalang. Seronok kalau kau jenis yang suka bercakap dan peramah.

Yang tak bestnya pula, adalah strict KPI dan micro management. Setiap jam manager akan ingatkan sesiapa yang belum achieve target hari itu. Kalau sesi pagi takde close sale, nak rehat makan pun tak selesa sebab manager dah push-push suruh kerja keras lagi sebab kita belum cecah KPI. Paling aku tak suka adalah kena keluar rumah pukul 8 pagi sebab pukul 9 dah nak kena start fundraising. Kadang-kadang kena travel jauh, sejam lebih dalam train untuk ke destinasi fundraising hari itu. Memang agak fedup. Lucunya, belum sempat aku nak cakap aku nak berenti, manager dah buang aku dulu. Whatever~
  • Housekeeping & residential cleaning (casual/ sub contractor)
Kerja ni straight forward je ceritanya, bersihkan rumah orang. Lebih kurang macam gardening cuma kalau gardening membersih dan maintain luar rumah, housekeeping pula maintain dalam rumah. Bayaran pula antara $20 ke $25 sejam. Sama macam gardening, ada masa ada job, ada masa takde job. Kena rajin cari. Aku selalunya attached dengan landlord aku, jadi aku sering mendapat job cleaning dari dia. Landlord aku ni ada banyak property, maka boleh kata hampir setiap minggu ada je job cleaning. Tapi banyak macam mana pun, maksimum aku boleh kerja 5 jam je sehari. Itu pun dah sakit pinggang. 

Ada sekali haritu aku dapat tender end of lease cleaning, bersihkan satu rumah 2.5 tingkat, 4bedroom, 2 bathroom + courtyard and garage. Tak kira per hour tapi kira lump sum $250/task. End of lease cleaning ni maksudnya bersihkan rumah lepas habis contrak penyewaan. Tak sama macam weekly atau monthly cleaning tu. Ni kena thoroughly cleaned. Fuhh, 4 hari jugak lah aku ambil masa nak completekan task ni. Sebabnya aku spend 3 ke 4 jam sehari sahaja untuk tugasan rumah ini. Kalau kerja 8 jam sehari mungkin 2 hari dah siap.
  • Ubereat rider (casual work/ sub contractor)
Kerja ni sebenarnya aku tak buat masa aku student dulu. Aku tak dapat arrange masa yang sesuai untuk aku buat uber sambil belajar dan studi. Satu lagi sebab adalah aku belum berani untuk berbasikal dalam kota. Aku daftar uber betul-betul lepas aku habis final sem dan aku mula buat uber sepanjang summer 2018. Aku uber manja-manja je, dalam 3 ke 4 jam sehari iaitu pada waktu pagi antara pukul 10 pagi ke 12 tengah hari, dan waktu petang antara pukul 6 sampai 8 malam.

Basikal biasa sahaja aku guna. Basikal yang sama aku guna untuk commute hari-hari. Kalau lenjan buat Uber boleh cepat juga rabak ni.

Bergantung pada keadaan, ada ketikanya penat nak mati dan ada hari santai je kerja. Pendapatan pun sebenarnya tak adalah banyak mana. Secara puratanya, Uber bayar $6/delivery dan dalam sejam kalau delivery naik basikal biasa macam aku, dapatlah buat maksimum 3 delivery. Jadi puratanya dalam $18/jam. Ada hari yang very quiet, dapat 2 delivery je sejam dan delivery pun jauh-jauh. Jadi sejam dapat dalam $14 je.

Kalau delivery jauh dapatlah bayaran tinggi. Tapi nak settle kan pun macam nak patah lutut. Trip ni adalah mengayuh panjat bukit tegak ok. 

Purata $7 per delivery. 

Tapi sebab aku buat ni menyambil sebagai penggalak aku untuk berbasikal, jadi aku tak kisah sangat pasal income tu. Cuma ada ketikanya bila kena panjat bukit perghh... memang nak menyumpah seranah lah jugak. Macam tak worth it je rasanya sakit-sakit lutut tu hahaha

Satu lagi benda yang kena get ready adalah kemalangan. Kadang-kadang kita tercuai, kadang-kadang benda dah nak jadi. Lumrah bekerja di jalan raya, sebaiknya selalulah berhati-hati. Jangan nak cepat je.

Orang kata malang tak berbau
  • Residence manager (casual)
Akhir sekali, kerja yang aku sedang buat sekarang, iaitu sebagai pengurus resident kepada rumah percutian dan penginapan. Kerja sebagai residence manager ini aku mula buat lepas aku graduate sementara dalam bridging visa menunggu skill visa aku granted. Kerja ni pun dikira casual work juga sebab aku masih dibayar per jam mengikut berapa jam aku kerja dalam seminggu tu dan aku hanya dipanggil kerja jika ada kerja sahaja. 

Untuk kerja ini, aku ditugaskan untuk mengurus house inspection dan memastikan proses check out dan check in berjalan lancar. Disamping itu, aku juga bertanggung jawab memastikan property itu dalam keadaan yang bersih, kemas, dan sedia. Jadi aku akan pastikan dalam studio unit tersebut tisu sentiasa ada, garam, gula, roti, jem, butter, sabun semua ada, towel bersih disedia, dan kalau musim sejuk ni, heater terpasang sebelum tetamu tiba. Ala-ala macam housekeeping juga cuma lebih dari itu. 

Aku kena update floor arrangement studio tersebut kalau tetamu ada special request (tambah extra mattress, pillows, sleepers, tukar sofabed, etc). Aku bertanggung jawab mengubah suai interior dan decoration bilik mengikut kesesuaian dan kualiti yang dikehendaki pemilik Airbnb. Aku juga perlu melayan setiap komplen dan permintaan dari resident dan berkerja sama dengan maintenance unit untuk baiki atau tukar sesuatu.

Agak besar juga tanggungjawab yang diberikan apabila aku diberi kepercayaan memilih warna tema, jenis fabrik, hiasan dalaman dan overall look sesebuah bilik/ studio. 

Ada ketikanya aku kena sinsing lengan baju buat kerja-kerja kasar juga seperti mengecat dinding bilik (bila tak ada maintenance yang buat), ubah suai dan mengalih perabot (selagi terdaya), membasuh pinggan mangkuk tetamu (ada ketikanya terpaksa juga sebab ada house inspection dan nasib malang dapat tetamu sharehouse yang pengotor).

Mengecat, mengubahsuai bilik, ini semua aku buat sorang-sorang di hari minggu. 

Pendek kata, kerja ni very rewarding in term of experience and soft and hard skill, tapi tak berapa nak menjamin income. Most of the time aku rasa macam aku kerja lebih dari apa yang dibayar. Tapi most of the time aku tak kisah sebab ada kepuasan dalam kerja aku tu, cuma ada masanya aku rasa fedup sebab rasa macam diekpoitasi. hahaha! 


Jadi, inilah dia 5 kerja yang aku pernah dan masih buat di sini. Bila kita student, jangan expect dapat kerja full time. Bila kita international student dan migrant, kita tak boleh terlalu memilih pekerjaan atau expect boleh terus dapat kerja jawatan hebat-hebat setimpal dengan kelayakan akademik atau pengalaman bekerja semasa di tanah air. Lupakan lah pengalaman kerja di tanah air itu. Mereka tak pandang pun. Yang mereka pandang adalah "local experience". 

Jadi kita kena mula dari kosong semula. Bermula dengan tiada apa-apa, dan slowly build a strong professional network, experience, dan social circle. 

Afterall, that's what you want from migrating, right? To reset and start all over. 

Ada masanya kita rasa macam tak setimpal, atau kita rasa macam kita kerja lebih dari apa yang kita dapat. Tapi kena ingat, jangan jadikan wang sebagai motivasi dan reward. Reward sebenar dalam kerja-kerja casual dan part time ini adalah dalam bentuk increasing your "local experience", strengthening your "professional network" and expanding your "social circle". 

Noor H.
Carlton North

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu