Day trip ke Mornington Peninsula

Hari ini aku nak perkenalkan satu lagi destinasi percutian warga tempatan yang menarik untuk dilawati kalau kalian berkunjung ke Melbourne. Sebelum ini aku pernah perkenalkan lokasi percutian yang dinamakan Wonthaggi yang terletak berhampiran dengan Inverloch. Boleh tengok link artikel tentang Wonthaggi di sini. Kali ini aku nak perkenalkan satu lagi destinasi percutian warga Aussies yang dinamakan Mornington Peninsula.

Kenapa Mornington Peninsula menjadi lokasi pilihan Aussies?

Mornington Peninsula merupakan destinasi popular warga tempatan sepanjang tahun kerana 4 perkara: vineyard & wine tour, adventure park, hotspring, dan coastal view.

Vineyard dan wine tasting tour
Untuk peminat wine, Mornington Peninsula adalah destinasi wajib untuk dilawati. Wine tasting dan vineyard tour biasanya dilakukan pada musim panas atau awal musim luruh. Jika bukan musim panas, tak berapa syok lah nak ke vineyard sebab ladang anggur tak berbuah dan tak berdaun. Jika datang musim sejuk, pokok anggur botak tak berdaun kerana pokok anggur dormant sehingga musim bunga. Tapi tak bermakna tak ada wine tasting tour, ada, cuma view tak berapa cantik kalau nak dibandingkan diwaktu musim panas dan awal musim luruh.

Jadi untuk pelancong yang bukan meminum wine, jika nak melawat vineyard demi pemandangannya sahaja, sebaiknya datang pada musim yang sesuai, iaitu pada musim panas atau awal musim luruh.

Adventure park
Selain dari wine tasting tour dan vineyard, Mornington Peninsula ada beberapa adventure park yang besar yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Juwita dah beberapa kali ke sini dengan kawan-kawannya. Antara adventure park yang paling best dan popular adalah Enchanted Adventure Garden. Boleh klik di pautan yang disediakan untuk ke laman sesawang mereka dan dapatkan informasi lebih lanjut disitu.

Hotspring
Untuk ibu bapa dan pasangan yang hendak relax dan bersantai,  atau nak berbulan madu, hotspring merupakan lokasi yang tepat. Hotspring yang terkenal adalah Peninsula Hotspring. Macam biasa, boleh klik capaian untuk ke laman sesawang mereka untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Lokasi dan harga
Selain dari tour, adventure park, dan sebagainya ni, sebenarnya road trip ke Mornington Peninsula adalah lebih mudah dan murah berbanding ke Great Ocean Road sebab lokasinya lebih dekat dengan Melbourne (lebih kurang 30 minit dari Melbourne).

Untuk yang nak buat road trip yang bajet, boleh susuri jalan pesisiran pantai sepanjang Mornington Peninsula ini. Tak payah ambil wine tasting tour, tak payah masuk adventure park, tak payah mandi hotspring. Jom aku tunjukkan.

Road trip bajet ke Mornington peninsula.
  • Perjalanan bermula di check point pertama, St Kilda Beach.

  • Kemudian menyusuri jalan tepian pantai ke Oliver's Hill Lookout di Frankston.


Pemandangan dari atas bukit ni memang cantik. Boleh nampak keseluruhan Port Phillip bay dan Frankston beach dari atas ni. Nak tengok kena datang sendiri lah kan.

  • McClelland Sculpture Park and Gallery (Wajib singgah. Percuma dan unik!)





Park dia besar dan boleh explore sepuas hati. Kalau nak explore habis-habis park ni takut tak sempat nak habiskan tour Mornington Peninsula. Aku cadangkan korang start awal. Kalau buat trip musim bunga atau panas, aku cadangkan kalian gerak dari Melbourne bukul 7 pagi. Jadi sampai sini awal.

Oleh kerana kami gerak agak lewat (dalam pukul 10 lebih baru keluar rumah), kami sampai sini dah tengah hari. Kami tapau makanan dari pekan berdekatan dan picnic kat sini.

  • Bathing Boxes Mornington Peninsula.


Kegemaran pelancong. Bathing boxes Mornington Peninsula ni kurang padat dengan pelancong asing. Jadi tak payah beratur nak ambil gambar haha

  • Arthurs Seat (optional kalau ada masa)
Arthurs Seat ni kawasan bergunung. Ada skylifts untuk naik ke puncak dan melihat pemandangan coastal yang sangat indah. Di sini juga ada adventure park dan maze untuk seisi keluarga berhibur. Kalau ada banyak masa boleh singgah sini. Boleh dapatkan maklumat tentang Arthurs Seat di sini

(source: https://www.visitmelbourne.com/regions/Mornington-Peninsula/Destinations/Arthurs-Seat)

  • Cape Schanck Lighthouse (destinasi wajib! Percuma!)




Siapa yang pernah ke Great Ocean Road pasti tahu yang lighthouse di Great Ocean Road tu berbayar. Ha, yang ini percuma sahaja. Pemandangannya pun, cantik sungguh! Tak puas nak melihat pemandangan 360 darjah dari lookout point.

  • Meneruskan perjalanan ke Sorrento dan menuju ke destinasi terakhir iaitu Fort Nepean. (Wajib, jika ada masa)
(source: http://adventureme.com.au/wp-content/uploads/2015/10/Fort_Nepean_2_mini.jpg)

(source: http://www.wallowie.com.au/new-page/)

Ini merupakan lokasi terakhir dan terjauh di Mornington Peninsula. Sebenarnya agak wajib juga ke sini kalau dah sampai ke Mornington Peninsula kerana sejarahnya dan pemandangannya. Tapi kami tak sampai ke sini sebab sampai lighthouse pun dah sunset. 

Dan kalau tak silap aku, jalan ke Fort nepean ini tak boleh dilalui kenderaan awam, jadi kena ambil tour untuk masuk ke dalam. Dalam tu adalah fort, fortress, atau kubu pertahanan askar Australia waktu perang dunia kedua dulu. Pemandangannya memang luar biasa dari sini. Kalau tak singgah memang agak rugi. 

Kalau tak masuk ke kawasan fortress tu pun, pemandangan dari tepi je pun dah cukup cantik orang kata. Aku pun tak tahu sebab tak pernah tiba lagi. Mungkin kalian boleh pergi tengok sendiri dan bagi review pula.


Itulah dia aku punya review dan cadangan itinerary trip balik hari ke Mornington Peninsula. Jika ada masa boleh juga singgah di mana-mana winery/ vineyard untuk bergambar dan singgah makan tengah hari. Tapi jika hendakkan pemandangan vineyard yang cantik, pastikan anda datang pada musim yang betul ya. 



Kalau nak puas hati lagi, kalian boleh booking Airbnb dan merasai sendiri pengalaman bermalam di cottage di dalam ladang anggur. Amacam, menarik kan? 

Jika anda belum pernah ada akaun Airbnb, anda boleh register akaun anda sekarang di link di bawah untuk dapatkan diskaun AUD55 untuk penempahan penginapan pertama anda di Australia. 


Dah pernah ada akaun airbnb? Ala, takkan nak kena ajar, buat lah satu lagi akaun baru. Ataupun buatkan satu akaun untuk pasangan anda. Senang kan?


Selamat bercuti!


Noor
Carlton North

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu