Membuat jem sendiri di rumah

Summer dan stonefruit

Musim panas di Melbourne ternyata memberikan pelbagai kejutan yang indah pada diriku. Tidak cukup dengan cuaca yang naik turun: pokok peach di belakang rumahku pula tiba-tiba dipenuhi buah yang kemerah-merahan. Rupanya cuaca yang panas telah menggalakkan buah itu untuk cepat bertukar warna. Maka tidak lama selepas itu belakang rumahku telah diserang burung-burung yang berwarna warni di waktu pagi dan kelawar di waktu malam. Semuanya hendak makan buah peach yang sedang masak ranum itu. Aku pun tidak kurang kalutnya, petik semampunya untuk dibuat makan. Genab 3 hari cuaca panas aku sudah mula panik. Setiap hari sebakul buah aku petik, yang semalam belum juga habis. Hendak di apakan buah peach yang berbakul ini? Dibuang sayang pula.



Lalu aku mulai mencari idea di internet dan aku menjumpai artikel ini, 30 things to do with peaches. Dari situ aku belajar untuk membuat peach jam yang paling mudah dan ringkas. Oleh kerana aku dah cuba sendiri maka aku boleh bagi jaminan resepi ini pasti menjadi.

Resepi easy peasy peach jam 

Resepi ini diambil dari artikel easy peach jam tapi aku tambah bahan untuk lebih menarik dan wangi. Kalau anda bertekad untuk membuat jem organik, aku cadangkan anda dapatkan bahan-bahan dari sumber yang dijamin organik. Mungkin agak sukar dan mahal untuk mendaptakannya di Malaysia tapi ia tidak mustahil. Hendak seribu daya.


Bahan-bahannya:
  • 1 1/8kg buah peach yang masak ranum (dibuang kulit, dibuang biji, dipotong dadu)
  • 1kg gula pasir
  • 1 biji lemon (ambil jusnya)
  • 3 tangkai daun pudina (bahan ini anda boleh buat experimen sendiri. Kalau tak suka pudina anda boleh tukarkan dengan thyme, bunga cengkih atau kayu manis. Ikutlah suka bau apa)
Resepi ini dapat mengisi 4 jar kecil bersaiz 230-250gm.

Lain-lain keperluan:
  • 1 biji piring kecil, masukkan dalam peti sejuk beku. Ini akan digunakan untuk test jem tu nanti
  • Periuk yang dalam (deep). Kalau periuk kecil atau tak cukup dalam nanti air gula tu merecik-recik
  • Senduk kayu. Supaya senang nak kaut-kaut. Tak digalakkan kacau guna senduk plastik sebab takat didih gula sangat tinggi.
  • Botol kaca/ Jar. Digunakan untuk menyimpan jem tu nanti. 
Kaedah:
  1. Preping. Buang kulit, buang biji dan potong dadu buah peach anda. Step ini agak renyah sikit. Biasanya peach yang masak ranum mudah dikopek kulitnya. Ini adalah salah satu tanda untuk tahu peach tu dah masak ranum atau belum. Tapi kadang-kadang ada peach yang memang degil jadi anda kelarkan tanda X kat bontot peach tu, kemudian rendam peach tu dalam air panas dalam seminit. Lepas tu senang nak kopek kulitnya. Aku tak timbang tepat sangat 1 1/8kg tu, aku genabkan 1.2kg je senang nak kira. Ingat, timbang lepas buang biji tau. 
  2. Cooking. Masukkan semua bahan dalam periuk. Peach, gula, jus lemon, dan pudina. Masak sampai menggelegak dengan api yang tinggi (high heat). Sambil tu kacau-kacau la sikit bagi gula tu larut. 


  3. Skimming. Bila dah menggelegak, campuran gula dan peach ni akan mengeluarkan sejenis foam yang kekuningan. Gunakan senduk, kaut foam ni sampai habis. Jangan kaut dengan air-gula sekali pula, nanti habis la pula gula tu. Step ni jangan tinggal kalau taknak jem anda berkeladak.



  4. Reducing. Bila air gula dah kembali jernih, biar ia masak dan menggelegak lagi dengan api sederhana sampai campuran ni reduced separuh dari asal. Waktu ni kalau rasa macam taknak bau pudina/cengkih/kayu manis terlalu kuat atau overpowering rasa peach tu, boleh la keluarkan ia dari periuk. 


  5. Sterilizing. Sementara tunggu jem kita masak, kita boleh la sterile kan jar kita. Cara paling mudah adalah dengan memasukkan semua jar dalam besen atau sinki dan tuangkan air menggelegak sampai penuh, Biarkan je jar tu dalam air.

  6. Testing. Bila kuantiti dalam periuk dah jadi separuh dari asal, ia akan jadi pekat sedikit dari mula-mula. Jangan expect konsistensi dia dah jadi macam jem tu, memang tak la. Dia memang akan runny lagi masa ni cuma sedikit pekat dari mula-mula. Anda akan perasan yang jem ini akan melekat kat belakang senduk anda (sticky). Jadi sekarang adalah masa untuk test tengok samada jem kita dah ready atau belum.

  7. Keluarkan piring yang kita masukkan dalam freezer tadi. Tuangkan beberapa titis cecair jem kita atas piring tu dan sengetkan piring. Kalau jem kita tak mengalir laju dan bertukar menjadi gel dipertengahan jalan, maknanya jem kita dah jadi. 

  8. Canning. Keluarkan jar dari air panas tadi, lap luar dalam kering-kering dan tuangkan jem ke dalam jar. Memang kita nak jar kita panas ye. Ini supaya jar kita tak terkejut dengan jem yang panas dan haba ni juga sebenarnya untuk mencipta ruang kedap dalam jar itu nanti.


  9. Lepas habis tuang semua jem dalam jar, lap bersih mulut jar, tutup rapat jar, dan letak dalam posisi terbalik iaitu dengan posisi penutup di bawah. Jangan miss step ini sebab step ni penting untuk jadikan jar kita kedap udara. Kalau nak test jadi ke tidak, cuba betulkan posisi semula dan tekan lid tu. Anda akan rasa lid tu menggelembung dan keras. Biarkan jem kita dalam keadaan terbalik sampai jem dah tak panas/ suam-suam. 


  10. Storing. Bila dah suam bolehlah letak jem dalam posisi betul semula. Jem yang tidak dibuka lid macam ni tahan berminggu di meja atau kaunter dengan syarat anda buat simple canning step yang aku ajarkan tu dengan betul. Once dah dibuka, pastikan anda simpan dalam peti sejuk.

Mungkin ada yang risau mungkin jem macam ni tak tahan lama. Jangan risau. The heat from the jam is enough to create an airtight seal that will secure the jam. Gula dalam jem ini sendiri selain sebagai agen pemanis dan pemekat, ia juga cukup efektif dalam membantu proses preservation. Cuma once lid opened, pastikan simpan dalam peti sejuk ya. 

Jem jenis macam ni akan makin lama makin sedap selepas dibuka dan disimpan dalam peti sejuk. Teksturnya akan menjadi semakin berjeli/ bergel dan sangat berbeza dengan tekstur waktu dia baru masak.

Nah apa lagi? Langkah-langkah dah ada, apa kata anda cuba buat pula. Anda boleh gantikan buah peach dengan buah lain seperti ceri, plum, atau strawberi. Buah-buahan tropikal pun boleh digunakan seperti nanas, mangga, dan oren. 

Enak dimakan dengan roti bakar dan butter.

Letak label untuk dibuat buah tangan.

Dah buat banyak-banyak jangan la kedekut pula. Bahagi-bahagi la pada jiran tetangga. 


Selamat mencuba!


Noor Hida
Carlton North, Vic.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.