kisah budak pengembala, janji dicapati, dan belon



Kisah pengembala dengan serigala
Masa kecil dahulu aku pernah membaca satu kisah dongeng kanak-kanak, tentang seorang budak pengembala dengan serigala. Budak itu, kerana bosan mungkin sebab terpaksa menjaga biri-birinya dari pagi hingga ke petang setiap hari, 7 hari seminggu, telah terfikir idea yang kreatif untuk menjadikan harinya lebih menarik. Maka pada suatu hari, budak itu telah menjerit, "serigala! serigala!!! tolong saya, ada serigala!!!!".

Lalu berpusu-pusu lah semua orang kampung berlari ke arah padang ragut tempat budak itu mengembala sambil membawa parang, senapang, dan kayu, untuk membunuh serigala. Melihatkan keadaan orang kampung yang panik dan bersungguh-sungguh itu, maka berdekah-dekah lah budak itu ketawa. Orang kampung merasa hampa lalu pulang semula ke kampung.

Esoknya, budak itu merasa bosan lagi, lalu dia pun buat sekali lagi trick yang sama, "serigala!!! Serigala!! betul-betul ada serigala kali ini!!!". Orang kampung yang baik hati dan mengambil berat terus berlari ke padang ragut untuk membantu budak pengembala itu. Apabila orang kampung sampai, berdekah-dekah lah ketawa budak itu. Orang kampung, dengan sedikit marah memberi amaran kepada budak itu untuk tidak melakukannya lagi. "jangan dipermainkan kepercayaan orang yang mengambil berat pada kamu!" kata ketua kampung. Namun budak itu masih terus ketawa tidak berhenti sampai menangis. 

Pada hari ketiga, budak itu cuba untuk menjaga kambingnya dengan baik namun kebosanan kembali melanda dirinya. Dalam hatinya terdetik, kalau aku buat trick yang sama mesti menjadi lagi ni. Dah 2 kali aku buat, menjadi je. Lalu sekali lagi budak itu pun menjerit, "tolong!!!! serigala datang!!!! tolong saya orang kampung!!! serigala datang!!!". Sekali lagi, orang kampung datang sambil berlari beramai-ramai untuk membantu budak pengembala membunuh serigala namun apa yang ada di ladang ragut hanyalah budak gembala yang sedang berguling-guling kegembiraan. Dengan marah orang kampung pulang semua ke rumah. 

Alangkah bodohnya orang kampung ini, kata budak itu. Dah 3 kali aku tipu pun masih hendak percaya. Senang nya nak tipu orang kampung yang bodoh ini. Esok aku nak buat lagi lah. Best pulak tengok diorang berlari-lari macam orang bodoh hahahaha!

Esoknya, sedang budak itu duduk dibawah pokok sambil memerhati kambingnya, tiba-tiba terlihat lah dia sekumpulan serigala sedang terhendap-hendap hendak menangkap kambingnya. Dengan paniknya, budak itu menjerit, "tolong!!! Ada segala datang!!!!" Sunyi. Tidak ada seorang pun yang datang.

Budak itu semakin panik, beberapa ekor kambingnya telah di baham serigala. "tolong!!! Orang kampung tolong lah!! Ada serigala ni!! Tolong!!!! Serigala makan kambing aku!!!" Malang sekali nasib budak itu kerana tidak ada seorang pun orang kampung yang datang kali ini. Semua orang kampung sudah tidak mahu endahkan lagi jerita budak gembala itu. Maka habislah semua kambing budak itu dibaham serigala dihadapan mata budak itu sendiri.

Terduduk lah budak itu kesedihan sambil meraung-raung. Mendengarkan suara orang meraung dari padang ragut, akhirnya beberapa orang kampung datang untuk melihat. Alangkah terkejutnya mereka memperlihatkan keadaan padang ragut yang dipenuhi darah dah mayat kambing. Dengan segera orang kampung itu menuju ke arah budak gembala yang sedang menangis di bawah pokok.

Melihatkan orang kampung yang tiba, budak itu terus meluru dan terus mengadu. "mengapa kamu semua tak datang masa aku minta pertolongan tadi? Habis sudah semua kambing aku kena makan"

"Apakah kau sudah lupa, kau telah menipu kami 3 kali sebelum ini. Siapa lah yang hendak percaya cakap kau lagi kalau sebelum ini apa yang kau cakap semua tipu?"

Maka menyesal lah budak gembala kambing itu atas perbuatannya. Tapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Begitulah, peribahasa mat saleh ada kata, 

The first time you make a mistake its an accident,
the second time you make the same mistake its on purpose,
and the third time you make that same mistake its no longer a mistake, 
its a habit. 



Janji dicapati
Jika kita selalu tidak menepati janji, janji dicapati pada anak-anak, satu hari nanti anak tidak akan percaya lagi pada cakap kita. Masa dak Jejuw kecil dahulu aku selalu trick dia untuk potong rambut. Aku akan cakap aku hanya hendak potong sikit sahaja, tapi akhirnya aku potong pendek terus. Setiap kali potong rambut aku akan cakap potong sikit sahaja, namun mesti berakhir dengan rambut dak Jejuw jadi style boyhair. Aku ingatkan perkara ini berakhir begitu sahaja. 

Namun beberapa hari lepas, aku merancang hendak trim sedikit rambut Jejuw dibahagian hadapan kerana sudah terlalu panjang. Tak ku sangka, Jejuw boleh cakap, "I don't trust you with this. You always lied to me before. I will never let you cut my hair, ever!" Terkejut besar aku. Tak sangka, perkara yang berlaku beberapa tahun lepas, waktu dia masih kecil, masih segar dalam ingatannya dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya. 

Lama juga lah aku pujuk dia untuk mengembalikan kepercayaan dia pada aku untuk memotong sedikit rambut hadapannya. Apabila dia akhir setuju untuk aku potong rambutnya, kali ini benar-benar aku berpegang pada janji. Potong sedikit sahaja. Dan aku juga meminta maaf atas ketidak jujuran aku dahulu. 

Pengajarannya, apabila seseorang telah memberi kepercayaan dan peluang sekali lagi, jangan lah dipersiakan dan dihancurkan. Gunakan dan hargailah sebaiknya. Jagalah kepercayaan itu dengan sepenuh ikhlas. Paling penting, JANGAN ULANG KESILAPAN YANG SAMA! 

Hati anak adalah sesuci kabus di waktu pagi. Kepercayaannya pada kita sangat teguh, sehinggalah kita sendiri yang meretakkannya. Setiap kali kita mungkiri janji, semakin dalamlah retak itu dan akhirnya, kepercayaan itu pun hancurlah. 



Bagai belon yang berisi angin
Kepercayaan adalah bagaikan sebuah belon yang berisi angin. Bila kita menipu dibelakang isteri, ia umpama kita menebuk satu lubang pada belon, dan perlahan-lahan belon akan menjadi kempis dan kekurangan angin. Belon yang baru ditiup akan terus meletup bila dicucuk manakala belon yang telah lama berisi angin mengambil lebih masa untuk kempis. 

Kalau belon dah meletop, habis lah cerita. Tak ada apa lagi yang boleh diselamatkan. Masalahnya pada belon lama. Apabila lambat kempis, maka makin banyak lah pula dicucuk-cucuk, berkali-kali, kerana tak meletup-letup. Kerana terlalu banyak lubangnya, akhirnya satu hari nanti belon itu tidak dapat menampung angin lagi, dan akhirnya kempis. 

Belon yang sudah kempis tidak akan dapat kembali penuh berisi angin dan belon yang terlalu banyak lubang tidak akan dapat menampung udara lagi. Tampal lah banyak mana sekali pun, ia tetap berlubang. 

Kepercayaan yang telah musnah bukan mudah untuk dikembalikan. Hati yang retak bukan boleh ditampal dengan gam. Sebab itu apabila selepas itu kita jujur, dia tetap akan curiga. Ikut kata kak Iena Hamdi, "kalau bencana itu belum terjadi, elakkan. Jika sudah, bertabahlah untuk membantunya padam semua."


Noor Hida
Carlton North, Vic.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.