Asas kebun organik: Menanam bunga di kebun sayuran

Sebelum ini aku dah cerita tentang kelebihan dan kepentingan untuk menabur hampas/ mulching di kebun organik. Kali ini aku nak cerita satu lagi asas kebun organik iaitu menanam pohon bunga dicelah-celah pokok sayuran dan buahan. Jika anda biasa melihat kebun organik atau permaculture, anda akan perasan ada beberapa jenis tanaman berbunga yang dibiarkan hidup diantara sayur-sayuran dan kebanyakannya sengaja ditanam.


Bunga, seperti yang kita biasa tahu tidak lain tidak bukan menarik minat serangga untuk datang. Walau bagaimana pun, bergantung pada jenis bunga, ada 2 tujuan mengapa pokok bunga ini ditanam:
  1. Menghalau serangga dari datang
  2. Menarik serangga untuk datang.
2 tujuan ini memang nampak contradict to each other, tapi sebenarnya memang betul. Ada beberapa jenis tumbuhan dan bunga yang dibenci oleh serangga perosak, jadi dengan menanam pokok bunga ini, serangga perosak tidak akan datang menghampiri dan secara tidak langsung sayuran kita akan selamat dari diserang serangga. Asas kebun organik adalah bebas dari bahan kimia tidak kisahlah sebagai baja atau pembunuh serangga perosak. Menggunakan tumbuhan sebagai penghalau serangga perosak bukanlah perkara baru malah telah dipraktis sejak zaman berzaman. Cuma sejak permaculture semakin mendapat tempat, teknik ini telah dipraktiskan secara meluas termasuklah di kebun-kebun organik skala besar. 

Bunga juga ditanam untuk menarik minat serangga untuk datang. Jenis serangga yang kita hendak tarik datang ke kebun kita adalah:

1. Serangga yang memakan serangga perosak, seperti hoverflies dan ladybirds yang memakan mites dan aphids. 

Mites dan aphids adalah serangga yang merosakkan tanaman dengan cara memakan nutrient dari pucuk pokok. Kalau kita tanam pokok bunga seperti marigold dan chrysantemum, kita akan menarik ladybirds untuk datang ke kebun kita dan secara tak langsung ladybirds akan "membantu" kita menjaga sayuran. 

Sejenis chrysanthemum saiz besar di hujung batas sayuranku. Memang banyak ladybirds yang datang hinggap di sini

Selain dari itu, anda digalakkan menanam pokok parsley, carrot, bawang putih dan bawang besar di kebun anda kerana bunga dari pokok sayuran ini menarik minat hoverflies. Selain dari itu, pokok-pokok jenis ini juga adalah jenis yang berbau kuat dan tidak disukai oleh sesetengah serangga perosak. Trick nya adalah dengan menanam pokok-pokok ini berselang seli dengan batas pokok sayuran yang lain sebagai pelindung serangga, dan biarkan pokok yang hujung sekali (hujung batas) membesar tidak diharvest sehingga ia berbunga, jangan dicantas-cantas. 

Pokok parsley yang dibiarkan berbunga in my backyard. Tidak digunakan untuk daunnya pun.

2. Serangga yang membantu pendebungaan, seperti lebah, rama-rama, dan beberapa jenis kumbang. 


Pendebungaan adalah sangat penting untuk pohon-pohon yang berbuah. Tanpa pendebungaan, bunga tidak akan tersenyawa dan tidak adalah buah. Untuk memastikan adanya pendebungaan, kita kenalah tarik minat serangga yang kerja dia mendebunga ini untuk datang. Antara bunga yang lebah suka adalah celendula, nasturtium (jenis pegaga), marigold, camomile dan daisy. Pokok bunga ini kita boleh tanam diantara batas-batas sayuran atau diselang selikan dengan sayuran berbuah setiap 2-3 pokok, seperti yang kami buat pada pokok zuchinni ini.  

Walaupun tak berapa jelas, tapi kalau perasan antara celah-celah pokok zucchini tu ada pokok bunga celendula (yang bunga kuning-kuning kecik-kecik tu).

Inilah dia pokok bunga celendula. Juga ditanam diantara tumbuhan perennial seperti strawberi dan rasberi untuk menggalakkan pendebungaan dan sekaligus membanyakkan hasil buah pokok-pokok ini.

Lebah juga sukakan beberapa jenis rumpai yang berbunga seperti clover. Clover memang agak annoying dikalangan pekebun kerana walaupun kita merumput setiap hari, ia tetap akan tumbuh dengan cepat. Jadi selepas ini ada alasan lah untuk tidak membuang semua pokok clover di kebun anda. Biarkan sedikit untuk dia berbunga kerana ia sebenarnya menarik minat lebah untuk datang. 

Sejenis bunga liar yang digemari lebah juga ni. Daisy liar.

Kesimpulannya, bunga memberi banyak faedah kepada tumbuhan di kebun anda. Ia boleh jadi penghalau serangga semulajadi dan meningkatkan hasil tanaman. 

Kenapa memilih cara semulajadi dan organik?
Tidak semua serangga adalah perosak tanaman dan banyak serangga yang sebenarnya membantu kepada kesuburan kebun dan tanaman anda. Menggunakan racun perosak adalah jalan singkat dan mudah yang dipraktikkan secara meluas masa kini, namun ia bukanlah satu jalan terbaik untuk tanaman dan bumi.

Racun perosak membunuh semua jenis serangga tidak kiralah ia perosak atau pemangkin. Sisa racun perosak juga meresap jauh ke dalam tanah dan merosakkan kestabilan tanah dan meracun sistem air bawah tanah (air bawah tanah adalah sumber air minum kita). Daun yang telah diselaputi dengan racun perosak juga walaupun ia tidak mati, apabila ia layu dan mereput akan jatuh ke tanah menjadi makanan cacing. Akibatnya, cacing telah terdedah dengan racun perosak. Cacing yang terkandung sisa bahan perosak di dalam badannya ini pula dimakan oleh burung. Telah banyak bukti di Amerika pada tahun 90-an dimana kesan dari penyemburan racun perosak di ladang komersil telah menyebabkan kematian dan kemandulan beribu-ribu specis burung. Walaupun racun perosak itu dijamin tidak membahayakan haiwan yang lebih besar dari serangga, mereka terlepas pandang 'the chain reaction' dan 'accumulated toxsic' dalam badan haiwan yang terjadi kesan dari penggunaan racun perosak ini. 

Mungkin media tidak menggembar gemburkannya tetapi sejak pengunaan racun perosak secara meluas di ladang komersil pada tahun 90-an, jumlah pesakit cancer juga meningkat dengan mendadak di Amerika. 

Victor Hugo said, “there is nothing more powerful than an idea whose time has come”. I believe the time is now. Now is time to make the world a better place for every living creatures. 


Saja nak tunjuk hasil tanaman organik dari community garden minggu ini. Minggu depan boleh la harvest ni.


Sampai jumpa lagi. 
Eat clean, eat healthy, eat natural.


Noor Hida 
Carlton North, Victoria. 

Comments

~Lady_D~ said…
hye hida..
I'm blogwalking now..

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.