5 kebaikan bercuti di Melbourne dan Victoria pada musim panas.

Rata-rata orang yang aku pernah tanya, mereka akan memilih untuk datang ke Melbourne pada musim luruh, sejuk atau bunga. Tidak ramai orang memilih untuk datang ke Melbourne pada waktu musim panas. Aku dulu pun sentiasa mengelak untuk datang ke Melbourne pada musim panas.

Musim sejuk di Melbourne semakin mendapat tempat dihati pelancong kerana Alpine Resort dan saljinya yang tidak pernah menghampakan. Hampir semua orang yang aku pernah tanya akan memilih musim sejuk berbanding musim panas kerana bagi mereka, merasai sendiri suhu dingin musim sejuk atau luruh itu pun adalah satu pengalaman berharga yang tidak akan dapat dirasai di Malaysia.

Musim panas di Australia adalah bermula dari bulan December sehingga February. Anggaran suhu adalah sekitar 20 sehingga 46 darjah celcius. Bila orang dengar 46 darjah celcius tu yang orang gerun nak datang. Tapi sebenarnya, sepanjang 3 bulan musim panas, suhu yang mencecah 46 darjah hanya berlaku dalam anggaran purata sekali sebulan sahaja. Sehingga hari ini pun, sudah 12 hari musim panas, tidak pernah lagi suhu melebihi 24 darjah celcius. Walaupun hari cerah, anginnya dingin dan nyaman. Walhal pada musim bunga bulan lepas, pernah beberapa hari suhu mencecah 36 darjah. Anih bukan? Ini lah unik dan peliknya Melbourne. Tapi jangan tertipu dengan suhu dingin ini, kerana minggu depan suhu dijangka akan mencecah 35 darjah celcius.

Kawasan perumahanku. Suburb Carlton North.


Ada banyak kelebihan datang ke Melbourne pada musim ini. Dan tidak kisahlah suhu berapa, musim panas di Melbourne sebenarnya banyak menawarkan pengalaman yang menarik yang tidak terdapat pada musim-musim lain.

Di sini aku kan kongsikan 5 kelebihan melawat Melbourne pada musim panas:

5 kelebihan melawat Melbourne pada musim panas

1. Jimat ruang bag dan tak perlu shopping baju sejuk.
Tidak perlu shopping baju-baju tebal sebelum datang ke sini. Jimat ruang dalam bag dan boleh bawa baju nipis-nipis aja.

Tak payah bawa baju-baju ni


2. Melbourne tidak begitu crowded.
Pada musim panas, kebanyakan orang Melbourne dah pergi bercuti ke luar negara ke negara-negara Eropah atau Asia dan pelajar asing di Melbourne pun kebanyakannya pulang ke tanah air masing-masing kerana universiti sedang cuti semester.

Federation square waktu malam. Ada orang suka keluar waktu malam berbanding waktu siang pada musim panas. 

Night life night life night life... (gambar google)


3. Siang yang panjang.
Waktu siang yang panjang memberi anda peluang untuk menjelajah dan melakukan lebih banyak aktiviti pada waktu siang. Pada musim panas, matahari terbit (sunrise) pada pukul 5.50 pagi dan tenggelam (sunset) pada pukul 8.35 malam.

Tak malam malam. (gambar google)


4. Pemandangan.
 Sudah pastinya pemandangan waktu musim panas berbeza dengan musim-musim yang lain. Pohon-pohon waktu ini sedang menghijau dan merimbun.

Curtain Square


5. Suhu yang hampir sama dengan Malaysia.
Musim panas sesuai untuk orang yang tidak biasa dengan suhu yang sejuk. Bagi sesetengah orang, musim panas lebih selesa untuk mereka keluar berjalan-jalan, menikmati pemandangan, dan melakukan aktiviti luar. Summer adalah waktu paling best nak lepak kat park.

Berjalan sambil menikmati keindahan bushland dan wildflower

Cuaca yang baik juga mengizinkan anda untuk be- picnic di taman


Jadi bagaimana... Ada yang teringin hendak ke Melbourne musim panas ini?

Nantikan juga sambungan siri #melbourneLife ini di artikel berikutnya iaitu "5 aktiviti musim panas yang boleh dirancang sekitar Melbourne dan Victoria".


Sampai jumpa lagi...


Noor Hida Halim
Carlton North, Vic

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.