5 percutian musim panas luar biasa di Melbourne dan Victoria

Sambungan dari artikel aku yang sebelum ini, kali ini aku kongsikan pula 5 aktiviti dan pengalaman menarik yang boleh dirasai jika anda memilih untuk melancong ke Melbourne pada musim panas.

Walaupun hati aku sedang remuk kerana rancangan percutian musim panas keluarga aku terpaksa dibatalkan, namun ia tidak mematahkan semangat aku untuk berkongsi banyak maklumat tentang percutian musim panas di Victoria. 3 minggu buat research beriya-riya hokeh. Menyakitkan hati pun ada kalau difikirkan. Rasa agak rugi pula rasanya kalau segala research aku selama 3 minggu disimpan diam-diam dalam arkib sahaja. Jadi aku dengan murah hatinya berkongsi maklumat dengan anda semua.

5 aktiviti dan pengalaman unik yang boleh dilakukan sekitar Victoria pada musim panas

1. Beach and BBQ
Victoria mempunyai banyak tempat percutian tepi pantai. Orang Melbourne suka pergi pantai dan ber BBQ pada musim panas. Kalau anda hendakkan lokasi yang dekat-dekat dengan Melbourne, anda boleh ke Port Melbourne, Brighton Beach, St Kilda beach, atau Altona beach. Kalau nak pergi jauh sedikit, anda boleh membuat road trip ke Great Ocean Road, ke Mornington Peninsula, atau ke Phillip Island. Ada banyak pantai dan camp site sepanjang Great Ocean Road dan Mornington Peninsula yang boleh anda singgah dan ber picnic. Jika anda sukakan road trip dan adventure, anda boleh berjalan jauh lagi ke Inverloch dan Venus Bay. Tempat kediaman percutian di kawasan itu pun tidak begitu mahal dan sangat berbaloi untuk percutian keluarga.

Jangan lupa bawa bekal makanan, set portable BBQ, tikar, baju renang, dan sun screen!

Somewhere between Anglesea and Lorne

Apollo Bay, Great Ocean Road

Somewhere near Urquhart Bluff, Great Ocean Road

Brighton Beach, Port Melbourne

Princes Pier, Port Melbourne

Brighton Beach. Gambar ini diambil sewaktu musim bunga lalu 



Anda boleh dapatkan lebih banyak informasi tentang lokasi-lokasi seaside holiday sekitar Victoria di link ini dan sini


2. Australian Farm 
Jika air masin dan pasir bukan kegemaran anda, mungkin anda boleh cuba percutian indah sambil merasai pengalaman tinggal di cottage di tengah ladang permaculture. Australian farm holiday bukan perkara baru di Australia dan semakin hari semakin mendapat tempat di hati orang tempatan. Anda dapat merasai satu pengalaman baru tinggal di cabin yang serba sederhana dimana elektriknya dijana oleh kuasa solar dan kincir angin, air minum adalah dari sungai berhampiran, bersarapan pagi dengan telur, susu segar, dan buah-buahan yang dihasilkan dari ladang itu sendiri, sambil dihamparkan pemandangan ladang saujana mata memandang.

Australian farm menerima tetamu sepanjang tahun, tetapi percutian pada musim panas adalah lebih bermakna kerana kebanyakan buah-buahan sedang galak berbuah dan bersedia untuk dipetik pada waktu ini. Pasti seronok apabila dapat memetik sendiri buah dari pohon sekeliling cabin anda menginap. Ada sesetengah farmstay memberi anda lebih pengalaman dengan memberi anda peluang mencuba sendiri pelbagai aktiviti ladang seperti memerah susu lembu, mengutip telur ayam, memberi anak kambing minum susu, dan membawa alpaca berjalan-jalan.

Waktu musim panas juga adalah musim haiwan ternakan melahirkan anak. Anda mungkin bertuah dapat menyaksikan kelahiran anak-anak kambing, alpaca dan biri-biri di ladang mereka. Musim panas juga adalah musim rainbow trout. Rainbow trout adalah spesis ikan air tawar yang menjadi keistimewaan di daerah Victoria, dan orang ramai hanya dibenarkan untuk memancing dan menangkap ikan ini pada waktu tertentu sahaja. Waktu ini lah anda boleh mencuba sendiri pengalaman fly fishing, memancing rainbow trout di sungai berhampiran dengan ladang.

Jangan lupa bersiap sedia dengan pakaian aktiviti luar seperti gumboot, topi, dan baju kalis hujan.

Berminat dengan pengalaman percutian Australian Farm dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi? boleh masuk ke link sini

Kalau dalam AirBNB, anda boleh cuba carian penginapan farmstay di daerah seperti Yarra Valley dan Gippsland. Antara penginapan farmstay di AirBNB yang aku rekomen adalah:

"Gardenfarm Gippsland", Hiawatha:

"The Warburton Bus", Warburton:

"Alpacas, stunning views, peace", Mirboo North:

"100+ year old farmhouse cabin", Gruyere:

"Monbollok Rustic Cabin", Bridge Creek:

"Highland Retreat Molyullah", Molyullah:

"Australian Farm Experience", Labertouche:

"Samaria Farm", Moorngag:

Dan banyak lagi lah! Rambang mata kalau cari farmstay dalam AirBNB. Terlalu banyak dan masing-masing menawarkan pengalaman yang unik dan lain dari yang lain. Harganya pun sangat berpatutan. Sampai tak tahu nak pilih yang mana!


3. Fruit picking
Jika Australian farm terlalu extreme untuk anda, anda boleh cuba fruit picking day tour ke ladang komersil yang menawarkan pengalaman memetik sendiri buah-buahan. Ladang-ladang ini lokasinya tidak jauh dari bandar Melbourne dan dengan bayaran yang murah, anda dibenarkan untuk masuk ke ladang, makan seberapa banyak buah yang anda nak, serta membawa pulang sebekas buah sebagai buah tangan.

Antara buah-buahan yang sedia untuk dipetik pada musim panas adalah segala jenis berry seperti strawbery, blueberry, dan blackberry, dan stone fruit seperti ceri, plum, nectarine, dan apricot.

Jangan lupa pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian dan sentiasa melihat ramalan kaji cuaca sebelum pergi.

Antara lokasi untuk fruit picking yang boleh aku cadangkan adalah:

Bluehills Berries & Cherries, Silvan:



Paynes Orchards, Bacchus Marsh:




4. Water adventure
Anda sukakan aktiviti air, tapi kurang gemarkan pasir dan air laut yang masin dan melekit-lekit? Saya cadangkan anda bercuti ke tasik atau sungai-sungai di daerah Victoria. Paling dekat dengan bandar Melbourne adalah Yarra River. Kalau nak jauh sikit boleh ke Murray River. Ada banyak aktiviti sukan air dan nature adventure sepanjang kawasan Murray River dan ada juga penginapan boat house di situ jika anda hendakkan kelainan.

Maklumat tentang Murray River boleh didapati di sini




Kalau anda hendakkan pengalaman percutian tepi tasik sambil melakukan aktiviti air, Blackburn Lake Sanctuary, Emerald Lake Park, dan Greens Lake Campground adalah antara tasik yang menjadi tarikan orang Melbourne yang boleh anda pergi bersama keluarga.

Tak sukakan suasana crowded? Kalau hendak menginap di lake house yang jauh dari bandar dan complete privacy untuk anda dan keluarga, anda boleh cari rumah percutian di kawasan berdekatan dengan Blue Rock Lake atau Glenmaggie Lake di laman web AirBNB. Pasti tidak akan menghampakan anda.

Blue Rock Lake yang pasti memberikan keunikan pada percutian anda (gambar dari film.vic.gov.au)


5. Gallery, museum and food adventure
Akhir sekali, jika anda tidak begitu menggemari aktiviti luar, dan malas hendak memandu berjam-jam keluar bandar, ada banyak aktiviti yang menarik boleh anda lakukan di dalam bandar Melbourne. Antara perkara yang happening di Melbourne pada musim panas yang boleh anda masukkan dalam perancangan adalah:

Gallery showcase, Melbourne Museum, State Library, dan wayang gambar di ACMI dan IMAX
Musim panas adalah waktu yang sesuai untuk melawat dari satu galeri ke satu galeri yang lain di sekitar bandar Melbourne. Kebanyakan showcase di galeri adalah percuma untuk public. Kalau dah bosan dengan galeri, anda boleh melawat museum pula. Saya cadangkan anda melawat Melbourne Museum dan State Library dan selepas itu boleh pergi menonton sebuah-dua documentari atau filem berkualiti yang ditayangkan di ACMI dan IMAX.

Melbourne Zoo
Kalau seni dan sejarah bukan makanan anda, anda boleh membawa keluarga anda ke zoo. Jangan risau hendak ke Melbourne Zoo pada musim panas kerana kebanyakan kawasan pejalan kaki di dalam zoo adalah terlindung dibawah pohon-pohon yang merimbun. Jadi tak terasa panas pun. Pilihlah untuk melawat zoo pada hari minggu atau public holiday kerana pada hari tersebut, tiket kanak-kanak adalah percuma.

Summer Night Market
Selepas penat berjalan, tiba lah masa untuk makan. Melbourne adalah pusat kulinari. Segala jenis makanan dari seluruh dunia boleh didapati di Melbourne. Selain dari pelbagai pilihan restoren di ibu kota, anda juga boleh ke Melbourne Summer Night Market untuk mencuba pelbagai jenis street food. Summer Night Market dibuka pada waktu malam bermula pada jam 5 petang. Lokasi nya pula adalah di tapak Queen Victoria Market. Siap sedia bawa cash kerana stall dalam ni tidak menerima bayaran melalui kad. Kalau terlupa keluarkan duit, jangan risau. Ada banyak mesin ATM disediakan di situ.

Untuk maklumat lanjut, layari thenightmarket.com.au

Summer di bandar Melbourne adalah all about night life. Disebabkan siang kadang-kala terlalu panas, orang Melbourne suka keluar pada waktu malam untuk makan-makan, minum-minum, dan berhibur bersama keluarga dan rakan. 

Melbourne cup
Musim panas juga sebenarnya adalah musim untuk Melbourne Cup tapi aku tak rekomen Melbourne Cup pada anda semua sebab aku tidak menyokong malah menentang sebarang bentuk perjudian atau sukan yang melibatkan penganiayaan haiwan. Bagi yang tidak tahu, Melbourne Cup adalah aktiviti lumba kuda yang diadakan di Melbourne setiap tahun pada musim panas. Walaupun sukan ini penuh kontroversi dan saban tahun banyak kumpulan aktivist yang menentang, ia tetap menjadi salah satu major event di Melbourne. Melbourne cup mendapat tempat di hati Melbournian dan pelancong serta memberi berjuta-juta keuntungan kepada penganjur event dan syarikat perjudian. Kalau rasa nak pengalaman melihat lumba kuda, boleh lah tengok jadual lumba kuda di laman web mereka. Kena google sendiri lah sebab aku taknak bantu yang ini.


Wah, sedar tak sedar, panjang juga artikel aku jadinya. Mungkin aku terbawa-bawa dengan pelbagai info dan maklumat yang aku dah kumpul sepanjang 3 minggu yang lepas sampai satu pun aku taknak tinggalkan. Sebenarnya banyak lagi aktiviti dan lokasi yang aku tak masukkan seperti camping dan glamping di Grampians, bushwalking dan trail walking di aqueduct dan sebagainya, tapi cukup lah dulu yang ini. Ini pun belum tentu terbuat ye tak? 

Semoga artikel ini memberi banyak informasi kepada anda semua yang bakal melancong ke Melbourne dan Victoria. Selamat pengembara dan mengumpul pengalaman. Akhir kata, 

Sampai jumpa lagi!

Noor Hida Halim,
Carlton North, Vic. 

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.