Road to Melbourne. Episode 9: permohonan student & dependent visa dan medical check-up

#RoadtoMelbourne.
Episode 9: Australia student visa and dependent visa application

Ok. Sebenarnya pada 21 Dec tahun lepas (2016) kami sekeluarga sudah lodge visa application online di pejabat IDP Subang Jaya. Prosesnya smooth sahaja dan dalam sejam macam tu dah settle. Untuk proses ini, IDP dah bukakan "immi account" dan aku cuma perlu key-in kan sahaja semua maklumat yang perlu diisi dalam online form tersebut. Ada lebih kurang 25-28 page kesemuanya (tak ingat exact number) dan semua maklumat yang diminta sebenarnya kita dah prepare awal (ingat tak IDP dah bagi senarai maklumat dan dokumen yang diperlukan beberapa minggu sebelum ini lagi?) sebab itu mudah sahaja hendak mengisi borang tersebut.

Aku cuma perlu isi kan sahaja semua tempat kosong mengikut maklumat yang aku ada, dan Cik Tan Meipei tu yang scan semua dokumen, attached document, double check, dan proceed kan pembayaran. Aku ada terbaca di blog lain, orang kata hendak lodge visa application online ni renyah dan ambil masa yang lama. Nasihat aku,
prepare siap-siap semua dokumen dan maklumat sebijik sejibon macam yang IDP suruh aku prepare sebelum ini (rujuk siri #roadtoMelbourne episode 5, 6, 7) dan bila dah ada semua, baru buka akaun immi dan mula lodge application. 

Untuk dokumen yang sudah certified, pastikan anda sudah scan siap-siap dan simpan dalam pc yang akan digunakan untuk lodge visa. Insyaallah dalam sejam boleh siap semua. Oleh kerana proses aku partly done by me and another half done by IDP, memang makin mudah lah kerjanya. Kalau kena buat sendiri, mungkin terasa juga renyahnya.

Secara mudahnya, visa application melalui immi account ini bolehlah dibahagi kepada 4 step; pertama isi online form, kedua attach semua document yang diminta, ketiga adalah membuat pembayaran dan keempat adalah medical checkup. 

Macam biasa, pastikan anda bersedia dengan visa/mastercard yang valid dan activate international transaction. Bayaran untuk visa kami bertiga berjumlah aud1,105.73. Pecahannya adalah:


  • aud550 student visa untuk aku, 
  • aud410 additional dependent visa untuk suami, 
  • aud135  additional minor dependent visa untuk Juwita, dan 
  • aud 10.73 credit card surcharge

Sebelum aku pergi lodge visa ni sebenarnya, banyak kali aku cuba dapatkan informasi di internet tentang fee untuk apply dependent visa. Malangnya tidak ada satu blog pun yang aku jumpa yang menceritakan kos untuk dependent visa. Cuma IDP pernah memberitahu roughly harga untuk visa kami bertiga tidak melebihi aud1,500. Jadi bila dapat bil, aku agak terkejut juga kerana rupanya ia jauh lebih murah. Walaupun aud1,105 dan aud1,500 nampak macam tak banyak beza, tapi bila ditukar kepada RM, bezanya sangat ketara! Aud1,105 cuma RM3,600 waktu itu manakala aud1,500 pula hampir mencecah RM5000! Mengagau jugalah kami laki bini korek duit sana sini nak cukupkan dalam RM6000-7000 sebelum itu dek memikirkan yang kos membuat visa mungkin mencecah sehingga RM5000 dan medical check up pula mungkin seribu lebih.

Selesai membuat pembayaran, step keempat adalah medical check up. Untuk medical checkup, IDP suruh kami buat hari itu juga atau jika tidak sempat, paling lewat keesokan hari. Nak jadi cerita, server immi di Perth down pula pada jam 1.30 (waktu Perth). Exactly after kami selesai lodge visa. Nasib baik sempat lodge visa. Cuma IDP tak dapat download medical check up form untuk kami bertiga. Oleh itu, IDP suruh kami pulang dahulu dan jika sistem dah ok dan medical form boleh di download sebelum jam 1 tengah hari (waktu Malaysia), kami perlu segera ke Bangsar untuk membuat medical check up. Oleh kerana waktu itu baru jam 11 pagi, dari Subang Jaya kami pulang dahulu ke Bukit Raja. 


Persediaan untuk medical checkup

Bila dengar kena buat medical check up hari itu, aku rasa blood pressure aku naik turun. Rasa nak pitam pun ada. Menyesal pula rasanya minum kopi pekat pagi itu. Jadi sepanjang menunggu medical form kami keluar, kami bertiga menghabiskan masa dengan berbaring menenangkan fikiran dan minum air selang 10 minit. Aku rasa dekat 10 kali aku kencing pagi itu. Banyak sangat minum air. Tapi aku kena flush caffein dalam badan aku sebab bila aku minum kopi biasanya memang aku jadi macam low blood pressure, macam nak pitam dan mengantuk. Penat juga memaksa Juwita untuk minum.

Pukul 12.15, aku dapat email dan panggilan dari IDP. Medical form kami sudah ada. Ok. Terus kami ke Shah Alam untuk makan tengah hari (elok lah sebab aku masih rasa macam nak pitam) dan print out medical form di Plaza Alam Sentral. Siap urusan di Shah Alam, terus kami shoot ke Bangsar untuk medical checkup. 


Medical checkup

Urusan medical checkup untuk visa Australia tidak boleh dibuat di hospital sebarangan. Di Malaysia cuma ada 4 panel doctors approved by Australian Embassy untuk menjalankan medical checkup ini. Dalam 4 panel doktor ini, cuma satu sahaja di Kuala Lumpur (satu di Sabah, satu di Kuching dan satu lagi di Penang). Keputusan medical checkup ini juga online dengan visa application tersebut. Jadi hanya doktor yang di approved by Australian Embassy sahaja yang boleh jalankan medical checkup ini. Di Kuala Lumpur, medical checkup hanya boleh dijalankan di Life Care Diagnostic Medical Centre, Bangsar. 

Kami tiba di Life Care Diagnostic Medical Centre jam 2 petang. Mudah sahaja rupanya mencari tempat ini. Di Bangsar South, ada satu bangunan yang besar tepi jalan, namanya Wisma Life Care. Selepas parking di underground, mula-mula kami keluar di tingkat LG. Tapi kami naik pula ke tingkat 1 kerana alamat yang IDP beri itu tingkat satu. Rupanya kami tersalah. Perlu turun ke LG semula untuk mengisi borang dan mendaftar, kemudian ke tingkat 4 untuk urusan seterusnya. 

Tersalah tingkat... Ni tingkat 1


Sampai di tingkat 4, perlu ambil nombor giliran dahulu walaupun tiada orang lain yang sedang menunggu giliran. Hehehe. Kemudian terus kami dipanggil ke kaunter. 


Perlu bawa apa? Perlu buat apa?

Cuma bawa badan, medical form, borang yang diisi di bawah tadi, passport dan duit. Benda lain tinggal je la dalam kereta. Selepas kami semua diberi tag berwarna pink, perkara pertama yang kami perlu buat adalah, ambil sample air kencing. Aku rasa benda ni lah yang Juwita paling takut hari itu. First, dia takut sebab tak tahu bagaimana hendak ambil air kencing sendiri. Second, dia takut kencing dia x elok katanya. Hahahaha! Ibu dia ni lah yang tolong tadah kencing dia tu. Habis dipancutnya ke tangan kita pulak. Lucu betul. 

Comel je tag warna pink.....

Selepas beri sample air kencing, suami ke kaunter untuk membuat pembayaran. Tak mahal pun rupanya. Roughly about RM250/person manakala Juwita lebih murah, lebih kurang RM200 sahaja kerana dia tidak perlu lakukan x-ray. Jadi total bil untuk medical checkup tidak lebih RM750 pun rupanya. Mungkin medical kami murah kerana kami tidak perlu lakukan blood test. Sekali lagi bil jauh lebih murah dari sangkaan aku. Ingatkan seribu lebih!

Kaunter pembayaran.

Next, after ambil air kencing dan membuat pembayaran, kami masuk satu bilik untuk mereka ukur ketinggian, berat, blood pressure, dan ambil gambar. Lepas tu, tunggu lagi.

Seterusnya, masuk satu lagi bilik. Rupanya step seterusnya ini adalah eye test. Ternyata, ketiga-tiga kami rabun. Walaupun aku memakai contact lense, ada juga huruf yang aku tak boleh baca. Sama juga dengan suami. Pakai spek pun rabun lagi. Yang lebih mengejutkan, rupa-rupanya Juwita pun sudah mula rabun. Aduhai...

Selesai eye test, kami perlu tunggu lagi untuk step berikutnya, iaitu x-ray. Cuma aku dan suami sahaja yang perlu menjalani x-ray manakala Juwita tidak perlu. 

X-ray room

Akhir sekali, setelah selesai x-ray, seorang demi seorang perlu bersemuka dengan doktor untuk menjalani ujian terakhir. Sebenarnya aku pun tidak faham apa yang doktor tu uji. Tengok jari, lengan, kaki, pergelangan kaki, leher, tekan-tekan perut, suruh tengok jari dia.... And..... Done! Pass. Doktor kata xray ok, air kencing normal. Thats it. 

Result kita tak dapat di situ sebab result akan di update oleh doktor dalam online visa application kita nanti. Jadi, bila dah settle semua, kami pun pulang ke rumah. Begitulah aktiviti seharian penuh kami hari itu. Dari pagi sampai ke petang menguruskan visa aplication dan medical checkup. 

Fasa menunggu

Sejak dari hari itu, hari-hari IDP login masuk immi account aku tapi keputusan tetap tak keluar. (Aku tau IDP login sebab aku dapat notification setiap kali ada orang login immi akaun) Lepas tu cuti christmas, cuti new year, masuk tahun 2017, tetap tak ada keputusan visa kami. Aku dah macam orang bercinta, makan tak lalu tidur tak lena. Macam-macam dah terpikir dalam fikiran, normal kah lambat begini? Ada requirement yang kami tak penuhikah? Paling aku takut, kalau tiba-tiba immi minta financial evidence, nak tunjuk apa?

Akhirnya, setelah 21 hari pending, pada tarikh 10 Januari 2017, IDP suruh aku email immi bahagian student visa dan 2 lagi department yang berkaitan untuk follow up. Petangnya, aku dapat email dari immi mengatakan permohonan visa kami dah approved. Alhamdulillah.... Genab 21 hari. Ya Allah, Lega dan happy gila! Satu penantian yang sangat panjang dan menyiksakan jiwa.

Akhirnya kami bertiga secara rasminya telah memiliki visa yang sah untuk tinggal di Australia selama 2 tahun+ berkuatkuasa 10 Januari 2017.

Surat dari immi Australia. Seorang satu dapat walaupun apply sekali. Please note that visa Australia adalah e-visa. Jadi tak ada visa fizikal yang stamped on passport. Semuanya online sahaja. Namun untuk imigration check purposes, dinasihatkan print out "visa grant notice" yang di-attach sekali dalam email ini.


Next step, booking flight ticket, booking temporary accomodation, cari rumah sewa, dan daftar subjek. Sebelum berlepas ke Melbourne kena juga hadiri pre-departure seminar dan uni Melbourne pre-orientation di KL.


Click sini untuk baca FINAL Episode #RoadtoMelbourne: minggu-minggu terakhir di Malaysia dan minggu-minggu pertama di Melbourne



Noor Hida
Jasin, Melaka, Malaysia. 
#roadtoMelbourne

Comments

Anonymous said…
Thanks utk blognya..Sy mncari2 blog dr org Msia ttg medical check up ni..Berdebarnya nk buat medical check up..

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.