Terlepas bot, ditinggal driver


Dari malam sebelumnya lagi aku sudah tidak senang hati bila whatsapp dengan pemandu tidak berbalas. Satu tick. Kenapa? Dia diluar kawasan kah? Dia lupa tempahan kami kah? Lama aku termenung di atas katil menunggu, akhirnya muncul 2 tick. Ahhh...Sampai pun mesej ku. Tapi masih tak dibaca. Kenapa tak dibaca? Tak ada line kah? Mungkin di sudah tidur. Aish.. Menyesal pula tidak hubungi dia lebih awal. Sekarang baru gundah gulana. Bagaimana esok pagi ni? Jangan dia lupa pula. Kalau dia tidak ada di jeti bagaimana? Apa nak buat? Jam 12 tengah malam, otak aku sudah mula memikirkan plan B, andainya driver yang aku telah janjikan tidak tiba.

Ternyata kegusaran aku ada landasnya. Ternyata bila tiba di Bangsal, tiada siapa pun yang menanti kami. Ahh sudah...Nak buat macam mana lagi, dah memang kami terlewat. Boat pertama tadi kami terlepas, maka terpaksa kami tunggu bot berikutnya penuh baru boleh jalan. Sudahnya, lewat lah kami sampai ke jeti Bangsal. Cuma waktu itu, ketika baru tiba di Bangsal, aku masih berharap driver ku ada menunggu. Fikir positif kononnya. Buat cool aja dan terus ke lobi kaunter tiket. Tapi itu semua tidak memadamkan hakikat bahawa kami kini tiada driver dan aku tidak ada cara langsung untuk menghubungi driver itu. Tiada seorang pun antara kami yang ada beli local simkad dan tiada seorang pun yang roaming! Habis sekarang bagaimana?


Tiba-tiba ada seorang pakcik menegur. "100.000 ke Senggigi", katanya. Dengan pantas otak aku berfikir, jika 100.000, murah tu! Rasanya mahu ambil itu sahaja ke hotel terus. Dalam hati sudah berfikir, memang harus guna plan B. 

Tapi pakcik ini, nampaknya bersungguh ingin membantu. Diberi pinjam telefonnya untuk menghubungi driver ku. Driver ku sudah tiba pagi tadi. Jam 7.45 dia sudah tunggu. Tapi kerana aku tidak tiba-tiba sehingga 8.30, terus dia pulang. Aku pula tidak dapat hubungi dia kerana memang tidak ada beli local simkad. Itu antara sebab mengapa kami lewat check out hotel pagi itu. Aku sengaja check out jam 8 dengan harapan driver ku reply whatsap aku. Malangnya mesej aku tetap dengan 1 tick. Mana tak susah hati? 

Dapat sahaja hubungi driver (menggunakan telefon pakcik itu), hati ku lega. Lantas terus deal baru dibuat. Driver sama driver, bersama aku, akhirnya rancangan perjalanan hari itu driver ku serahkan pada pakcik itu. "Ngak usah kuatir", kata pakcik ini. "Nanti bayarnya terus ke driver asal" Bayaran pakcik ini biar driver ku nanti uruskan. Ahh... Senang. Lega. (Begini janji pada awalnya).

Malas fikir panjang. Bagi aku, asalkan matlamat hari itu tercapai dengan bajet yang telah aku set, aku proceed. Tak kisah lah dengan siapa pun, asalkan aku tak perlu keluar duit lebih, dan kami sampai ke Senaru.

Memang. Tercapai jugalah matlamat hari itu, hendak ke Senaru melihat air terjun Sindang Gile dan Tiu Kelep. Kisah lain akan diceritakan kemudian. Banyak pula kejadian sampingannya. Yang benarnya, aku kurang gemar pakcik ini. Tapi kerana dia yang membantu kami di Bangsal pagi itu, jadi aku agak terhutang budi padanya (pada awalnya). Mungkin jika dia tidak meminjamkan telefonnya dan menghubungi driver asalku, kami akan ambil taxi sahaja di luar dan terus ke hotel. Boleh jadi tidak ke Senaru kami hari itu. Kerana itu, aku berterima kasih. Tapi untuk ambil dia terus sebagai driver kami untuk hari berikutnya, tidak sama sekali. Aku masih senang berurusan dengan driver asal yang telah aku janji sebelum tiba di Lombok lagi.

Tidak apa lah.

Haii... begitulah. Sudahlah terlepas bot, ditinggal driver pula. Tapi akhirnya tercapai matlamat juga. Begitulah juga jalan hidup, perlu flexible dan bersedia untuk memilih jalan alternative. Yang penting, kita sampai ke sasaran.



            Sambil menunggu kapal, kami makan nasi bungkus 15.000

            Selamat tinggal Gili Trawangan. Sudah dalam bot ini baru perasan tanda warna warni perkataan Gili Trawangan tu. Baru aku perasan rata-rata pelancong mesti ada ambil gambar di situ. 

            Villa hantu ini kami singgah semasa perjalanan pulang dari Senaru ke Senggigi

           Lihat lah permandangan dari villa hantu ini. 

           Pandangan di sebelah kanannya pula.

           Horizon. Lautan luas adalah pandangan di hadapannya. 

            360 darjah dihidangkan pemandangan yang superb dari bumbung villa ini. Angin juga kuat dan hangat.

           Hati-hati memanjat tangga buluh.

             Aku fikir, andainya jadi siap villa ini, tidak mungkin orang awam dapat menikmati keindahan pemandangan ini dengan percuma. Berapa agaknya hendak diletak harga bilik di villa ini satu malam? Tentu tidak murah. Ada hikmahnya villa ini tidak siap. 


Sedikit tentang pakcik driver yang kami temui di jeti Bangsal.

1. Kami minta jalan-jalan ke Senaru hendak melihat air terjun. Pakcik itu bawa kami ke pejabat agen. Nasib baik aku sudah banyak buat bacaan sebelum tiba. Jadi tidak termakan dengan kata-kata agen itu. (Cerita tentang ini akan aku ceritakan di entry lain)

2. Mengikut kata driver aku, di Senaru ada masjid tua. Boleh singgah dan lihat-lihat. Masjid ini adalah masjid pertama didirikan di Lombok. Tapi tidak pula dibawa kami oleh pakcik itu ke sana. Aku malas hendak bicara sama pakcik itu.

3. Kami hanya ke air terjun dan terus pulang ke Senggigi. Dalam perjalanan hanya singgah di villa hantu. 

4. Aku tercuri dengar perbualan pakcik itu dengan temannnya semasa di Senaru. Katanya harga dia sehari 800.000 (gile mahal), dan kami ini kerana dikira setengah hari dan hanya pergi 1 tempat, jadi cuma 400.000. 

5. Jadi aku tak faham mengapa dia minta 650.000 pada aku setelah sampai di hotel. (Again, aku malas nak argue. Aku cuma minta tawar untuk bayar harga sama seperti aku deal dengan driver aku). Nasib baik dia mahu. Kalau ikutkan, aku tidak mahu bayar dia langsung!

6. Ini pun aku tidak faham. Pagi tadi dia kata ngak perlu risau, aku bayar semua pada driver aku. Aku cuma perlu beri dia 100.000 dahulu untuk duit isi minyak (ini driver aku cakap sendiri dalam telefon). Bayaran dia sepatutnya driver aku bayar. Tapi at the end of the day, dia minta aku bayar terus pada dia pula. Bayangkan keadaan aku masa itu. Aku belum tukar duit lagi. Duit yang aku provide untuk driver masih dalam bentuk RM. Haru biru aku di senja-senja tu, mengorek duit, guna cash untuk makan semata untuk bayar dia. (Sekali lagi, aku malas nak argue, kenapa begitu kenapa begini) tapi dalam hati aku memang hangin. Pakcik ini cakap berbelit. 

7. Bad mouth. Dari mula sampai ke sudah tak habis-habis usaha memburukkan driver aku. Cuba ambil kesempatan hendak "curi" kami dari driver asal. Driver aku lah buruk, dia ajalah yang terbaik. Dia tak tahu cerita sebenar, lebih baik jangan meng-ada-ada kan cerita. Bukan salah driver aku tidak ada di Bangsal, kami ini yang terlewat tiba dan ada misscommunication di situ. Not our driver fault. Tapi pakcik ini tidak sudah mencucuk jarum. Sampai aku naik muak. 


Apapun, tidak adalah sampai menghilangkan mood atau mengganggu emosi kami sepanjang hari itu. Melihat Tie Kelep cukup mengubat segala pening sesah di pagi hari. Air terjun yang dingin hingga ke tulang sum sum itu mampu meredakan mana-mana hati yang panas. Aku akan ceritakan tentang Sindang Gile dan Tiu Kelep di entry lain. 

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu