Dengan motor aku berjalan.

Penat tapi puas! 

Letih sungguh. Dari pagi keluar, naik moto ke pantai Kute. Singgah di Kute hanya untuk mengambil gambar. Itu pun tidak mahu turun motor. Selepas itu terus ke pantai seger. Sempat lah kami panjat bukit Seger. Lebih kurang 5 minit sahaja untuk ke puncak. Pemandangannya mempesonakan. 

Kemudian sambung perjalanan terus ke pantai Aan. Cadangnya mahu panjat Bukit Merese. Namun jalan hendak ke kaki bukit itu rosak teruk lantaran hujan berpanjangan minggu lepas. Tidak berani pula hendak tempuh waktu itu. Jadi kami teruskan perjalanan ke pantai Aan. 

Tidak banyak perkara yang boleh diingati di pantai Aan. Cantik, tapi tidak banyak beza dengan pantai-pantai lain yang ada. Airnya biru, pasirnya halus. Cuma mungkin, kurang sesuai mandi jika tidak pandai berenang. Lautnya curam dan cepat dalam. Tidak landai. Jadi harus hati-hati. 

Selesai bersantai di Aan, terus kami pulang sebentar ke hotel kerana Rauf nak ambil cermin mata hitamnya. Waktu itu hampir jam 12. Setelah berehat sebentar dalam 15 minit kami terus gerak ke pantai Mawun. 

Di pertengahan jalan bukit menonggek, aku nampak pemandangan yang indah nun sayup di hujung sana. Lalu aku suruh Rauf berhenti kerana aku hendak ambil gambar. Selesai sahaja snap photo, terus kami siap hendak meneruskan perjalanan. TAPI...... ah, sudah......

motor Rauf tidak boleh start pula. Semua gara-gara kami berhenti kerana aku hendak ambil panoramic view yang indah dari puncak itu. Aku patah balik ke hotel dengan motor suami dan rauf tinggal di tepi jalan menunggu bantuan. 

Setelah diberitahu masalah motor Rauf pada hotel, kami menunggu bantuan tiba pada rauf. Syukur tidak sampai 30 minit Rauf tiba dengan motornya. Bukan bateri yang kong tapi spring starter yang problem. Hotel beri motor lain buat ganti dan kami sambung perjalanan ke pantai Mawun. Waktu itu sudah hampir jam 1 agaknya, jadi ada yang sudah mengadu lapar. 

Pantai Mawun juga indah, tapi kami hendak segera ke pantai Mawi. Kami berhenti makan tengah hari di Mawun dan kemudian terus gerak mencari pantai Mawi. Terlangsung pula simpangnya, lalu terus ke Selong Blanak. Selong Blanak penuh dengan orang belajar surfing. Jika tidak memikirkan letih dan terik (oh ya, memang sangat terik) sudah tentu aku juga mahu belajar. Hanya 250ribu, belajar sehingga pandai. Dan janjinya pasti pandai! Jika tidak pandai ngak perlu bayar katanya. 

Destinasi akhir, pantai Mawi. Ada hikmahnya rupanya kami terlepas simpang ke Mawi sebelum ini. Benarlah kata pakcik yang kami temui di Seger sebelum ini. Jalannya buruk lantaran hujan berpanjangan sudah beberapa hari. Tidak tahu mahu kata apa. Sudah speachless! Sudahlah jatuh motor, masuk lagi dalam lumpur. Tapi hasilnya.... Worth it! 

Mawi beach bukan destinasi tourist biasa-biasa. Tidak ada jalan berturap. Naik motor pun sudah berapa kali tergelincir. Kalau tak cukup kuat mental jangan dicuba! Tapi pemandangannya sangat mengasyikkan. Panjatlah di bukit tepi pantai itu. Pasti akan nampak syurga dunia. Sebelah kirinya, adalah destinasi surfing untuk yang expert. Ombaknya boleh naik sehingga 4 meter. Sebelah kanan pula, ada virgin beach. Tidak boleh sampai dengan jalan raya maka terpelihara dari pelancong. Perlu panjat bukit itu untuk ke sebelah sana. 

Perjalanan pulang dari Mawi beach ke hotel mengambil masa  lebih kurang 30 minit. Dalam perjalanan pulang aku sudah terbayang-bayang kolam renang dan hammock. Sedap nyaaaa bersantai.

Jika difikirkan semula, jalan ke pantai Mawi itu lebih buruk dari jalan ke bukit Merese. Tapi mungkin waktu pagi itu, kami belum ada keberanian hendak tempuh jalan berlumpur sebegitu. Melepas lah peluang memanjat bukit Merese. Tidak ada rezeki namanya. Tak apa lah. 

Oh Lombok. Kau penuh kejutan.


           Pantai Kute. Tapi tak nampak pun pantainya...


           Dari bukit Seger, nampak pantai Seger di bawah nya.

          Air surut

          Puncak Seger. Rasa tidak mahu turun.


         Tenang dan damai...


          Tanjung Aan. Lautnya kebiruan. 

        Tanjung Aan. Atas bukit sana tu penuh dengan tourist. 2 bas baru sampai.


        Kerana hendak ambil gambar inilah, terus motornya tidak mahu start. 

           Mawun Beach. Airnya tenang.

          Mawun Beach. Bagus datang waktu ini, tidak ramai orang. Yang ramai cuma penjual air kelapa yang tidak henti suruh beli air kelapanya. Kalau dah beli satu, mesti penjual lain pula datang pujuk suruh beli dari dia pula. Akhirnya kami beli 2 air kelapa. 

         Selong Blanak. Completely different dari pantai-pantai yang lainnya. Sesak dengan orang Eropah. Terik dan panas sekali di sini namun peliknya, mereka ni tak tahu panas agaknya, berjemur aja. Yang belajar surfing juga ramai. Tak sanggup mengenangkan teriknya tu! 

          Selong Blanak.

         Mawi Beach. Syurga surfer. Paling sukar hendak pergi dan kerana itu, ia sangat privasi. 

         Ternyata berbaloi susah payahnya mengharungi lumpur ke pantai ini. Sangat indah sekali.

         Punyalah terik.... Terbakar muka

      Pemandangan dari atas bukit itu lebih indah. Tapi aku sudah tidak tahan dengan terik dan bahang.

         Aku memilih untuk berbaring di atas pangkin di bawah pondok ini sahaja. Terlalu panas, terlupa pula bawa air minum. Hampir-hampir terkena heat strok. 


           Sepanjang perjalanan dari hotel ke Mawun beach, kami dihidangkan dengan pemandangan sawah padi dan bukit bukau. Bila tengok bukit bukau menghijau begini, bagai di Switzerland pula. Indah sungguh bentuk muka bumi Lombok ini.


            Nah jalannya hendak ke pantai Mawi. Kalau tak expert bawa motor, jangan berani cuba. Kami pun banyak kali tergelincir dan aku sampai jatuh motor. Luka lutut dan ibu jari kaki. 


            Di perjalanan pulang, kami singgah isi minyak ditepi jalan. Kebetulan lalu anak-anak dara Lombok. Gaya seperti pulang dari sawah. 


          Kerbau. Bila banyak sawah, banyak lah kerbaunya. Gambar tidak jelas kerana diambil ketika di atas motor.


Kesimpulannya, dengan menaiki motor sehari, kami pergi ke 6 pantai:
1. Pantai Kute'
2. Pantai Seger dan bukit Seger
3. Pantai Aan @ tanjung Aan
4. Pantai Mawun
5. Selong Blanak (tempat belajar surf)
6. Pantai Mawi (tempat surfer pro)

Yang kami missed, adalah bukit Merese.

Itu sahaja untuk hari ke-2 kami di Lombok. Penuh dan padat, namun penuh kepuasan dengan kos minima. 


Tips kali ini:

Tak perlu sewa kereta jika mahu beach hopping sebegini. Kurang thrill dan tidak bebas nanti. Parking motor hanya antara 5.000 atau 10.000 bergantung pada lokasi. Sewa motor pula hanya 50.000 sehari. Petrol, jika premium, siap sedia dalam 20.000 untuk penuhkan tank. Jika beli petrol dalam botol, 2 botol cukup lah untuk sehari. 1 botol petrol berharga average 10.000 (ada yang lebih mahal, ada yang lebih murah) dan banyak dijual di tepi jalan. Waktu kami terima motor, sudah berisi petrol hampir penuh, jadi kami pastikan motor dipulangkan dengan berisi petrol juga. Common curtesy. Kalau sewa kereta beserta supir, siap sedia antara 500.000 ke 800.000 sehari, bergantung kepada kehandalan anda bernego dan destinasi anda hendak pergi. Mungkin jika anda tidak mahu berpanas-panasan berjemur, atau bercuti bersama kumpulan yang besar, atau membawa warga emas, lebih sesuai sewa kereta siap driver. Yang muda-muda, bawa motor aja lah!


Selamat berkelana.



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu