Aku Ingin Tidak Peduli


Aku ingin sekali
Berkaki ayam berkelana di bumi ini
Merasai kelikir, pasir dan duri,
Menghayati rumput dingin di tapak kaki

Aku ingin ke mana sahaja,
Pakai apa yang aku selesa,
Makan apa yang aku suka,
Melihat alam tanpa lensa.

Aku ingin tidak peduli
Apa pun orang kata.


N. Hida
Klang, Malaysia


            Aku apa adanya

Comments

popular posts last week

POS MALAYSIA SUCK! CUAI CUAI CUAI!!!!

option2 lain untuk alih perhatian (curious case of Juwita Aisha)

perbendaharaaan kata Juwita Aisha

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?

schedule full + demam selesema

rosken skin repair; feet and heel balm