Cari

Cari 

Apakah yang kau cari
Dalam samar malam yang dingin
Angin menghembus ke pipi
Di tepi sungai Yarra Valley.

Siapakah yang kau nanti
Di negara asing ini
Semua wajah tak kau kenali
Bermata biru, berambut perang, bersusuk tinggi.

Aku mencari diri sendiri
Yang hilang entah di mana
Jauh ku lari hingga ke sini
Mengharap sesuatu yang belum tiba.

William St., Melbourne
2014





Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Tini's Spa

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti taska anak-anak

when Juwita met the rabbit

bon voyage!!

Hari simen kaki ku dibuka