Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?


Aku tak tahu lah bagaimana korang berbelanja barangan dapur, tapi kalau aku dan suami, biasanya kami set bajet siap-siap. Biasanya antara RM60 ke RM100 sekali beli. Kalau dalam keadaan biasa, suami akan topup barang peti sejuk setiap 3 hari begitu dan anggaran pembelian adalah tidak lebih RM60. Kalau situasi terpencil (macam yang aku akan tunjukkan kat bawah ni nanti), biasanya bajet tinggi sikit sebab banyak benda nak topup. Maklumlah baru balik beraya, jadi peti sejuk agak kosong dan banyak
benda kena tambah. 


Sebelum apa-apa, aku nak inform dahulu yang keluarga kami hanya bertiga; aku, suami, dan Juwita. Juwita tu consider portion dewasa juga lah ye sebab dia makan macam hantu raya. Oh iya, adik aku pun mula stay dengan kami sejak lepas cuti raya haritu sebab dia mula bekerja di Damansara. Aku juga kena highlight yang biasanya aku memasak 2 kali iaitu tengah hari dan petang (untuk makan malam), tapi ada ketikanya aku tidak masak tengah hari kerana tiada orang dirumah kecuali aku. Dan aku juga biasanya tidak makan malam. Aku juga lebih senang memasak 1 kali sahaja iaitu sedikit lewat pada tengah hari dan lauk itu dibawa terus ke malam (kerana kami makan malam agak awal).


Jadi, ini adalah resit pembelian barang dapur kami hari ini:






Jumlah pembelian adalah RM100.05 after adjustment dan GST. Berbaloi? Murah? Yes, bagi aku sangat berbaloi. 

Tengok barang apa aku dapat;


Sayur sayuran.....



Ikan, ayam dan ketam......



Teh dan roti....



Semua barang di atas adalah zero rated (atau tiada GST) ye. Ha, 2 barang di bawah ni sahaja yang dikenakan standard rated (6% GST), iaitu simplot potato wedges dan fishball. 



Tengok barang pun dah macam banyak kan, tapi betul ke boleh tahan 1 minggu ni? Boleh. Bagi keluarga kecil aku laaa. Meh sini aku explain satu-satu.


1. 1 ekor ayam, aku suruh orang tu siap-siap potong. Harganya RM8.56. Sebab ayam ni kecil, sampai rumah aku bahagikan portion kepada 3 siap-siap dan simpan. Boleh 3 kali masak yeop. (Kalau ayam besar boleh bahagi kepada 4 bahagian)

2. Ikan selar 3 ekor, amik yang beso-beso sikit. Bahagi kepada 3 portion lah kan apa lagi. Boleh masak 3 kali gak. RM8.02 harganya.



3. Sayur pulak. Aku ada beli pak choi, brokoli, bayam, tomato, kentang, carrot, spring onion, dan selery. Tu semua, bukan sekali masak je sepeket tu. Macam pak choi, boleh masak 2 kali. Bayam pun serupa. Carrot, selery, kentang, tomato lagilah kan.... Memang tahan seminggu (seminggu lebih pun boleh). Total kos untuk sayur adalah RM19.73. Zero rated pulak lagi. Oklah tu. 

4. Roti dan teh untuk sarapan pagi. Biasanya aku akan beli telur dan susu pekat tapi sebab telur dan susu ada lagi jadi tak usah beli dulu. (Biasanya roti, telur dan susu memang akan repeat beli agak kerap juga sebab kami memang bersarapan di rumah)

5. Simplot wedges ni bukan keperluan pun, tapi selera nafsu semata hahaha! Kalau tak makan pun tak mati, tapi kalau nak makan, bayar lah GST. Jadi tak perlu repeat beli tiap bulan. Bila serakah datang je beli hokey. 

6. Aku ada beli ikan merah slice. 2 slice besar mcm tu boleh masak 1 kali. RM12.85. Sedap tu boleh buat sup atau berlado. 

7. Kepala ikan merah RM10.08. Nak buat kari kepala ikan sekali. Wow! Macam mewah hidangannya kan~

8. Ketam bunga. Lagi wow!!! Ni once in a blue moon je beli ni. Idok le tiap bulan patik membeli nya. Ni sebab dok tengok rakan-rakan share gamba ketam jadi kita terpengaruh ler. Bahaya no media sosial ni. Adeh sekali sekala takpe lah kan melayan nafsu serakah. Tak boleh selalu hokey. Beli 2 ekor RM13.99, boleh masak 1 hidangan malam nanti. 

9. Jadi totalnya, dengan jumlah barang dapur seperti di atas, aku boleh masak 9 kali. Dengan keadaan kami yang biasanya hanya masak sekali sahaja sehari dan kadang-kadang je baru kena masak 2, ini memang dah sangat mencukupi dan selesa. Alhamdulillah kenyang, sihat, dan sedap. 


Sedikit kesimpulan hari hasil pembelian aku hari ini. Jumlah barang yang aku beli adalah 18 barang dengan 2 barangan sahaja yang ada GST. Jumlah GST yang aku kena bayar adalah RM0.76 (nilai barang itu RM12.69, darab la dengan 6%). Selebihnya, RM86.58 adalah zero rated. 


Jadi lah kan, kalau korang agaknya taknak bagi duit free free kat gomen sebab GST tu, cuba amalkan cara pembelian berhemah begini. Beli segala barang yang zero rated semaksimum yang boleh, dan seboleh-bolehnya, elakkan membeli barang yang standard rated. Sebab yang aku perasan dari pengalaman sendiri, barang yang standard rated ni MAJORITI nya bukan keperluan asas. Aku sebut MAJORITI tau, bukan semua. Macam simplot wedges tu, memang kehendak nafsu semata. Tak perlu beli selalu. Tapi macam fishball tu, iya memang benda tu bukan keperluan asas, tapi rasa alahai, patutnya zero rated gak kot hahaha! Tapi takpe, aku pun dalam proses mengurangkan penggunaan fishball dan any kind of processed product. 

Try to cooked from scratch, select raw and fresh ingredient to produce a healthy meal, itu kan cara hidup yang lebih baik. Cuba adjust cara hidup, adjust cara berbelanja, adjust pemilihan bahan makanan, adjust pemakanan..... Insyaallah, Badan lebih sihat, hati pun lebih tenang. 


RM100 untuk 9 hidangan seminggu. Bayar GST tak sampai RM1.00.  Cubalah! Kalau kami boleh mengapa tidak anda? 



N. Hida Halim,
Klang, selangor.








Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu