Mengapa menyewa lagi bagus dari memiliki rumah?

Why renters are better than owners. 

Ini di tujukan kepada anak2 muda masa kini yang terlalu berkobar-kobar ingin memiliki "rumah sendiri". Datang kepada kami (agen) dengan cita-cita
menggunung. Umur 26, 27... 29.. 30... Gaji yang sebenarnya paras-paras atas sikit je dari hidung, loan memang cukup-cukup lepas, kerja baru 4-5 tahun.

Bagi mereka, better buy now or sampai bila-bila takkan mampu beli.
Bagi mereka lagi, kena beli rumah barulah "secure" masa depan. Paling sadis, nak kena buktikan ada dan mampu miliki rumah sendiri, baru orang nampak kita "dah berjaya", "keluarga bahagia", "sukses" dan sebagainya lah!. 

Dan yang paling sesat adalah, bila kebanyakan mengaggap, membeli rumah itu sentiasa adalah investment dan asset. Rumah adalah investment apabila ia memberi pulangan. Dengan kata lain, boleh dikira rate of return nya. Kalau rumah tu di beli dan di bayar dengan sebahagian besar gaji, kemudian berhabis lagi untuk renovation, deko, interior, hiasan, dan perabot, dan kemudian kita anak beranak yang tinggal, itu bukan investment asset, itu liability. 


Walaupun husband sy adalah real estate agent (mati lah kena luku lepas ni sebab tuang pasir dalam periuk nasi dia hahaha) sy tetap tidak mengganggap owning a house is a great idea for everyone. (I said not for everyone ok. Tak bermakna semua orang tak sesuai beli rumah). As for me, i prefer to rent a house instead of to buy. And i believe its the best decision for me.


Here's why i prefer to rent instead of buy a house: 


1. You have a nice house and it sure looks fine and dandy on the outside, but on the inside, you are sweating over how you’re going to get the money to fill up your gas tank this month. Ouch, that’s not a position I want to be in. 


2. Selling a house can be a long, stressful process, even in a booming housing market, let alone a housing slump. (From experience ni. Ingat senang ke nak jual rumah? Prosesnya pun renyah. Tukar nama ingat sekejap? Jual rumah pun pakai duit juga tau)


3. Owning a home traps you in your location. I don’t like feeling trapped, especially in this stage of my life. Once you buy a house, you are stuck there. Unless you are independently wealthy, have your house paid off and don’t need the money from renting it or selling it, you are stuck in your house until you sell it.


4. Moving out of town (or country) to pursue a bigger and better opportunity is POSSIBLE if you are in a renting position instead of owning a home. Big dream requires you to make a huge move by just pack your luggage, and leave. Can i do that if i have 30 years burden in my shoulder? 


5. The maintenance and upkeep that I would have to spend on that house, the increased cost of utilities or all of the new furniture, new interior decoration and junk that I would “have to” buy to fill up the house, it's all money. Another wastage of salary there!


Sebenarnya nak cakap, bila orang perpusu-pusu beli rumah, jangan kita terikut-ikut dengan keghairahan semasa. Dan paling penting, perlu tahu tujuan sebenar membeli rumah mengikut kemampuan. Jangan terikut-ikut dengan trend, gabra tengok orang lain beli rumah kita pun nak beli rumah. Tak semua posisi kita sesuai untuk memiliki rumah.


Last sekali, jangan tipu diri sendiri dan menyedapkan hati sendiri tiap hujung bulan dengan berkata, "takpe, ni investment jangka panjang". Investment taik kucing mu! 


            Rumah impian ku. Nampak tak celah-celah salji dan pokok tu? Jangan kata saya tiada impian memiliki rumah, tapi my dream house is not in market! =D 



            Aku pernah menyewa di sini. Rasanya kalau nak sewa di sini lagi 4 tahun pun aku mahu. 



            Rumah di kawasan pedalaman atau hutan sentiasa menjadi pilihan.



            Pagi disajikan dengan pemandangan begini.....



            Atau begini.....


Jadi bila orang tanya, "habis kau taknak beli rumah lah? Nak menyewa sampai mati?"

Begini jawabnya, bukan tidak mahu, namun bukan melulu. Memiliki rumah, jika ia bermaksud settle down, maka akan ku pilih satu tempat yang sanggup ku tinggal di situ selama hayatku berbaki. Sambil membela biri-biri, dan menanam berry.  Menanti senja menguning, salji mencair, atau laut menyurut, dan burung terbang ke sarang.


Bukan sekarang. Bukan di sini. 


N. Hida Halim



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)