Perjalananku ke pulau Maldives. Mencari diri yang hilang.



Hari pertama. 


Dengan jiwa yang separa kosong, aku memeluk Juwita dan berpesan padanya agar menjadi budak baik sepanjang ketiadaanku. Hatiku tidak di situ. Entah di mana aku tinggalkan. Namun dengan satu lambaian terakhir aku tetap melangkah meninggalkan mereka. Sebelum masuk ke ruang departure, sempat aku menoleh ke kereta. Mereka masih disitu. Hatiku sayu. 


Sedikit perbualan dengan ketua program dan kemudian dengan Amy sedikit sebanyak melupakan kekosongan hatiku. Mood aku kembali. Lupa seketika pada insan yang aku tinggalkan. 

..............


Kapal terbang delay dalam 1 jam. Jam 9.30 baru kapal terbang mahu mula bergerak. Dan penerbangan aku kali ini sangat jauh sekali dari perkataan "smooth".

Sepanjang penerbangan, aku tidak dapat tidur. Kalau di jalan raya, perjalanan ini bagaikan melalui jalan tidak berturap dan penuh batu batuan. Tapi kerana ini di atas ruang udara, maka aku bayangkan ia adalah  udara-udara ganas yang mengempas kepak dan ekor kapal.

................


Ada tikanya, aku memandang kosong tingkap yang dingin. Terasa dingin dan kosongnya hatiku. Sebak pula seketika. Hakikatnya, Aku rindukan orang yang ku tinggalkan di tanah air. Hampir-hampir airmata ku menitis ke pipi. Rindunya. Tambah pula dengan kapal yang bergoyang hebat dipukul angin. Bergegar-gegar kapal dibuatnya. Angan ku terus ke arah anak dan suami. Oh tuhan, aku masih mahu kembali memeluk mereka! 


Aku melihat screen LCD di hadapan. Tangan gatalku terasa hendak lihat info penerbangan. Menarik pula. Tertarik pada info suhu di luar kapal terbang. -45 darjah calcius. Sejuknya! Terbayang ikan yang sejuk beku dalam peti sejuk mamaku. Keras dan kejung. Tapi peti sejuk mamaku tidak sampai pun -45 darjah. Bagaimana agaknya sejuknya -45 darjah calcius itu ya?

...................


Oh, Iya.

Aku belum ceritakan pengalaman kapalterbang melanggar air pocket. Rasanya bagai nak tercabut sekejap nyawa. Bagai malaikat maut melambai-lambai sambil menyeringai dari luar tingkap. Terangkat punggungku dari tempat duduk ku dan melayang pula badanku ke kanan. Aku tak pernah naik roller coaster. Tapi mungkin begitulah perasaannya jika menaiki roller coaster. Cuma bezanya, ini antara hidup dan mati. 


Pendaratan pula aku kira amatlah kasar. Rough. Aku teringat bacaanku semasa penerbangan ke Cebu yang lalu, ada ku baca berkenaan pendaratan yang kasar ini. Kata penulis itu (yang merupakan seorang pilot berpengalaman lebih 15 tahun) di waktu hujan lebat, landasan adalah licin dan ini adalah merbahaya dan risky untuk melakukan smooth landing kerana kelicinan landasan mengaburi sistem break kapal lalu kapal tidak sedar dia telah mendarat. Akibatnya, break tidak diaktifkan (atau lebih kurang begitulah. Aku tidak begitu pandai menterjemah kosa kata inggeris kepada melayu) Solusinya, pilot akan melakukan pendaratan yang kasar dengan sedikit hentaman untuk menyedarkan kapal bahawa tayarnya telah mencecah bumi. 

Boleh pula begitu. Tak kisahlah. Yang penting aku masih sekujur tubuh yang bernafas tatkala tiba di bumi Male ini. Alhamdulillah. 

.................


Sampai di Male, masih jauh lagi bantal dan selimut. Menunggu wakil hotel tak kunjung tiba. Lepak. Ah, nama pun bercuti. Lepak saja lah. 

................


Jam 2.08 pagi waktu tempatan. Badanku amat letih. Mataku telah berat. Ku sudahi titipan hari pertama perjalananku dengan ucapan, Selamat Malam Maldives dan selamat pagi Malaysia



N. Hida
Male, Maldives
16.3.15



Belum ada lagi gambar air kebiruan, pasir nan putih dan pokok kelapa sendeng. Hampir tengah malam baru aku tiba di pekan Male. Mata pun sudah kuyu. Memang pemandangan paling indah adalah melihat bantal dan selimut sahaja. 


Hidangan makan malamku. Dalam kapal terbang, paling ku suka adalah roti bun itu dan butter. Nang nyaman


Sejuknya -45 darjah calcius. X sempat nak gerak dah beku agaknya


Feri penumpang yang ku naiki untuk ke bandar Male dari airport.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu