Post-cebu

(Disclimair: post ini dipublish beberapa minggu lewat dari tarikh ia ditulis.)


Sudah begitu lama pula tak menulis dalam bahasa melayu. Marilah kita mulakan blog ni dengan bahasa melayu kembali. Haritu ada orang tanya, kenapa semua travelog Cebu tulis bahasa inggeris? Huh, after berpuluh entry (berpuluh ker?) bahasa inggeris, baru la nak komplen? 


Sebenarnya, kalau perasan, travelog tu aku tulis semasa di Cebu, bukan selepas aku pulang ke tanah air. Aku tulis setiap hari bila ada masa terluang antara aktiviti, atau ketika sebelum tidur. Oleh kerana semasa di Cebu aku bertutur 90% dalam bahasa inggeris (kecuali dengan Rauf) dan 10% nya lagi aku bertutur dengan mata dan tangan, makanya terbiasa pula dengan bahasa inggeris. Janggal pula rasanya menulis dalam bahasa melayu ketika itu. Bila menulis, aku menulis dari hati. Jadi hati aku berkata-kata dalam bahasa inggeris. Sebab tu ayat inggeris yang terkeluar. Hahahaha! Tak percaya? Kalau tak percaya belah lah dada, korek lah hati.


Aku sendiri tak sangka yang aku menulis sebegitu banyak semasa di Cebu. Kalau perasan, sebelum travelog Cebu, lama juga blog ini sepi. Sebulan ada lah 3-4 entry sahaja kalau rajin. Nampak sangat ketandusan idea. Benarlah orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Atau kalau quotes bahasa inggeris, "a world is a book, and those who not travel only read one page". Kalau dah baca satu muka surat je, itu pun muka buku je, memang lah otak singkat jadinya.


Sebut otak singkat, rasanya macam dah nak migraine dah ni. Esok aku ada test portfolio management (macam lah korang nak tahu kan) dari semalam studi sampai laa ni stop kejap nak ambil angin lain. Nak pecah kepala rasanya. Berdenyut depan belakang. Husband buka movie olympus has fallen, Gerald Buttler berlakon. Yeah... Sangat membantu khennn... Helping sesangat~ 


Oh, aku rindu air laut nan jernih.




Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)