7 december


7 December 2014.


Aku duduk tepi padang sambil dengar ( tak tengok sebab jauh) orang main paintball. Bising main paintball ni. Berjerit-jerit, bunyi tembak menembak. Wah, macam perang kau ye. Mungkin pencipta permainan ni nak lepas gian berperang. Ala-ala hunger game la, tapi tak mati betul. Kena tanda je. Eh pikir balik macam sedap je nak main, kalau lawan tu memang orang yang aku rasa nak tenyeh-tenyeh muka. Atau paling tidak, tension-tension dengan kerja ke assignment ke, boleh lepas geram. Sambil lepas geram boleh keluar peluh. Bagus juga kan.


Aku duduk tepi padang, sebab kelas habis awal. Next class pukul 4.30. Tapi kelas jam 2.45 dah habis. Sedih la pula. Last class tu. One of my favourite subjek (bukan subjek teras). Sebenarnya aku paling suka semua subjek teras; meaning subjek finance lah. Ekonomi pun salah satu favourite subjek. Monetary economic? Wah lagi suka. Gabungan economy dan money. Memang makanan aku.


Yang buat aku sedih, adalah subjek yang dah habis awal tadi. Subjek elektif favourite aku. Speech communication. Memang tak ada finance langsung. Tak sebut pasal finance langsung. Takde kira-kira, takde formula. Cuma cakap depan kelas tentang apa sahaja tajuk kegemaran. Oh, walaupun aku memang suka finance dan economy, memang tak lah aku cerita pasal tu. Maksud kat sini, cerita apa-apa benda kesukaan diluar pelajaran atau silibus atau dengan kata lain, passion atau hobby atau kegilaan. Tiga kali aku ke hadapan kelas, kali pertama aku cerita pasal kucing. Kali kedua, aku cerita pasal whale shark kat Cebu (yang aku baru je jumpa haritu) dan kali ketiga aku ke hadapan, aku cerita pasal macam mana nak beli tiket kapal terbang harga murah. Pendek kata, aku suka travel. Aku suka kucing. Kalau tak nampak lagi tak tahu la


Walaupun aku belajar finance dan ekonomi, aku tidak melihat wang dan asset sebagai sasaran. Kalau sesapa buka buku finance, akan ada pertanyaan dalam buku tu berbunyi, "what is the purpose of financial management?" Jawapan kat bawah tu akan tulis, "to MAXIMIZE WEALTH of the owner". Wah. Tak ada selindung-selindung lagi kau, terang lagi jelas, financial manager keje dia memaksimumkan kekayaan. Tak de pun situ dia tulis berlapik macam orang kita. Apa tujuan kau bisnes? Nak tolong ekonomi melayu..... Nak bagi peluang pekerjaan.... Nak berjihad... Sebab sunnah rasulullah....


Heh... 50% betul. 50% lagi poyo. 


Kalau nak jihad, tak payah susah susah bukak bisnes der. Bagi peluang pekerjaan? Kau bisnes online der... Kau hired diri sendiri je. Tolong ekonomi melayu? Ni menarik. Aku pernah tanya sebenarnya, macam mana bisnez kau boleh tolong ekonomi melayu? (Sebab bila aku tanya kenapa kau start bisnes, dia jawab nak tolong ekonomi melayu. Jadi aku pun berminat lah. Wah, macam besar buah fikiran saudara ni) sekali saudara ni jawab, "alaa..kita tolong la. Tolong menolong". Sumpah aku terkesima.


Tipu lah sapa berniaga tak nak untung. Kalau tak nak untung, jangan cakap kau berniaga. Cakap je kau tengah buat amal. Kalau berniaga mesti ada unsur margin. Kalau kau beli harga A kau jual harga A, tu bukan bisnes. Tu nama dia amal kebajikan. TOLONG orang belikan. Jadi tak payah nak gebang sangat cakap "aku berniaga ni tak ambil untung pun tawww" blah laaa... Tipu je. Habis kau tak amik untung kau amik pahala je la. Maksudnya situ kau bukan meniaga, tapi kau buat amal. Lebih baik kau meniaga kalau gitu. Untung dapat, pahala pun dapat. 


Berbalik pada kisah hari ini. (Tengok jam dah pukul 4 petang. Ada 30 minit lagi nak melanguk. Tak tau sempat tak nak duduk sini 30 minit sebab langit macam dah berat sangat dah tu). Lepas ni takde dah subjek santai. Tinggal subjek heavy-heavy je. Sepatutnya harini aku boleh bergembira, sebab 3 subjek dah settle. Antara 3 subjek ni, 1 subjek je yang ada final exam. Tapi aku tak happy.


Pertama, bahasa arab. Aku sangkakan subjek bahasa adalah fun. Tapi tidak pada arab rupanya. Aku tak nak salahkan lecturer atau silibus atau program atau sistem pemarkahan sebab aku rasa semuanya main peranan. Malas nak cerita banyak tapi sejujurnya aku kurang gembira dengan outcome subjek ni. Final assessment aku pun aku kurang puas hati. Yes, i did my best on that short time. But i can do better. That things that i submitted this morning, really doesn't show my full effort. But within limited time, energy and resources, i have to admit that that was THE BEST RESULT that we can produced. Itu je yang mampu aku cakap. Kalau puan tak puas hati or anything, there's nothing i can do about it. That's all we can produced. I knew we cannot complain. Bukan sesapa paksa orang tua-tua ni sambung belajar. Tak de sesapa paksa bini beranak pinak ni sambung belajar. Pilihan sendiri kan. So, i don't want to complain. But i have to say, that is the best effort we can give in after considering our situation and condition. 


Kedua, ......


Alaa... Tak sempat lah nak tulis sebab aku baru teringat kelas start pukul 4.15 bukan nya 4.30. Kuliah terakhir sebelum study week. Jadi aku pergi dulu lah ye. Da daaa! 


tepi padang, menunggu kelas seterusnya


Mini celebration sempena tamatnya 2 subjek. Makan sorang-sorang.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)