Main katun katun

Ada satu kisah lucu yang nak aku kongsi dengan semua. Kejadian ni berlaku semasa aku bekerja part time di kedai kek mak aku. Hari itu merupakan 2 hari sebelum hari raya cina. 


Sepasang warga emas masuk ke dalam kedai. Aku rasa laa warga emas, sebab yang lelaki agak tua umurnya. Tapi yang wanita tu tidak la tua mana, aku kira mungkin dalam lewat 30 kut! Eh, 30 belum warga emas lagi kan? Hahaha! Mereka meng-usha kek di dalam chiller sambil berbual sesama mereka. Aku pon serba salah nak masuk campur sebab kemain rancaknya mereka berbual sampai macam tak nampak aku kat sebelah tu cuba nak layan diorang. Aku rasa kalau aku korek hidung pon diorang tak perasan punya lah. Tapi aku tidak lah segila itu nak korek hidung di khalayak ramai. 


Tidak lama kemudian, pakcik tua pandang aku dan mula bersuara, " eh kau ni orang melayu ke hapa?" 



Eh? Aku terkedu. Keliru campur dengan pelbagai perasaan. Dalam hati aku sentap wei!!! Aku tau lah muka aku macam indon! So what? Dia ingat aku maid ke kat sini? Ataupon dia ingat aku warga myanmar ke? Serius aku dalam hati dok pikir dia ingat aku indon. Sebab bukan kali pertama hokey aku kena macam ni, tapi tak pernah la lagi orang tanya depan-depan terang-terang macam ni! Marah nih! Marah!! 


Tapi aku jawab dengan cool, "saya orang melayu la pakcik, apa pakcik ingat saya orang apa?" Muka aku control, paksa diri untuk senyum. (Tapi dalam hati memang dah sentap makan dalam gile lah!) 


"Ehhhh kau ni buat katun pulak! Apa kau ingat aku apa? Buat melawak pulak!!"

Eh makin aku keliru tau! Apa benda pakcik ni cakap??? Apa katun katun ni? Amende katun???! Blurrr hokeh!

"Aku nak tau, kau ni orang apa? Melayu ke cina ke... Bos kau melayu ke cina? Ni kedai cina ke melayu!!" Nada pakcik tu macam nak mengamuk.

Belum sempat aku nak menjawab, wanita sebelah pakcik tu membalas, "sebenarnya nak tau kedai ni buka x hari raya cina nanti"

Laaaaahaiiiiii..... 

Ape ke la susah sangat nak tanya aku orang apa, tanya je la direct kedai buka ke tak raya cina nanti! Susah ke nak tanya direct? Yang tanya aku orang apa kenapa? Tak pasal aku dah pikir macam-macam. Tak pasal aku sentap pagi-pagi. Tak pasal aku ingat pakcik tu sangka aku orang indon. 


Kalau kedai nak buka hari raya cina, dia buka aje. Kedai cina pon ada yang buka kedai pada hari raya cina (tapi tak ramai lah), kedai melayu pon tutup raya cina (kebanyakannya lah). Jadi tak kena mengena aku orang cina ke melayu ke. Kalau nak buka, buka lah. Kalau nak tutup, tutup lah. Kalau aku kata aku orang melayu pon, tu bukan jaminan bahawa kedai kek tu akan buka hari raya cina nanti. (Tapi kedai mak aku buka masa hari raya cina haritu)


Patutnya aku jawab aku ni orang cina. Cuba tengok dia panggil aku katun ke tak. Mesti dia gosok-gosok mata pastu melopong nengok aku atas bawah. 


Ada muka indon tak? Ada? Ada? Kau jangan buat katun eh!!!!

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Cerita Hantu asrama lagi (mimpi berdarah)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.