Bawa bekal untuk jimat kos


Lantaran kos sara hidup yang semakin meningkat, aku selaku menteri surirumah mengumumkan semua rakyat yang bekerja digalakkan membawa bekal ke tempat kerja. 


Agak-agak apa reaksi yang bakal diterima?

1. Cadangan disambut baik. 
Majikan terlibat semua buat kempen besar-besaran siap tempah banner gantung kat kantin "jom makan bekal sendiri". Orang kantin pon bengkek je tengok, cukup bulan kantin pun tutup sebab tak laku dah lauk pauk nya. Masyuk bisnes laki aku sebab semua majikan nak tempah banner kombo dengan bunting pada harga istimewa kat kedai dia bersempena menyokong usaha baik aku selaku menteri.


2. Strategi diteliti dan ditafsir.
Lantaran fenomena majikan yang secara anehnya menyokong secara penuh cadangan aku, maka muncul golongan researcher yang membongkar agenda sebenar aku. Golongan ini mendapati 30% jabatan kerajaan di Malaysia menempah banner di kedai laki aku. Maka laki aku telah di tuduh kroni. Current account laki aku di Maybank telah dicuri dan didedahkan di laman media sosial. Gambar-gambar aku bersama laki aku tersebar luas. Aku mengambil keputusan berdian diri dan membiarkan peguam dan polis menjalankan siasatan. 


3. Sementara itu, golongan ibu-ibu dan isteri menyambut baik cadangan aku. Maka makin ramai lah wanita berpusu-pusu ke pasar selepas office hour untuk membeli bahan mentah untuk masak dan dibuat bekal untuk anak dan suami tercinta. Senyum lebar apek jual sayur kerana kini sayuran semua habis terjual. Ikan udang tak payah cakap lah, siap berkungfu makcik-makcik tu sebab tak nak kehabisan. Waaah peniaga pasar manyak senyummm wooo!


4. Di FB pula? FB ad penuh dengan online seller jual tupperware derrr.... Scroll nampak tupperware, scroll lagi tupperware, scroll lagi tupperware lagi, scroll bawah lagi... Eh... Apple lady pon ado? Tak lama lepas tu, avon pon promo besar besaran dia punya bekas BPA Free. Garu kepala agen double stemcell sebab collagen dan stemcell dah tak trend dah. Produk Harum Malam sekarang didatangkan dalam pek khas di mana pembeli akan mendapat percuma bekas makanan comel! Kemudian muncul jenama baru menjual bekas plastik, namanya Bekasware. Punyalah gempak sampai tenggelam sekejap tupperware. Tapi tak lama lepas tu, Mazidul bongkar bahawasanya jenama Bekasware tidak mendapat status halal dari jabatan agama islam Malaysia dan founder Bekasware adalah bernama Muthusammy bukan beragama islam. Pastu paham-paham la apa jadi kemudian....


5. Kerana kes Bekasware yang hangat, tenggelam kes laki aku yang dituduh kroni menteri surirumah. Kes itu lapuk ditelan zaman.


Nasib baik bukan laki aku founder Bekasware. Kalau tak memang confirm cadangan aku menggalak pekerja membawa bekal dikata mengkayakan kroni dan untuk bagi tembolok laki aku kenyang. 


Akhirnya, cadangan agar pekerja membawa bekal demi mengurang kos sara hidup tinggal sendu. Mak-mak dan isteri-isteri pon takat hangat-hangat taik ayam je. Seminggu dua tahan la, lepas tu... Tupperware entah ke mana, dapur pun berabuk. Kantin semakin sesak. Senyum lebar peniaga kantin bangsa Madura itu. Apek di pasar kembali garu kepala yang botak. Online seller kembali menjual collagen, ubat kurus, ubat putih, ubat gebu dan semacam ubat lagi. 


Maka kembalilah negaraku seperti asalnya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. 


Sekian.



Kisah ini hanya ciptaan dan imaginasi penulis. Tiada niat untuk menyindir atau bagi sesiapa sentap. Kalau nak tersentap juga, tu bukan masalah aku, sebab seorang sifu berkata pada aku, 

"Orang yang menang adalah orang yang berjaya mengawal emosinya" 


Peace yolll~~!!!


Akhir kata, marilah kita sama-sama mencuba untuk membawa bekal ke tempat kerja. Walaupun aku realitinya bukan lah menteri, tapi aku nak usulkan jugak. Tak kira!! 


Aku google bekal, gambar ni yang keluar. Ah! Lantaklah! Bekal la kot ni hahahhaha

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)