Opportunity cost

Sejak aku bergelar "pelajar" semula (walaupon bukanlah full time student pon, malahan dipanggil pelajar "matang" pula) banyak berkara yang aku terpaksa korbankan lantaran terpaksa membuat pilihan antara tanggungjawab sebagai pelajar dan lain-lain. Antara perkara yang aku terlepas tahun lepas adalah:

1. Beberapa catshow 
Sangat sadis kerana terpaksa menahan jeles melihat gambar-gambar rakan se-hobi bergumbira di catshow bersama hadiah yang dimenangi dan kucing masing-masing.


2. Majlis resepsi adik aku
Lagi sadis. Wedding adik aku belah perempuan aku x dapat sertai sebab betul-betul habis nikah aku bersama husband shoot balik klang sebab esoknya aku ada test @__@


3. Percutian keluarga di Bukit Merah Lake Town Resort.
Walaupon tidaklah terkilan mana tapi agak terasa juga kehilangannya kerana ia antara acara keluarga. Aku miss juga sebab masa tu berada di Klang, ada kuliah.


4. Majlis menyambut menantu adik aku
Paling sadis. Resepsi belah keluarga kami (majlis menyambut menantu) pon aku tak ada sebab aku dan suami ada final exam.


5. Ahad
Ya, ini memang lah redha se redha redha nya. Terpaksa korbankan hari ahad yang indah untuk menghadiri kuliah dari jam 8 pagi hingga 6 petang. No more snuggle snuggle dalam selimut di hari minggu.


6. Early bedtime
Ini pon redha lama dah. Setiap malam pon kena provide masa untuk buka buku, check i-class LMS, siapkan assignment, studi studi dan studi. Bukannya boleh start awal malam, mesti kena start after settle urus anak, anak2 bulus, mengemas apa yang patut segala. Nah, lepas isya' baru mula buka buku, kadang kala berlarutan sampai 2 ke 3 pagi kalau dah syok sangat buat kerja. Apa nak buat, saya memang kaki buku, gila studi.


Gitu lah. Kehidupan aku sebagai pelajar "tua" ni. Umur macam aku ni, nak cari kerja baru pon bukan laku lagi pon. Mungkin employer rasa aku dah tak valid kot masuk semula dalam labor force. Ini lah dilema wanita yang dah lama take a break from work and out from our job for few years. Bukan kerana tiada kelayakan, tapi mereka prefer fresh graduate yang muda mudi dengan salary pon rendah lagi. Either aku over qualified, atau tak match dengan qualification aku. 


Tapi di sudut hati, aku ingin juga kerja yang lain dari yang lain. Lain dari pengalaman kerja aku yang sebelum-sebelum ini. Aku nak kerja yang aku beh praktis apa yang aku belajar di dalam kelas. Agak-agak boleh dapat ke tidak? 


Tunggu...


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.