Mencari psychologist untuk membantu aku

There were so many things that i hate about myself when i was young (sekarang pon young juga tapi almost 3 series so segan nak mengaku young sangat. Young di sini merujuk zaman kanak-kanak sehingga usia remaja. To be exact, masa sekolah rendah dan sekolah menengah). Well, where should i start?


Peristiwa 1

Amali solat di surau. Waktu itu hari jumaat jadi lelaki semua sembahyang jumaat. Yang budak perempuan buat amali solat. Gabung semua girls tahap 2. Surau tidaklah besar mana, jadi berhimpit juga lah jadinya. Kebetulan belakang saf ku kakak darjah 6. This is the 1st assoult i had that i remember until now. Kakak tu cakap, "eh gemuk, hodoh la kau ni. kau tu dah la gemuk, kang aku ruqu' cium bontot kau. Dah la bontot besar, x muat aku nak sujud lah" buat pertama kali nya aku sedar bontot ku besar dan sejak hari itu, aku tiada keyakinan dan sangat rasa rendah diri. Kalau di ikutkan, aku tidak lah segemuk mana. Tapi kuasa ayat yang teruk berjaya mengubah minda aku dari tiada apa kepada negatif.


Peristiwa 2.

Aku mempunyai seorang kawan yang aku kira sangat cantik semasa zaman sekolah dahulu. Buktinya, tiap kali kami lalu, mesti budak lelaki berbaris sambil menegur-negur dan bersuit-suit. Aku yakin mereka bukan merujuk pada aku. Kenapa? Sebab aku kan gemuk, bontot besar dan hodoh. X mungkin aku. Kadang kala, budak-budak lelaki suka kacau aku juga, tapi x sama cara kacau nya dengan kawanku. Ayat nya lebih berbaur sindiran dan sentiasa diakhiri dengan ketawa terbahak-bahak. Dipendekkan cerita, senior lelaki tu semua buat konon-konon mengurat aku, tapi ayat mereka sangat makan dalam seperti, "eh yg sebelah tu pon comel lah...pipi tembam, badan tembam..." Dan diakhiri dengan derai tawa bersahut sahutan. Sejak itu aku bencikan lelaki. Lelaki semua sama. Bagi aku kalau lelaki buat baik pada kita or puji-puji kita sebenarnya nak mengampu, nak guna kita. Sebab aku pon selalu di suruh siapkan itu ini oleh budak kelas. Tapi sebelum dia suruh aku buat, mesti budak laki tu akan cakap, "dayah.. Dayah baik la, dayah comel la.." Meluat aku dengar. 


Peristiwa 3.

Aktiviti sekolah yang paling aku benci adalah sukan sekolah. Kenapa? Sebab aku terpaksa lari 100 meter, 200 meter di hadapan budak laki-laki. Tak paham aku kenapa di wajibkan semua lari. Tengok pon tahu kan yang aku takkan dapat bagi point untuk rumah sukan pon. Whats the point suruh aku lari jugak? Untuk jadi bahan tawa?? Bila lalu je depan budak laki, konfirm kena bahan, kena gelak, kena ejek. I hate it.


Peristiwa 4

Masa kelas bahasa inggeris. Cikgu inggeris tanya satu soalan, aku tahu jawapannya, jadi aku angkat tangan. Aku duduk betul-betul di hadapan cikgu. Tahu apa cikgu buat? Dia buat-buat tak nampak aku, lantas terus memalingkan muka ke arah pelajar di tepi dan menyuruh pelajar favourite nya menjawab soalan itu. Kalau sekali aku boleh terima dia x perasan, tapi kalau tiap kali aku angkat tangan dia tak pernah perasan? Cikgu yang sama itu juga lah yang mengeluarkan aku dari kumpulan koir sedangkan hari pertandingan adalah esoknya. Bayangkan, full rehersal dia boleh datang dan kick me out. Cikgu muzik pon terpinga-pinga tak paham apa. 


Out of all this, i tell you, masa tu i never drop a single tear. Pernah dengar orang cakap apa yang terjadi zaman kanak-kanak membentuk diri manusia? Well, thats me. I never cried but i become anti-social. And i also created my own imaginary world, and i hate myself bit by bit. I never trust boys, in fact i hate boys. I become passive. I am a kids with no confident about myself. 


Sesiapa yang kenal aku masa sekolah akan rasa aku ni wierd, taknak bergaul, macam sombong, taknak berkawan. Aku nampak semua orang sama je. Dan aku benci diri sendiri. Kenapa orang lain lawa aku x lawa? Kawan-kawan aku putih aku hitam? Kenapa diorg gunakan aku? Kenapa budak laki suka kacau aku?


Then i came into stage where i start cried every night before sleep. Yes. I cried every single night before sleep. And i still have and live in my imaginary world that i created. Masa camping team building akhir tahun, ada program yang dinamakan 'badi'. Obviously dari perkataan buddy la kot. Kita kena hidup in pair dalam hutan. Segala benda kena bersama buddy kita tu x boleh berpisah. Then suatu malam, kita disuruh untuk face to face buddy kita dan bagitahu apa yg kita nampak dari mata buddy kita tu. Tau apa buddy aku cakap? Dia kata aku sunyi dan sedih. Tersentak aku. Mana dia tau? Dia kata dia tengok mata aku dia nampak aku macam lost. Aku speachless terus sebab betul apa yang dia cakap tu. Tapi aku act cool je lah masa tu. Nak react apa lagi kan...


Tak sangka, jadi juga orang aku ni. Ever since aku dewasa ni, aku tidak lagi menangis sebelum tidur, dan dah lama sangat aku tinggalkan imaginary world ku itu. Cuma lately.....


Lately my imaginary world come back. And i start crying before sleep again. I think its a mental problem. Something related with some disorder or mental la kot....or maybe its related with my past ke apa ke... Shud i seek for help? 

Comments

well.. aku rasa jugak benda mcm gini masa sek dulu.. lagi la kena kutuk la apa lah.. tp aku anggap that boy tgh cr attention sj. nyanyi sorang2.. yg blkg tu suara latar...

kalau ingat blk mmg sedeh babe.. tp maybe self-confidence aku lain sket.. sbb aku blh lalu dpn depa dgn menganggap n visualize depa tu tembok kosong yg tak bermakna dlm hidup aku.

after all, kalau memories ni dtg semula u should forgive n forget . past is past.. and well jadi org jugak da ko. benda yg yg lalu tu cuma secebis sj dr puzzle hidup. byk kan istigfar bila teringat, n bacalah al-quran utk menenangkan hati dan fikiran..

advice for u and of coz for ME laaa :)
Anonymous said…
tak semua rasa pengalaman kecil yg penuh riang. dalam diam mesti ada terselit kisah duka yg mana ianya memberi kesan psikologi sampailah kita membesar. tapi adakalanya, impak yang negatif tu akan beri kesan positif bila kita dah besar tanpa kita sedari. we learn to ignore what we hate the most. we become strong in that sense. we try not be involved in such situation anymore. tapi, bila kita kembali pada situasi yg sama walau berbeza cerita, kita akan drop balik. lepas tu kisah2 lama pun datang kembali menghantui. the past is haunting back. learn to ignore & avoid being 'alone'. nanti teringat balik and we look down on ourself tanpa kita di sedari. busy kan diri dengan aktiviti yang boleh bawa impak positif or something yg boleh buat kita fikir balik dan bersyukur yg situasi kita ni jauh lebih baik dari org yg hidup dia gelandangan, ada yg takde tempat bergantung, yg jadi mangsa buli sampai ada yg commit suicide pun ada. banyakkan zikir & baca quran. time2 sedih mcm ni byk bisikan halus suruh kita buat benda x betul and we know 'who' that is. surround yourself with positive people. kita lah yang kena brainwash balik minda kita ni supaya dia halau perkara2 yg negatif ni. talk to someone if u feel ia sesuatu yg mampu melegakan fikiran. this is something that i do if myself berada dalam situasi yg sama. mmg normally i look down myself. rasa malu, rasa marah, rasa mcm x best. rasa mcm2 lah yg negatif. lepas tu efek kat org lain pulak. rasa org yg dekat ngan kita xsayang kita lg dah. rasa kurang diberi perhatian. kita jd terlebih sensitif. but that's me lah. hihi.. i'm just sharing what i've been through dan so far kalau nak keluar dr situasi mcmni mmg kena cari perkara2 positif to at east neutralize that feeling. lepas tu rasa lega. rasa macam 'recharge' blk org kata tu. :)moga hida berjaya lalui situasi ni, insha Allah.

farah
Anonymous said…
Sy pon sama macam ni . Kdg2 rasa taknak hadap je hr esok . Evry night nangis nape aku xmcm org lain nape aku camni . Sy slalu taknak pegi skolah sb cikgu2 sebegini . Cikgu pompuan laki ke semua sama . Sy slalu brangan nk jugak cantik nk jugak putih . Sy slalu duk stalk mrk2 yg cantik nape aku xmcm diorg . Rasa rendah diri sgt2 . In this 2 years memg sy xbekawan pn n always alone . This is mental too ? :'(
Anonymous said…
It happened to me too :((

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.