Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.
Konvo. Kalau sebut konvo, rata-rata student memang excited dan tak sabar nak ber konvo. Konvo merupakan satu simbolik bahawa pelajar itu telah tamat pengajian. Konvo ini bagi sesetengah orang, bagaikan satu check point penting dalam hidup. Ia boleh jadi sebagai satu sasaran atau target dalam hidup. Ada yang meletakkan sasaran "mahu konvo dengan first class honours". Bagi pelajar UiTM, ada juga yang meletakkan sasaran "mahu konvo dengan selempang pink". Boleh dikatakan kalau dapat pakai selempang pink tu merupakan pencapaian yang hebat lah bagi pelajar UiTM. Menjelang hari konvo, masing-masing memang tak sabar dan excited nak berkonvo. Tempah baju baru, beli kasut baru, tudung baru, dan booking hotel untuk keluarga yang akan hadir merai. Bagi majoriti pelajar Malaysia, majlis konvokesyen memang satu big deal bagi mereka, termasuklah aku sebelum ini. Sehinggakan ke saat akhir aku masih berharap aku boleh balik Malaysia untuk menghadiri majlis konvokesyen aku ...
Comments