Avillion premium water chalet, Port Dickson

Avillion premium water chalet, namanya pon dah menggambarkan kemewahan dalam suasana tropikal, dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa, pantai yang bersih lagi putih, dedaunan yang hijau nan nyaman, di pesisiran pantai Port Dickson yang tenang dan damai.





Di Avillion, kepuasan pengunjung merupakan perkara yang dititik beratkan. Suasana tropikal diadaptasi sebaik mungkin dengan menyediakan suasana yang damai lagi tenang. Penyampaian konsepnya ringkas, namun diperincikan dengan detail-detail yang mengukuhkan lagi konsep yang dibawa. Ruangan dalam bilik juga sangat ringkat namun bikin membuatkan si pengunjung termimpi-mimpi, bagaikan di syurga tropika! 






Avillion bukan sahaja perfect for honeymoon, tapi children's friendly. Facilities untuk kanak-kanak seperti pool kanak-kanak, playground, kids activities room ternyata membuatkan anak anda tidak mahu pulang ke rumah. Namun di samping menitikberatkan kegembiraan anak anda, kedamaian suasana memberi peluang kepada ibu bapa untuk lari seketika dari hiruk pikuk kota metropolitan. Sebuah pool dewasa juga dibuat berasingan untuk pengunjung dewasa yang menginginkan kedamaian sambil membaca buku di tepi kolam dan sekali sekala berenang beberapa laps tanpa gangguan haru biru kanak-kanak.







Ternyata matlamat Avillion kearah customer's satisfaction sangat menjadi! Malah saya yang telah pulang ke rumah terbayang-bayang lagi suasana di Avillion. Pasti ku datang lagi tidak lama lagi. 


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu