Rokok naik harga.

Macam biasa, apa-apa benda yang naik harga mesti rakyat mengamuk punya, termasuklah rokok.

Dalam kes rokok ni, naik salah tak naik pon salah. Mari kita tinjau apa kata orang ramai;

1. Naik 30 sen? apasal tak haramkan je terus?

2. Alahai... naik 30 sen je... tak de efek pon kat perokok tegar tu. Hari2 tetap kena beli jugak

3. Kejam gile kerajaan sekarang. Yang miskin makin miskin, yang kaya makin kaya. Sapa yang kaya? tu laaa yg ada share dalam kilang rokok tu. Kaya sebab makan duit orang miskin. Tuihhh!

4. Alah, kerajaan tak serius. Kalau serius baik dia haram kan je terus penjualan rokok. Ni dah sah-sah nak kaut untung lebih

5. BN punya kerja lah ni. BN = barang naik.


Kelakar betul komen-komen orang dalam fb ni. Masing-masing bila berkomen, terserlah segala sifat
dalaman. Kadang-kadang bila kita baca komen, kita tengok profile picture. Baca balik komen, tengok balik profile picture, baca balik, tengok lagi profile picture. Paham tak? Tak tally! Gambar ya allah, lindungan kaabah! suci murni, bersih, indah alhamdulillah. Tapi komen..... masyaallah!! Sikit pon tak menggambarkan keindahan yang terlukis pada gambar.

Berbalik pada isu rokok,

1. Sebenarnya, dah haram pon rokok tu. Majlis fatwa dah keluarkan hukum dah. Tak ikut pon? Pandai pulak cari hujah nak mengatakan hukum tu tak kuat. Dah tu nak macam mana lagi? Haram dalam agama lagi kuat dari haram dalam undang-undang der.... tak ikut pon??

2. Memang. Sampai bila-bila pon perokok tegar tetap akan beli selagi dia tak insaf dan cegal untuk berhenti. Tapi dengan kenaikan 30 sen ini, di harap perokok yang tak berapa nak tegar dan tak berapa nak berduit tu akan tertekan dan tersepit dengan keadaan dan akhirnya memilih untuk berhenti. Bukan apa, tapi majoriti perokok ni adalah golongan middle, lower middle dan low economy level. (wei, orang yang hidup luar biasa dan berjaya tak hisap rokok bro! sebab golongan yang berjaya sangat menghargai kesihatan)

3. Oh... sebenarnya kau yang kejam dengan diri kau. Pertamanya, dah sah-sah rokok tu haram, kau hisap jugak. Free free dapat dosa dah. Lepas tu kau sendiri rosakkan diri kau dengan memasukkan benda-benda kotor dalam badan kau. Last sekali kau salah kan dan tuduh orang lain pulak atas kesempitan kau. Teruk tak kau? Teruk gile. Gile pon tak teruk macam tu. Nanti satu hari nanti kau kena cancer paru-paru (contoh, bukan mendoakan), kau tak cukup duit nak buat treatment, kau salahkan lagi kerajaan, negara, menteri, takdir... pendek kata kau salah kan sapa? Jaga-jaga bila menunding jari kesana-sini. Jangan sampai anda menunding ke takdir, bermakna anda menyalahkan ketentuan tuhan!

4. Isu yang sama. Sebenarnya dah haramkan dah pon, tapi orang tutup sebelah mata je. Kalau nak kaut untung lebih, baik kerajaan jual murah-murah je rokok, biar semua orang mampu beli rokok. Biar remaja pon mampu beli rokok, biar suami-suami dan bapa-bapa boleh beli rokok berkodi-kodi simpan dalam almari. Haa... itu baru untung manyak maaa....! Dah kata lelaki malaysia ni boleh bilang dengan jari kot yang tak merokok. Dalam 10 adalah 2 orang tak merokok. 8 lagi isap rokok. waaaa untung besar woo! market luas gile!

5. Ni malas nk ulas. Manusia yang begini, memang tak akan terima apa pon hujah. Dia sudah set dia punya motherboard, lepas tu siap buat protection paling hardcore dan private kan setting, bila ada anasir yang tidak kena dengan format asal, automatik akan di delete dan dibuang keseluruhnya tanpa any consideration. Buang masa cakap sama ini orang. Dia akan cakap apa sahaja yang dia nak cakap. Ikut sedap mulut je (eh, jari)


Kesimpulannya,

Berhenti aje lah dari merokok. Habis cerita. Tak payah risau harga naik ka turun ka, haram ka halal ka. Betul kan?

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Persekolahan anak di Australia (part 1: yuran sekolah)

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti taska anak-anak

Road to Melbourne. Episode 1: Application to study Master

bon voyage!!