Kehilangan

Sebenarnya aku perhatikan keyword yang paling popular dalam capaian ke blog aku adalah cerita hantu. Apekah? Walhal, aku pernah sekali sahaja menulis tentang cerita hantu. Mungkin satu hari nanti aku akan cuba bercerita tentang kisah hantu lagi. Sebenarnya aku tak banyak pengalaman encounter dengan makhluk halus ni. Jadi nak cerita macam mana, kan?

Hari ini aku terasa sangat letih. Letih fizikal dan mental. Baru sahaja selesai menggali lubang menanam 3 ekor baby kitten. 3 ekor dalam satu pagi. memang sangat memeritkan dan pahit rasanya. Walaupon aku tak pernah makan hempedu, tapi aku rasa pahitnya ini lebih pahit dari hempedu (agaknya bagaimana rasa hempedu ya?)

Anak Unona, 3 ekor tak dapat diselamatkan. Seekor telah kejung bila aku bangun pagi tadi. Seekor lagi sedang nazak dan lemah. badan pon dah mulai sejuk, cuma masih bernafas lemah. Aku peluk dan cuba panaskan badan dia. Dalam genggaman tangan aku sikecil itu mati. Aku menangis semahunya.

Kemudian aku periksa 3 ekor lagi di dalam bakul. Seekor sedang lemah, menunjukkan simptom yang sama. Mulut mulai berair. Nafas seperti sukar. Bernafas melalui mulut. Dalam mulut mulai berair. Aku cuba sedayanya menyedut air itu tapi ia seperti tidak mau habis. Sah, air/lendir itu dari paru-paru. Seperti nasib sikecil tadi, yang ini pon mati di dalam tapak tangan aku. Sekali lagi aku menangis semahunya.

Dalam pada itu aku redha kerana tuhan telah menamatkan penyeksaan terhadap si kecil itu. Aku tahu dia tersiksa. Susah bernafas. Dada penuh lendir.

Namun aku tetap terkilan. Terkilan kerana gagal menyelamatkan mereka. Bisikan syaitan menyeru-nyeru ke dalam kepala bahawa ini semua salah ku. Aku yang salah. Tuhan tidak adil. Mengapa ambil nyawa si kecil ini? mengapa beri dan kemudian ambil semula sesuka hati?

Astaghfirullah!!!!!! Aku beristighfar banyak kali. Aku mengucap banyak kali. Ya Allah!!! Sesungguhnya ini adalah ketentuannya. Pasti ada hikmah dan pengajaran di sebalik apa yang terjadi. Berdosa jika aku menyalahkan hukum dan takdir Allah!!!

Terasa ingin bersolat dan memohon keampunan Allah. Terasa ingin bersujud kepada-Nya dan meluahkan segalanya. Terasa begitu ingin ku menadah tangan kepada-Nya, agar diselamatkan 2 ekor lagi itu. Ya Allah!!!!! dengar lah bisikan hatiku ini... (aku cuti uzur. sedihnyaaa)

Sebenarnya ini bukan kali pertama aku merasai kehilangan. Sebelum ini pon pernah. Sakitnya tetap sama. Walaupon orang kata, kalau dah selalu alami nanti dah biasa, dah lali.... tapi tidak! kehilangan tidak pernah perkara yang lali. Tidak pernah biasa. Kehilangan tetap perit.

Mereka semua adalah seperti anak-anak ku. Maka... bermakna.... Selama ini.. telah 6 anakku kembali kepadanya...

dan tidak pernah kehilangan itu sesuatu yang biasa dan lali.

Sentiasa pahit dan perit.

Sentiasa terguris di hati, terkesan di jiwa.



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.