Randomness. Halal haram, shariah non-shariah compliant


1. Orang sibuk share kenyataan majlis fatwa selangor bahawa ASB tu hukumnya HARAM (walaupon majlis fatwa kebangsaan kata HARUS). Biasalah bila benda haram ni memang umat kita ni sensitif. Hukum harus dengan haram, baik ikut yang haram untuk selamat. 

2. TAPI sedar tak mereka bahawa sebenarnya rokok pon hukumnya HARAM? Eh, tiba-tiba perokok (yang tadi sibuk share artikel pasal ASB haram) kata, ohhhh... Tu hukum tu tak kukuh.... Majlis fatwa x keluar kenyataan haram pon.. Eh???!

3. Dengan bangga tiba-tiba dia kata dia melabur di TH sahaja. eh... Macam orang lain x melabur kat tabung haji. Kononnya duit dia HALAL TOIBAH le.. X de hasil dari ASB.

4. TAPI masa yang sama buat loan kenderaan kat Maybank. Derrr.... Maybank dah sah-sah non-syariah compliant. Dan hire-purchase agreement kau tu under conventional HP agreement. Makna? Maknanya interest-based instrument derr. Ko bayar interest hire purchase tiap2 bulan kan. Hukumnya sama macam ASB tadi. Tak kira lah ko dapat ke ko bagi. Sama je hukumnya riba.

5. ASB itu non-shariah compliant atas sebab pelaburan kewangan mereka (capital investment/ duit yg korg labur tu di laburkan) adalah paling tinggi di Malayan Banking. Malayan Banking adalah conventional bank, yakni bank yang menjalankan interest-based system (riba). Sebab itu ASB tidak dapat shariah-compliant. Anda pula, selaku pelabur, tidak terlibat langsung dengan urusan pelaburan yang dijalankan oleh ASB. Anda cuma capital provider/investor yang melabur dalam ASB.

6. Hire purchase atau mana2 loan under conventional bank pula, anda, secara direct (terus) berurusan dengan bank dan bersetuju dengan agreement yang berlandaskan riba. 2 pihak, setuju dengan perjanjian riba. Urusniaga tersebut anda yang buat. Secara terus dan jelas. Nampak?

7. Rokok juga sama dengan alkohol. Tak dapat shariah-compliant. Kalau ikut situasi ASB tadi, non-syariah compliant bermakna haram kan? Bermakna rokok pon haram le.

8. Cuma yang membezakan rokok dengan ASB adalah keperluan (neccessity).  Atas faktor itulah, Majlis fatwa jatuhkan hukum HARUS pada ASB, tapi tidak pada rokok. Tidak ada keperluan untuk masyarakat agar terus merokok, tapi kerana tidak semua mampu untuk melabur ke pelaburan yang shariah-compliant dan pelaburan berlandaskan syarak juga tidak banyak dan tidak menyeluruh untuk semua golongan masyarakat, maka diharuskan untuk melabur dengan ASB selagi tiada pilihan. (kalau mampu masuk public mutual keluarkan lah duit ASB tu, masuk public mutual. Tak pon, tunggu gov. issue another amanah saham yang shariah-compliant)

9. Lagi urusniaga yang tidak mendapat shariah-compliant adalah perniagaan berkaitan hiburan ( media prima, astro, dan seangkatan le), serta perniagaan berkaitan perhotelan, resort dan seangkatan. 

10. Perniagaan berasaskan perjudian dah terang-terang lah haram. Tak payah lah tanya Genting, Berjaya semua tu shariah compliant ke tak ( sekadar menyebut beberapa nama)

11. Mix company yang menjalankan pelbagai jenis cabang perniagaan (halal dan haram) tidak semestinya terus non shariah-compliant. Ada quantitative approach yang diguna pakai oleh majlis penasihat shariah untuk menentukan mix company itu shariah-compliant atau tidak. 

12. Untuk kepastian, boleh check senarai syarikat2 yang patuh shariah ini. http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_121130.pdf
Buat pengetahuan, majlis penasihat ini bersidang 2 kali setahun. Bermakna, senarai baru akan keluar setiap 6 bulan. 

13. Entry ini sepatutnya random, tapi dah jadi macam sangat khusus dan serius. 

14. Cukuplah saya berlagak pandai hari ini ( walaupon...... *malu nak cakap* belajar pon belum habis)

15. Hanya randomness dalam kepala saya sahaja. 


Sekian terima kasih.

Comments

Ely Nabilah said…
Salam sis , sis ni unit trust ke ? Bgus lap restating sis.
Ely Nabilah said…
BAGUS la sis punyer penerangan .
Anonymous said…
Ada khilaf 2 kumpulan dalam hal ASB. Di peringkat kebangsaan dan peringkat negri. Yang satu mengambil jalan selamat dan menghukum haram manakala satu lagi mengambil jalan "berani" dengan menghukum harus. Suruhanjaya sekuriti hanya bolih memberi keputusan mengikut kaedah dan garis panduan yang ditetapkan. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negri perlu melihat dengan mata yang lebih menyeluruh untuk kepentingan rakyat Islam keseluruhan nya.
Sebagai rakyat dan pengamal agama, bila ada khilaf antara dua pendapat dari ulama dari dua badan fatwa, kita bolih memilih antara dua pendapat kerana ilmu kita yang awam tidak sebaik dan se detail para ilmuan kita.
Pendapat yang mengharuskan ASB mungkin kerana ASB masih bolih di beri peluang untuk jadi syariah compliant dan dengan itu manafaatnya masih bolih di raih olih umat Islam negara ini. Kita memang tahu orang Melayu Islam masih jauh kebelakang dari segi ilmu perniagaan, ekonomi dan pelaburan.
Bila Bumiputra terpaksa keluarkan pelaburan mereka dan tidak ada usaha terancang mengembeling modal ini, ramai yang akan jadi mangsa. Umpama kambing seekor seekor yang sesat, memang mudah di baham harimau dan serigala.
Yang paling penting ia lah pihak majlis mesti lah bersungguh dalam memastikan ASB mencapai compliant dalam time frame yang diberikan dan ASB mesti serious dalam usaha untuk mencapai compliant dan data kemajuan compliant mestilah dipaparkan kepada pelabur dengan sejelasnya supaya pelabur dapat membuat keputusan yang tepat.
Sedikit tentang bank Islamic compliant, conventional dan riba. Kita dapati bahawa banyak bank yang melaksanakan Islamic banking mengambil keuntungan jauh lebih tinggi conventional banking. Cuba bandingkan pinjaman perumahan kita atau pinjaman kereta kita. Ini tak sepatutnya berlaku kerana tujuan utama pemansuhan riba adalah supaya peminjam tidak teraniaya saperti yang dilakukan Along.
Kita jangan terlalu mementingkan jenama sehingga membiarkan produk Islamic lebih riba dari produk conventional.
Ini hanya pandangan individu dan harap di beri teguran jika menyimpang dari sudut agama.
hida said…
terima kasih atas satu komen yang bernas dan penuh berisi. Dan terima kasih juga kerana sudi membaca koretan di blog saya.

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu