Takut kerana tidak tahu. Takut kerana tidak faham bahasa. Atau skeptikal?

Semalam saya dan adik pergi ke pasaraya Jusco Ayer Keroh untuk membeli sedikit barang dapur. Berikut adalah barang-barang yang saya beli:

~daging lembu tempatan kiub
~siput balitong (mahal nak mampos)
~Kimchi
~instant Ramen
~misai sotong goreng tepung (tak ingat apa nama jepang nye tah).


Oleh kerana kuantiti barang tidak sampai 8 item, kami menuju ke kaunter express. Kaunter express sememangnya lengang (kerana kebanyakan orang mesti beli lebih 8 item, dan kaunter ini tak handle banyak barang, jadi pekerja kaunter agak santai) maka kakak pekerja kaunter ekpress mula meramah mesra (atau mungkin soal selidik)


kakak kaunter: ape benda ni? ni barang awak ke? (sambil tunjuk pakaging ramen)

Adik: haah, betul barang tu

kakak kaunter: makan ke benda ni? (sambil tu scan kimchi saya pula dan seraya berkata) ni pon? ape benda ni? 

saya pandang adik, adik pandang saya.

kakak kaunter tak puas hati, dia tanya lagi,

kakak kaunter : tengok barang-barang tulisan cina, tengok muka melayu. ni ape benda? Awak makan ke benda-benda cina ni?

Saya sengih gelak-gelak macam tak de perkataan nak cakap


Total damage petang itu adalah RM50. Selesai bayar terus kami menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan ke kereta, saya dan adik asyik bercerita perihal yang baru berlaku tadi.


Kesian kakak tu.. betul la orang kata, kita akan takut pada benda yang kita tak tahu.


Macam orang takut hantu. Dia takut hantu sebab dia tak tahu dan tak kenal hantu. Cuba dah biasa tengok hari-hari, mesti tak takut.


Atau orang takut beranak. Dia takut sebab dia tak tahu proses beranak tu. Dengar dari mulut ke mulut yang memang puaka.. sumpah memang takut. Sebenarnya, tak de la seteruk yang digambarkan pon.


Dalam kes ini, kakak kaunter yang aku kira, kurang pelajaran, atau katak bawah tempurung. Tak boleh salahkan dia kerana ketidak tahuan dia. Dia tahu, scan barang, amik duit, bayar baki. Itu sahaja. Disebabkan dia tidak tahu bahasa lain selain bahasa ibunda, asalkan bahasa pelik dan dia tidak faham, terus takut dan penuh skeptikal.


Di harap, manager kakak tu bagi lah tunjuk ajar sikit pada kakak tu, biar berpengetahuan sikit. Bukan nak suruh pandai mana pon, tau serba sikit sudah la... macam benda-benda bawah ni:


1 = Tulisan kat pakaging ramen tu bahasa jepang, tulisan pada botol kimchi adalah berbahasa Korea. Tak semestinya nampak bentuk-bentuk anih tu mesti bahasa cina.

2 = Tak payah nak cakap dengan nada geli la bila sebut perkataan "cina" tu. Racist sangat bunyinya~

3 = Kadang-kala, pembeli tak paham sangat jugak apa yang tertulis pada pakaging. Tapi ingredient biasanya mesti ditulis dalam bahasa yang boleh dibaca. Jadi, kalau nampak orang pakai tudung beli barang pakaging tulisan 'cina' tu, tak bermakna dia tak peduli. Pembeli tu mesti dah selidik dulu ingredient sebelum nak beli.

4 = kami paham lah kalau kat rumah kakak tu mungkin tiada astro yang menayangkan rancangan KBS world, AFC, LI dan macam-macam. Jadi mungkin dia berasa sangat anih dan tak biasa dengan menu dan makanan asing.



Oleh itu kakak, kerana kekhilafan anda, kami maafkan lah perbuatan anda itu. Tapi di harap lain kali tak perlu lah nak terjah orang sebegitu rupa. Saya paham kakak takut kerana kakak tak paham. Tapi jangan buat nada begitu pada customer ye, kurang sopan sungguh bunyinya~~


Lain kali, kalau saya beli kimchi dan ramen lagi, saya akan cari kakak. Kalau ada jodoh kita berjumpa lagi, saya akan terangkan pada kakak ingredient makanan itu sekali. Kalau kakak nak resepi dan budaya makanan korea dan jepun pon saya boleh terangkan. Saya ni, bukan lah pandai mana, nak kata pernah pergi korea dengan jepun pon belum lagi.. (satu hari nanti mungkin), tapi saya selalu menonton rancangan masakan dan travel di Astro.

Ya kakak, astro tu banyak rancangan yang bagus-bagus. Banyak ilmu kakak boleh dapat dari menonton, macam-macam negara dah saya lawati, tapi dalam TV la...Tak payah la tengok AC di mana, AC di sini tu. Raja lawak lagila, tak tengok lagi bagus. Pastu, rancangan-rancangan sampah tu semua, baik kakak berhenti menonton. Sebaiknya buka la AFC, Discovery, Living insipired... banyak benda kakak boleh belajar.


Takdelah jadi macam katak bawah tempurung di zaman information technology ni




Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.