EPISOD 2: Umrah dan ziarah 2012: Mecca al Mukarramah

Setelah sekian lama akhirnya aku ada masa nak sambung tulis blog ni.


(Sambungan dari episod 1)



Kami bergerak menaiki bas ke Mekah selepas solat Zohor dan makan tengah hari. Pagi tu, kami sempat lah untuk memasuki Raudhah buat kali terakhir. Makan tengah hari pada hari last kat Madinah ni adalah paling sedap sepanjang 14 hari kami menunaikan umrah dan ziarah =) hehehe~~


Destinasi adalah Bir 'Ali untu bermiqat.


Selesai bermiqat, dan berihram, bas bergerak menuju ke Mekah. Dijadikan cerita, mama ku x jumpa bas. Dia masuk pintu lain, dia keluar pintu lain. Manalah nak jumpa bas... huhuhu... sudahnya kami semua berpeluh-peluh mencari mama tak jumpa-jumpa, sampai delay dekat 2 jam. Berselerakan lah kami anak beranak dengan ustaz mutawif mencari mama. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Mama ku duduk dengan sorang jemaah dari rombongan Andalusia yang juga kehilangan kumpulan. Makcik tu lagi kesian, dah menangis-nangis dah sebab panik. Mama ku pulak, kerjanya memujuk makcik tu. ahaha~~ pengalaman betul.


Dalam bas, Ustaz memberi kata dua tentang ibadah Umra. Satu penerangan yang ringkas, padat dan sangat terkesan dalam hati aku. Start dari situ, mood memang dah mari. Memang tak pikir apa dah, fokus pada niat nak tunaikan umrah je lah masa tu. Lagipon aku kali pertama bakal menjejak kaki di mekah dan bakal melihat Kaabah. Jadi memang teruja + terharu + insaf yang ter amat-amat sangat lah. Pedulilah orang nak gelak ke apa masa aku dah sebak-sebak muka cembeng tu kan... hahaha~~



ni muka orang tak cembeng.. ceria je..


Sepanjang perjalanan memang nampak jalan raya, padang pasir dan batu batan je. Sampai Mekah dah malam. Terus sampai hotel, ustaz suruh makan dulu. Terus naik dewan makan. Takde selera sebenarnya, ye lah, dalam bas 6 jam kau... (lagipon dalam bas aku bawak bekal coklat twix, beli kat madinah) Perut sebu, mata ngantuk, badan macam letih.... aduh... paksa diri jugak makan sebab takut takde tenaga pulak nak bertawaf dan bersa'i kejap lagi.


Selesai makan, nombor bilik pon dah dapat. Apa lagi, terus kumpul semua beg, masuk bilik, bedebammm!!! Rasmikan katil. Tak dapat tidak, 10 minit pon jadilah, nak luruskan kaki dan menggeliat dulu sebelum solat isya'. Ustaz suruh kumpul kat depan lif dewan makan pukul 11++ malam untuk selesaikan ibadah umrah kami. Lepas tukar pakaian, pakai yang selesa sket, terus turun bersama rombongan kami.


Pergi Masjidil Haram sama-sama, ustaz tunjuk jalan. Ustaz kata, lepas ni boleh la pergi sendiri, tak perlu lah berkumpul tiap waktu solat untuk pergi masjid.


Dari kejauhan, aku nampak cahaya yang sangat terang dan berkilauan. Makin hampir, makin jelas kelihatan senibina itu. Masyaallah besarnya!! Itulah dia Masjidil Haram yang kalau aku nak explain perasaan aku masa pertama kali tengok ketika itu, memang tak dapat aku explain. Hanya perasaan kagum, terharu, dan sebak yang menyelubungi jiwa ketika itu.


dari jauh nampak macam ni. masyaallah!!! subhanallah!


Mengapakah, antara berjuta-juta umat islam di dunia ini, ramai lagi yang lebih beriman dari aku, ramai lagi yang lebih berkemampuan dari aku,..............tapi aku yang terpilih? Ya Allah......! Aku yang penuh dosa, selalu ingkar pada perintahnya... tapi Allah jemput aku?

.......................................


Dipendekkan cerita, selesailah ibadah umrah kami pada malam itu dan tamatlah ihram kami tatkala kami selesai bertahallul di bukit Marwah. Kebanyakan ahli rombongan memilih untuk pulang ke hotel, tapi aku, Adikku Ain, dan abahku memilih untuk stay sehingga subuh. Bukan apa, rasanya kalau balik ni, dah jumpa katil.... mungkin x sedar waktu subuh kot! ehehe~~


sai'e


bergambar di bukit safa pada masa yg lain... x ramai orang...


Esoknya, aktiviti bebas. Selain berulang alik ke masjid, kami berjalan-jalan sekitar bawah hotel melihat-lihat kedai-kedai di situ. Jumpa kedai Chicken broast yang sedap! Sandwich chicken dia pon sedap! sandwich egg pon sedap, liver pon sedap... burger chicken pon sedap. Eh, semua sedaplah!!! hahaha~ Sudahnya, hari-hari pon memang wajib membeli makan petang kat situ. Manalah tak naik badan ni ha~~~~~ -__-'


makan sedappp~


Ada pulak tu, beberapa hari, kerjanya makan nasi briyani kambing dan ayam jer... Beli kat satu kedai atas bukit tu. Punyalah sedap! Lepas makan mesti terbongkang, sambil layan kartun yang dialih bahasa ke bahasa arab. Memang menambah lemak betul!


ini sedap dan murah! 4 riyal


kudap kudapan setiap masa... sedap nye!


Sepanjang kami di Mekah, ada 2 hari dijadualkan lawatan. Satu tu adalah lawatan ke muzdalifah, mina', Jabal Rahmah... dapatlah kami melihat keadaan padang arafah dan khemah-khemah untuk jemaah haji di Mina'. Kat padang arafah tu, di kaki bukit Jabal Rahmah, ada unta berhias. Sapa nak naik kena bayar la... Juwita naik dengan abahnya, kena 5 riyal. hehehe.. seronok nye~


unta berhias 5 riyal


khemah jumaah haji di Mina


tanda arah kiblat di padang arafah

Dalam perjalanan pulang, kami melintasi satu bukit yang tinggi, rupanya disitulah terletaknya gua Thur. Ustaz pon apa lagi, ceritalah sejarah dan kisah nabi di gua thur.


Lawatan hari itu berakhir di Jaaranah. Untuk sebahagian jemaah yang mahu, mereka bolehlah bermiqat umrah disini. Di sinilah aku membeli buah Hawa 4 ketul. Kesemuanya dah ada orang booking.



peringatan agar menjauhi perkara bidaah yang terpapar di Jaaranah


Di hari yang lain, kami dijadualkan untuk melawat ladang unta. Memang seronok! Unta ni semuanya jinak. Kat situ ada jual susu unta fresh. Mula-mula macam xnak rasa, tapi sebab bukan selalu boleh jumpa susu unta, jadi rasalah sikit. Rupa-rupanya rasa susu unta ni sangat sedap! Penuh lemak berkrim dan manis! hehee~~~ Aku tengok ada jemaah siap lumurkan buih susu unta tu kat muka, kononnya buat muka jadi cantik. Wallahualam~ Siap ada yang kata minum susu unta ni boleh kurus. Eh, mungkin. tapi kalau kau minum tiap hari la kot. Kalau takat minum sebotol masa kat situ...... janganla mengharap sangat kan..


Unta ni baunya kuat. Dengan bercampur pulak dengan bau tahi unta yang bersepahan... memang lah sapa yang x kuat tekak boleh loya. Sebab tu mula-mula macam taknak cuba susu unta, sebab bau-bauan di sekeliling tu. Tapi rupanya susu dia xde bau langsung. Sedap je. Ahe~


Kat ladang unta kami jumpa Mazlan Pet Pet. Punyalah ramah dia, tak sampai seminit dah jadi kawan baik suamiku. Alaaahai... suami ku tu memang suka layan orang berborak. Si Mazlan Pet Pet tu pon apa lagi.. terus buka pentas penglipur lara lah, dah kena dengan audience yang suka mendengar. hihihi~


Pulang dari ladang unta, destinasi adalah Hudaibiyah. Pon sama, ada yang bermiqat kat sini. Tapi rata-rata yang bermiqat di Hudaibiyah adalah orang Malaysia, Indonesia, dan Turki. Tak nampak bangsa arab sorang pon. Rupanya mengikut kata drebar bas (orang arab), bagi mereka, Hudaibiyah bukanlah tempat bermiqat. Eh, tak pasal-pasal jadi confuse lah jemaah semua... ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh, ada yang kata kena dam, ada yang kata x sah niat la... adoyai... Yang takde efek, orang yang memang x berniat pon nak berihram pada hari itu lah.. hihihi...


Sepanjang aku di Mekah juga, aku bergilir-gilir solat fardu di masjid dengan suami. Biasanya suamiku solat Subuh dan Zohor di masjid. Aku pula akan solat fardu Maghrib dan Isya' dengan Ain di masjid. Asar pula kami gilir-gilir. Kadang kadang aku yang pergi, kadang-kadang suami yang pergi. Sebabnya, x larat nak layan kerenah budak kenit tu. Kalau lama-lama sangat tu mula lah dia merengek-rengek, penat la, lapa la, ape la...


Ada lah juga beberapa kali bawa dia solat bersama. Biasanya masa solat Maghrib dan Isya'. Kalau bawa dia, memang tak dan la nak menyelit ke depan Kaabah. Memang cari area yang lapang sikit la. Kejap je duduk kang dia dah tido. Tak sempat solat fardu, sempat solat sunat je pon... dah penat. Alaahai~~


keadaan di perkarangan masjidil haram selepas solat isya'


Disebabkan masa mula-mula sampai tu terus selesaikan umrah, bertawaf dan sai'e aku bawa Juwita, jadi tiap kali aku nak pergi masjid mesti dia akan tanya, "harini ibu nak pusing black ke?" Aku tanya balik, "apa nama black tu?"


"kaabah" ooo... anakku ni memang suka panggil tempat dengan warna. Restoren Hakim dia panggil Blue, restoren Sidah dia panggil red, Johnny steamboat dia panggil green.


Kebiasaannya, aku dan Ain akan bertawaf diantara pukul 8.30 ke pukul 11 pagi. Waktu ini tak ramai orang bertawaf. Memang cepat selesai tawaf kalau buat masa ini. Dekat je pusingannya. Kalau nasib baik, memang boleh masuk Hijir Ismail.


berehat diperkarangan masjidil haram, dekat dengan menara jam... cari wifi.. hihi


Hari terakhir kami di Mekah. Kami selesaikan tawaf Wada' pagi tu sebelum makan tengah hari dan terus menunggu bas di lobi. Bas bergerak lewat dari dirancang sebab menunggu uwanku selesaikan tawaf wada' nya. Jadi, bila semua rombongan dan ada, bas terus maju ke airport Jeddah, tanpa berhenti di mana-mana lagi.


Airport Jeddah. Tempat paling memenatkan dan kelang kabut. Beratur berjam-jam. Dari pukul 6 sampai sana, pukul 11 lebih baru dapat masuk dalam perut kapal terbang. Dalam masa tu, bukan duduk sesaja sambil minum kopi panas tau, tapi beratur, beratur, dan beratur, menunggu, menunggu, dan terus menunggu. Betul-betul dapat duduk adalah lepas dapat masuk dalam kapal terbang. Bayangkan makcik pakcik yang berusia tu semua. Kita yang muda belia ni pon boleh letih, mereka yang dia tua apatah lagi.


di airport Jeddah

Kat sini lagi dah boleh nampak macam-macam ragam manusia. Eh, belum sampai Malaysia lagi tau! Bukannya lama sangat, baru pagi tadi masih berada di depan kaabah, petang nya dah lain dah perangai. Hai.. manusia.. manusia... Apa yang mampu aku katakan hanyalah, bersabarlah dan muhasabahlah diri.


Kapalterbang tiba di KLIA pada jam 12++ tengah hari. Kapal terbang delay lebih 2 jam lantaran proses di airport Jeddah tu. Nasib baik kapal terbang MAS tu chartered. Kalau tak agaknya ramailah yang tak pulang malam itu. Huhuhuuu...


Sepanjang penerbangan, tak larat dah nak tengok movie. Juwita pon kejap je tegaknya, lepas makan terus tidur sepanjang 8 jam itu. Aku pon, nak habiskan satu movie pon dah tak larat. Lepas makan malam, terus tertidur sampailah masa sarapan lewat pagi. Sarapannya sedap. Perut aku pon memang terasa kosong. Apa lagi, aku bedallah sampai licin.



.................................


Secara keseluruhannya, Umrah ini semestinya merupakan satu pengalaman yang paling berharga dalam hidupku. Pengalaman 14 hari itu banyak mengubah pendirian dan persepsi diriku. Pemandanganku semakin luas dan terbuka. Selain itu, umrah banyak mengajar diriku untuk lebih bersabar, dan tabah dalam menghadapi dugaan dan getir. Aku belajar untuk bertolak ansur, dan tidak mudah menunding dari kepada orang lain. Aku belajar untuk menerima keadaan seadanya, dan redha dengan ketentuannya. Aku semakin percaya pada ketentuan Allah, kerana setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.



................................


"Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".



Ya Allah sesungguhnya kami beriman kepada-Mu dan kami membenarkan kitab-Mu, memenuhi janji-Mu dan karena menuruti sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-qur`an itu pada-Mu niscaya memulangkanmu ke tempat kembali, wahai Tuhan yang Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke tempatku,

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarlah bicaraku, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, perkasakanlah aku, Wahai Tuhan yang Maha pelindung tutupilah aibku, Wahai Tuhan Yang Maha kasih Sayang, sayangilah aku, Wahai Tuhan yang Maha Kuasa mengembalikan, kembalikanlah aku ke Ka`bah ini dan berilah aku rizqi untuk mengulanginya berkali-kali, bertobat dan beribadat, berlayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah.

Allah Maha menepati janji-Nya membantu hamba-Nya, menghancurkan sendiri tentara musuh-Nya. Ya Allah peliharalah aku ini dari kanan, kiri, depan dan belakang, dari sebelah atas dan bawah sampai Engkau menyampaikan aku ketempat ahli keluargaku dan ke kampung halamanku. Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami dan kerutkanlah bumi ini untuk kami. Ya Allah kawanilah kami dalam perjalanan ini dan awasilah ahli keluarga kami wahai tuhan yang maha kasih sayang dan wahai Tuhan Yang Memelihara seru sekalian alam.


amin....


Sekian, terima kasih.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.