Ke kebun. Ini baru betul namanya balik kampung!


2 minggu lepas, kami balik Jasin, kampung belah aku. Adik aku Rauf baru pulang dari OZ kerana bercuti semester. Oleh kerana itu, kami pon pulang untuk memenuhkan korum, termasuklah Wahed pon pulang sama. Aktiviti yang telah di rancang untuk semua adalah, pergi kebun dan kenduri.

berposing sebelum ke kebun.... Aku pinjam baju ain


Ahad tu, semua ke kebun. Kami nak tanam petai 8 pokok. 8 pokok je pon!! Sampai 8 orang pergi!! (termasuk Juwita). Uwan kata, sorang sepokok lah tanam petai.. hahaha~~~ banyaklah... uwan sibuk cari cendawan kukur, Juwita pulak........ lain ceritanya............................


ni le petainya....


ni lah rupanya budak-budak sekarang ke kebun. Sampai2 check-in foresquare dulu ye... Wahed mayor kat sini... hihihi~


atok.... pon dah pandai...


masih boleh berposing...


buruh kasar sehari. Aku punya turn tak payah tengok lah.. hazabedah sangat!!


upacara ucapan semangat untuk memberi dorongan pada si petai supaya hidup dengan gembira di tanah baru.....


Setelah berumur hampir 4 tahun, inilah kali pertama Juwita Aisha ke kebun. Amboi banyak betul kerenahnya! Nyamuk la, gatal la, kotor la, panas lah, peluh-peluh la...semut la, ulat la.... well..... she's a princess kan... memang kebun ni rasanya jatuh ke tangga kerakhir lah dalam senarai lokasi yang ingin dia lawati lagi.. hahaha!


Juwita xnak pijak ni.... T__T.. lekat2 kat selipar dia katanya...


Apa? kalau kebun jatuh tangga terakhir, yang tangga 1st dengan second apa? Meh sini ibunya kasi tau, tangga pertama yang ingin dilawati lagi semestinya adalah Hotel, tangga kedua adalah shopping mall. Ada ngertik??


percubaan princess untuk bawak diri di kebun.... ahaks!


mayday!! mayday!! princess dah tak larat katenye


rehat bawah pokok... princess x rasa selesa, lalu menangisi nasib diri


sedih ya amat! Jarang dengar dia nangis camni


meh kat ibu.... ibu comfort kan eh....


muncung sampai ke hujung!


apa tengok-tengok?!!


Jadi selesailah sudah kami menanam petai 8 pokok. Perihal Juwita di kebun tu tak payah lah dirisaukan, kerana sepanjang di kebun dia ada inang yang tolong jaga dia bawah pokok, tukang kipas, tukang lap peluh, tukang halau nyamuk dan semut, tukang dukung, tukang hiburkan hati... cukuplah semua! tinggal lagi tak bawak balai rong seri je lagi. Kalau tak boleh buat istana terus kat situ -__-'


ni baru betul-betul buruh buat kerja...!


ODW balik, dah ceria balik dah muka nya... Sampai rumah, mandi, siap-siap, pergi kenduri pulak. Owh... Juwita memang suka pergi kenduri. Dapat makan (entah nape dia suka makan nasi kenduri. Maybe feel dia macam pergi jenjalan, and makan luar la kot), lepas tu yang paling best dapat tengok pelantin pwincess (pengantin le tuh! -__-')


Ok. Pendek je balik kampung haritu tapi cukuplah. Puas la jugak. Kalau stay lama-lama boring, mati kutu pulak tak tau nak buat apa! hehehe~~

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu