Lulu dan masalah Hairball, 1st time on-heat dan bulu gugur



Belakangan ini Lulu kerap muntah. Kerap bagi aku di sini bukanlah bermaksud setiap hari atau tiap kali makan dia akan muntah. Mungkin aku boleh simpulkan sebulan 2 kali dia akan muntah. Bagi aku itu macam kerap juga, sebab sebelum ni dia jarang muntah. Jarang pula bermaksud dalam sebulan dua baru sekali dia muntah. (-paham ke tidak maksud aku ni?)


Ok. Bila Lulu muntah, entah kenapa dia akan pilih port baekkk punya. Mesti kat atas karpet bulu di ruang tamu. Ada pernah sekali dia muntah di alas kaki yang gebu. Entah mengapa. Tak nak pula dia cuba muntah di lantai sahaja. Kan senang sikit nak bersihkan.


Sebenarnya, tidaklah susah nak bersihkan muntah Lulu ni. Sebabnya muntah dia lebih berbentuk gumpalan atau ketulan. (Bukan muntah cair macam muntah tuannya ni -__-'). Bentuk muntahnya adalah seperti tahi nya je.. haa... macam tu le bentuk dia. Tapi kadang-kadang ada lah sedikit yang agak berair. Itu perlu dibersihkan sehingga hilang. Yang gumpalan tu boleh kutip aje. Bau pon tak busuk.


Aku suspek Lulu ni kena hairball. Sebab tu dia muntah. Kalau kucing kena hairball, mesti dia rasa tak selesa. Rasa ada benda melekat kat tekak. Kalau kita pon tercekik tulang atau ada benda melekat kat tekak, mesti tak selesa kan?


Ada juga beberapa effort yang aku buat untuk tangani masalah ni. Antaranya aku beli lubricant untuk hairball yang bernama Laxatone. Laxatone ni aku beli online je kat Petshack sebab masa tu tak ada masa nak singgah pet shop. Patut kena bagi tiap hari kot...(lupa pula arahan pemakanannya), tapi aku kadang-kadang terlupa. Berselang seli lah bagi. Kadang bagi, kadang tak bagi.


Aku rasa, masalah hairball ni bersangkut paut dengan masalah lain. Bila pikir balik, kenapa baru sekarang kena hairball, dulu tak de pulak masalah ni? Kenapa baru sekarang? dulu pon bulu dia panjang tu jugak...

Lulu dengan Juwita. macam adik beradik.


Jawapannya, bulu Lulu belakangan ini lebih kerap gugur berbanding dulu. Mungkin faktor cuaca, mungkin faktor hormon, stress, atau aku sendiri!


Dulu tiap malam aku sikat bulu Lulu, sekarang ni dua tiga hari baru sikat. Yeah, salah aku le tuh. Minggu ni pon, dah berapa hari sibuk, tak sempat nak mengandam Lulu. Semalam, sampai rumah terus collapse kat sofa. Tau-tau terjaga dah dekat pukul 12 malam!! Letih punya pasal.


Faktor lain, adalah hormon dan stress Lulu. Dia haritu baru je kena on-heat buat pertama kali (pada usianya 8 bulan. Dah anak dara anak bulu aku ni... huhuhuuu). Ada lah dalam seminggu dua ni, dia termenung jugak lah... stress lah tu.. tak jumpa Pak Tom. Tu yang berguguran bulu-bulunya tuh... especially bahagian dekat dengan ekor dan bawah perut belakang. Confirm stress. Kesian...


Lulu tak tahan lagi.


Jejaka pilihan Lulu yang ku namakan Pak Tom Jasin (abah ku panggil dia cecak). Berangka besar, bermuka bulat. Walaupon mak keciwa, tapi mak redho nakk~~


Faktor cuaca aku rasa tak. Sebab Lulu ni duduk indoor, ber air-cond lagi. Pemakanan pon tak. Seimbang aje aku rasa, dengan Royal canin nya, Evo nya, siap supplement Brewer's yeast nya... confirm bukan sebab pamakanan.


Jadi kesimpulannya, faktor yang mengundang Lulu kena hairball adalah kerana bulu dia gugur lebih sikit dari biasa (aku tak kata banyak gugur, cuma lebih dari biasa). Kucing ni, habit dia adalah menjilat bulu. Itu memang kaedah dia membersihkan diri. Jadi bila banyak bulu gugur, bulu tu semua dia telan, lalu melekat kat kerongkong.


Jadi sebenarnya, Faktor yang menyebabkan Lulu kena hairball adalah:

aku yang dah tak kerap sikat bulu Lulu + dia stress kena 1st time on-heat


Jadi, kaedah menyelesaian adalah:

1. Rajinkan diri walaupon penat mana pon untuk sikat bulu dia tiap malam. Tolong lah si Lulu ni bersihkan bulu gugur dia tu....

2. Teruskan bagi Lulu makan Laxatone supaya kerongkong dia clear dari sebarang hairball. Laxatone membantu kucing untuk menyahkan bulu dari kerongkong. Kucing akan membuang bulu itu melalui najis.

3. Paling penting, hilangkan stress Lulu. Solusinya adalah samada spay kan terus, atau ambil injection birth control, atau pon carikan stud. Pilih lah mana satu.


Nombor 3 tu paling penting sekali, cumanya aku tak pasti lagi mana satu nak buat. Sebab aku tak sure lagi Lulu akan pregnant ke tak. Kan balik raya haritu dia dah kawen dengan Pak Tom Jasin? belum dapat dipastikan samada dia preggy atau tidak sehingga bulan hadapan. Oleh itu, keputusan nak buat apa kat Lulu ni kena tangguh sampai sure dia mengandung atau tidak dahulu.


Ok. Problem solved! Cuma tinggal untuk dilaksanakan aje. Kalau setakat bincang gegar-gegar, idea membuak-buak, solusi gempak-gempak, tapi pelaksanaan tak ade... itu hampagas namanya!


Lulu yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Overshadow the puan seri berseri


Lulu dan yours truly puan seri berseri. Tertunduk malu plak dia

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.