diari ramadhan: minggu ke-dua

Minggu ke-2 ramadhan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti biasa. Ada 1 hari je kami terlepas waktu sahur, dan setakat ini kami berbuka puasa di rumah. Walaupon lauk ala kadar sahaja (aku masak nasi dan lauk pauk untuk berbuka), tapi alhamdulillah, kenyang lah juga seisi rumah.


Pagi tadi, nyaris-nyaris tak sempat bersahur. Nasib baik terjaga dalam pukul 5.35 macam tu, terus bergegas turun makan apa yang patut dan minum air banyak-banyak. Nasib baik lah sang suami dah siap-siap masak nasi dan buat gulai masak lemak ayam malam tadi. Ada lah benda nak makan dalam tempoh kecemasan tu. Alhamdulillah~ sempat kami makan. (aku pon makan nasi pagi tadi, sebab semalam hanya makan sepotong Roti John dan air kelapa dalam kereta. Kami berbuka dalam kereta semalam) Menggigil-gigil badan aku bangun tido... lapa punya pasal.


Walaupon baru pukul 9.44 pagi, aku dah terpikir apa nak masak petang ini. Ye lah kan, kalau pikir last minit kang ada pulak bahan tak cukup. Baik aku pikir awal-awal, senang nak beli apa yang patut. Pasar besar kat belakang opis ni aje.


Oh, minggu ni, dalam ketidak sibukan kerja harian ku di pejabat, aku terpandang schedule dalam ipad. Macam-macam rupanya nak kena settle!

1. Nak kena gi GM Plaza/ Daiso/ Sasa/ Watson/ Guardian untuk beli keperluan kelas mekap ku. Ada barang yang dah tak cukup ni.

2. Nak kena siapkan goodies bag dan nota untuk kelas mekap. Nota memang lah sedia ada, cuma nak buat copy banyak-banyak.

3. Hari Jumaat ni nak ke PWTC, nak survey package holiday, next year punya holiday.

4. Kena set appoinment dengan Dr. Kamal DDMC - gynae.

5. Kena booking bilik seminar, untuk kelas mekap tu

6. Dan finally, hari Ahad, kemuncak segala-galanya. Kelas personal makeup dan grooming sesi terakhir aku tahun ini.

7. nak potong rambut kasi pendek.


Phew~~~ bila tengok list atas ni, macam senak pulak rasa dada. Banyak nye benda tak settle lagi. adoyai~~~~


So, apa lagi, jangan lah dok tulis blog aje. Cargas lah Hida!!!

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu