Perancangan atau ketentuan

Kemungkinan ini adalah entry terakhir saya sebelum masuk Ramadhan. Kemungkinan besar Ramadhan jatuh pada hari Isnin (1hb ogos 2011).


Alhamdulillah, setakat ini segalanya berjalan seperti di rancang. Thank you most to Allah sebab memberi aku peluang untuk meneruskan perancangan...atau mungkin rencana Allah itu selari dengan perancangan aku.. wallahu alam~ Hanya Dia yang maha mengetahui segalanya, sedangkan kita hanya mampu merancang sebaiknya.


"Dalam sehari, berapa jam masa berkualiti kamu dengan anak-anak?"


woh~ aku termenung bila memikirkan soalan Dr. Fadhilah Kamsah ini. hehee...Bukan lah Dr. tu tanya aku direct depan-depan, dia tanya dalam buku... sebab aku sedang membaca buku tulisan beliau sekarang ini.


Ok, pagi bangun, aku mandi, bersiap, kejut hubby kejut Juwita, masak air, siapkan beg Juwita, siapkan Juwita (jika perlu). Kadang kala hubby mandikan Juwita, kadang kala aku mandikan, kadang kalaa dia nak mandi sendiri, kadang kala dia taknak mandi! jadi tak fix benda tu. Kalau ada sarapan kita sarapan. Kalau ada nasi dan lauk lebih malam tadi, dua beranak ni makan nasi (2 beranak ni memang perut melayu habis. Sarapan pon nak nasi jua seadanya). Kalau takde apa-apa, shoot terus keluar rumah.


Hantar Juwita pergi taska dalam pukul 9 pagi. Kami pergi kerja. Taska Juwita ni sampai pukul 6 petang. Lebih kena OT. Tau tak pukul berapa kitorang amik Juwita?


Kebanyakan masa pukul 7 malam. Kadang tu sampai pukul 8 lebih O__O. (tak payah la terkejut sangat)


Kalau dah balik lambat camtu, tak adalah memasak di rumah alamatnya. Terus pergi mamak tak pon kopitiam. Makan malam siap-siap. Pukul 9 malam sampai rumah.


Kesimpulannya, kami kerja 9 to 9. 12 jam nokk. Bermakna juga, 12 jam tu memang tak ada kualiti time dengan Juwita langsung. Ada dalam setengah jam kami dalam kereta pergi dan balik, ada dalam setengah jam kitorang kat mamak.


Sampai rumah pukul 9, bukan dapat terus duduk. Nak kemas rumah sikit, nak mandi, tukar baju, nak masak air, nak buat itu ini...pastu juwita mintak itu ini.. last baru lah dapat nak letak punggung kat sofa depan TV. Pukul 9.30 malam, dengan keadaan baru pulang kerja selama 12 jam... apa yang kau harapkan kat sofa tuh? REHAT.


Tapi kau lupa ke? Ada anak sorang ni nak kan perhatian. Nak kan layanan. Nak kau main dengan dia. Nak kau teman dia main walaupon hanya main iPad. Nasib baik iPad, bukan dia ajak main basikal ke bola ke memalam tu kan... IPad pon... mengah jahhh nak melayan.. kita mentally and physically dah exhausted sangat dah... tapi kena push jugak melayan dia... agak-agak kualiti tak masa dengan anak gitu?


Sudahnya, layan antara larat dengan tidak tu, terlayan lah jugak. Biasa anak orang lain pukul 10 lebih dah tido kan... anak aku tido pukul 12 lebih. Dia qada' main dengan ibu abahnya memalam tu, ganti yang tak dapat main masa siang. Takde maknanya dia nak tido awal, tak puas lagi main kan...


Solusi? Sabtu sebolehnya aku tak nak kerja. Kalau tak ada job mekap, memang aku prefer duduk rumah. Kemas rumah sambil spend masa mak dengan anak kat rumah. Sedih tak.. kemas rumah pon boleh buat hujung minggu aje. Hubby dah tentu kerja punya hari sabtu. Walaupon kata balik pukul 2, tak ada maknanya. Pukul 4 lebih kang baru sampai rumah.


Ahad, kalau rajin keluar shopping. Shopping pon antara aktiviti yang disukai Juwita. Entah ikut sapa lah tu eh.. hihihi. Tu pon kalau lah tak ada job mekap.


Tapi lately aku dah kurangkan amik job mekap ni. Mana yang agak-agak aku rajin, larat, dan job tu agak berbaloi je yang aku terima. Sorry lah ye, aku kena take priority to my kid and my family 1st. Most of the time, aku bawak je Juwita tu ke rumah pengantin. Dia jadi assistant aku le.. hihihi~ tak sanggup kadang nak hantar dia ke taska jugak hari sabtu. Dah la hari biasa pon hari-hari dia last sekali kena jemput, kena tinggal sampai malam...


Jadi bila memikirkan keadaan dan situasi tersebut... aku fikir tuhan itu maha mengetahui lagi maha memahami. Apalah gunanya kalau aku ada anak berderet, tapi tak ada masa nak jaga. Yang sorang ni pon berapa jam sangat kualiti masa yang mampu aku berikan pada dia dalam sehari.


Mesti ada yang akan sinis dengan aku. Tapi itu lah kenyataannya. Mungkin ada ibu lain boleh. Tapi aku bukan ibu itu.. aku ada pendirian dan pendapat aku sendiri. Aku ada cara aku sendiri dalam mencorak kehidupan aku.



Ok, tamat bab kualiti masa bersama anak.



Kembali kepada perancangan... sekarang dah back on track..

1. Bulan depan, 12hb nak gi Matta Fair (ni kan, ntah tiba-tiba pagi ni hubby macam volunteer plak nak teman. yay~~! mak suka nokk~).

2. Dalam 7 hari ni aku perlu fikirkan solusi untuk back-up contraception. Wajib ni kalau taknak stress tiap bulan. Hahaha~







~ mana eh aku letak no phone Dr Kamal Damansara Damai Medical Centre tuh.... hilang dah, maklumle, dah 3 tahun lebih beb tak jumpa gynae....

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.