Pantai Morib


Secara jujurnya, tidak ada apa yang menarik sangat nak diceritakan tentang pantai Morib ni (aku agakla ni pantai morib, ke ada pantai lain tapi kitorang tak sampai). Singgah di sini selepas melawat adik ipar ku di Kolej Matrikulasi Banting. Huiii~~ perjalanan ke sana pon makan dekat sejam juga. Bukan dekat tahu~


Tak boleh mandi kat sini, tak rupa macam pantai yang boleh dimandi pon. Nak ke pantai berpasir pon tak boleh. Rasanya pantainya tidak berpasir, tapi lebih kepada berlumpur. Tapi ada je orang turun ke bawah masa itu. Entah apa yang mereka cari saat air surut itu. Timing datang pon tak berapa nak betul, sebab air tengah surut, jauuuuuhhhhhhhhhh tengah sana baru ada air. Duduk kat tembok aje la... layan golden hour. Memang golden.




Lepas puas bergambar, isi perut sikit. Walaupon baru je lepas makan pizza masa bersama Fatin (adik ipar aku le tu) tadi, nak juga makan kan.. Order le Lye Chee Kang, kepak ayam madu, bihun goreng. Lepas solat kami bergerak pulang ke Shah Alam.


Pergh memang penat. Kalau nak jalan sejauh ni semata untuk bersiar-siar di pantai Morib, rasanya tak payah la... cukup lah sekali. Bukan berbaloi sangat untuk diulang lawatan.


Layan lah gambar tak seberapa. Entah mengapa aku nampak pendek dan gemok -__-' (pendek tu memang dah tak boleh buat apa.. memang ditakdirkan aku diciptakan pendek... -__-)



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.